Bebola Aura!

Nak belajar buat efek ‘aura’ guna photoshop? kat sini aku sediakan tutorial yang diajarkan oleh petrakhus3d dari sifoo.com..



BEBOLA AURA

1. Pastikan subjek anda sesuai untuk mendapatkan output kesan khas bebola aura.

2. Aktfikan layer 2, lakarkan sebuah bulatan di bahagian ttu, dengan menggunakan Elliptical Marquee tool. Dinasihatkan, jangan melakarkan bulatan terlalu besar. Bajetkan supaya kesan serakan cahaya muat muat pada kedudukan ttu dalam subjek anda.

3. Isikan warna putih, dan aktifkan add a layer style>outer glow.

4. Di dalam window layer style untuk outer glow, tingkatkan nilai :
Elements
– Spread = 7
– Size = 18
//Anda boleh memilih warna pilihan anda untuk outer glow. Saya memilih warna biru untuk bebola aura kegemaran saya//

5. Klik pada Filter>Blur>Gaussion blur. Setkan nilai layer2 tersebut kepada 3.7. Anda boleh memilih nilai blur untuk bebola aura kesukaan anda.

6. Duplicatekan bebola aura anda. Pilih layer 3, ulang semula langkah Gaussion blur, kecilkan saiz dia supaya tidak sama dengan saiz layer 2. Hiddenkan layer 2 untuk melihat keputusan yang diperoleh.

7. Hiddenkan layer 3, dan pilih layer 2. Kurangkan nilai opacity=80%.

8.Akhir sekali tindihkan layer 3 dengan layer 2, anda boleh mengubah sebarang nilai untuk opacity mengikut kesukaan anda.

9. Tamat….
tips : untuk menampakkan lagi keserlahan bebola aura anda. Anda hendaklah membanyakkan duplikasi layer bebola aura yang dibuat. Kecilkan saiznya.. dan posisikan pada kedudukan anda rasa sesuai.. semakin banyak anda tindih dan mainkan nilai opacitynya. Semakin menariklah outputnya. Anda boleh experimen layer mode Screen untuk salah satu layer yang diduplikasi untuk menampakkan lagi kecerahan bebola aura anda.

Leave a Reply