Review Movie Eden Lake

Bagi sesiapa yang tengok citer ni tanpa melihat trailer atau sipnosis citer nih, pasti mereka akan mengatakan bahawa citer ni slow dan boring. Heh! mereka itu silap! Cerita ni sangat sangat sangat dahsyat sebelum masuk babak pertengahan. dan kedashyatan tu berterusan sampai ke akhir cerita nih. Sesaper yang dah tau sipnosis atau trailer citer nih, mereka akan berdebar seawal citer ni bermula.

ok, cerita berkisar tentang sepasang kekasih (Steve & Jenny) yang memilih EDEN LAKE sebagai tempat bercuti hujung minggu. Diaorang ni nak berkelah je pin. Tapi kawasan tu ada budak2 samseng.

Sebab apa aku tak kata nakal? Sebab tahap hati kering diaorang tu membuatkan aku gelarkan mereka ni samseng. Samseng kategori kejam sgt la.

Nak dijadikan cerita, si Steve ni tak puas hati ngan perangai bebudak ni sbb selalu kacau diaorg. Sebenarnya bebudak ni tinggal kat kampung sekitar kawasan Eden Lake tu.

Babak makin intense bila si Steve dengan tak sengaja ‘terbunuh’ anjing milik Brett (watak budak paling jahat). So Steve ngan Jenny cuba melarikan diri disebabkan Brett tak puashati dan mula menyerang pasangan kekasih ni.

Apa berlaku? sendiri kene tgk citer nih (walaupun aku tak rekemen la korang tgk sbb seram sgt!). Aku dapat rasakan suasana/feel si Jenny masa dia cuba melarikan diri.

Citer ni betul2 buat aku menggigil (bkn sbb aku penakut tau!). Bagi aku, inilah citer paling seram, ngeri, kejam pernah aku tgk. Korang akan rasa nak tumbuk skrin komputer atau tv kat ending dia. Serius takde peluang untuk korang tarik nafas lega. Demn.

So sesaper ada nak rekemen aku citer lebih seram dari ni? Aku rasa mcm takder citer lain lebih seram la… apa2 pun.. 5 bintang beb! dan pesanan aku JANGAN TENGOK CITER NIH!! SERAM, KEJAM, SANGAT!!



p/s : Lagi seram dari suster ngesot! hahaha!

Leave a Reply