Teruja dengan Aplikasi Flipboard

Flipboard adalah satu aplikasi magazine look a like yang mempunyai paparan yang fancy. Sebenarnya dah lama aku install Flipboard dalam Tablet Android (Samsung Galaxy Tab 7.7) aku tapi selama ni hanya untuk melihat berita berkenaan artis, technology, fotografi dan lain-lain. Banyak info menarik yang up to date dalam Aplikasi Flipboard ni yang membuatkan aku lalai dan leka setelah bosan dengan ‘hiruk pikuk’ facebook sebab aplikasi Flipboard ni takde la luahan hati sang pencinta dan pembenci kat facebook tu heheh.


Masa nak log-in aplikasi Flipboard ni, dia mintak kita tick mana-mana kategori yang kita nak dapatkan news feed dia macam yang aku sebut tadi la seperti Design, Photography, Movies, Technology dan lain-lain termasuklah facebook, twitter, 500px, Youtube, StumbleUpon, Instagram, Google + pun ada weh!

Paparan Status Update yang ringkas dan kemas – Facebook @ Flipboard
Pada mulanya aku sangkakan facebook, twitter, 500px, Youtube, StumbleUpon, Instagram, Google + tu hanya untuk mendapatkan berita tentang syarikat tu, tapi bila aku log-in dan authorized akaun-akaun ni dengan Flipboard ianya menjadi feed kat Aplikasi Flipboard ni. Serius cantik dan fancy. Betul-betul mengubah cara kita melihat news stream kat wall kita yang biasa kita tengok kat aplikasi asal masing-masing. Contohnya macam facebook, mungkin korang pernah guna Aplikasi selain Aplikasi Facebook tu untuk news feed facebook seperti Friendcaster Pro dan lain-lain. Tapi Flipboard memang berbeza dari aplikasi lain yang korang pernah cuba sebab ianya lebih kepada style majalah.
Boleh Flip macam baca buku.
Pendapat peribadi aku, aku lebih suka style Facebook kat Flipboard ni. Sekurang-kurangnya memecahkan kebuntuan aku melihat benda dan cara yang sama. Tapi untuk capaian lain macam Instagram, 500px, Youtube, Tumblr rasanya elok guna aplikasi asal masing-masing. Aku masih belum cuba lagi untuk akaun selain facebook tapi dah authorized semua akaun social yang aku ada ke Aplikasi Flipboard. Korang cuba dan kongsi la pengalaman tu kat ruangan komen. Nak jugak tengok pendapat korang. 
Aplikasi Flipboard ni boleh dipasang atau diinstall pada sistem Android, iPhone dan iPad. Untuk pengguna Windows Smartphone, owhh minta maaf, memang tak boleh install Flipboard kat windows 8 or 7 (sepengatahuan aku la). Tapi! korang yang menggunakan Windows smartphone boleh guna Aplikasi Collector yang fungsinya sama macam Flipboard ni. Selamat Mencuba.

Leave a Reply