The Apprentice Asia Episod 4 – Ningku tersingkir

Episod 4 diteruskan dengan cabaran untuk memasarkan barangan Nescafe iaitu pembuat kopi Dolce Gusto. Nampak macam best plak coffee maker ni. Harga pun agak berpatutan. Ok macam biasa team Apex dan Team Mavericks menyusun strategi pemasaran masing-masing.
Dolce Gusto

Ningku dan Nik dari Team Apex nampak lebih professional dan mesra pada episod kalini. Tapi tetap jugak aku nak mengatakan Celina lebih menawan dengan senyumannya tu. Team Apex membuat kesilapan dari segi pemasaran apabila poster iklan Dolce Gusto mereka hanya memaparkan 1 warna sahaja sedangkan Dolce Gusto dari Nescafe tu datang dengan perlbagai variasi warna. Tony paling pantang dengan perkara tu.

Team Mavericks pula Alex dan Sam nampak lebih menonjol kalini. Sam mencadangkan tema All coffee maker can be designer ( xsilap aku la, aku tak ingat hahaha, tolong betulkan). Kelihatan ramai orang berpusu ke booth Team Apex berbanding Team Mavericks. Team Mavericks agak ‘goyang’ apabila mendapat teguran dari pengurusan Nescafe yang mereka (Team Mavericks) telah menggabungkan produk lain iaitu Ferrero Roche yang bukan dari Nestle dengan Nescafe. Dengan pantas Team Mavericks mengalihkan Ferrero Roche tu.
Ningku Dipecat pada episod 4.

Walaubagaimanapun, Team Apex tewas sekali lagi pada episod 4 The Apprentice Asia disebabkan mereka memaparkan Dolce Gusto dengan 1 warna sedangkan produk itu mempunyai beberapa warna lain yang menarik. Ningku kelihatan cuba menyatakan hasrat untuk meletakkan jawatan seperti Dussadee (Dee), tapi hasrat dia terhenti dan dia yang selaku ketua projek untuk episod 4 kalini kembali ke meeting board bersama Ningku dan Dian.

Dian dikatakan mengamalkan sikap berhati-hati dan tidak pernah menawarkan diri menjadi ketua projek. Tony membuat keputusan untuk memecat Ningku walaupun Ningku telah berusaha meyakinkan Tony yang dia betul-betul nak menjadi perantis Tony, cuma kesilapannya Tony dah nampak hasrat Ningku yang cuba meletakkan jawatan sebagai Perantis sebelum tu. Jadi Ningku tersingkir dan dia akur. Tony menyatakan alasan untuk memecat Ningku sebab Ningku menunjukkan sikap yang lemah dalam pertandingan dengan cubaannya menyatakan hasrat meletak jawatan tadi.

Leave a Reply