The Apprentice Asia Episode 6 – Hospitality

Team Mavericks dan Team Apex, mereka bersaing dalam episod ke-6 The Apprentice Asia dalam menguruskan Hotel Hilton Kuala Lumpur. Project Manager Team Apex adalah Celina Le Neindre (Pujaan Hatiku hehe) dianggotai oleh Alex dan Sam manakala Team Mavericks diketuai (Project Manager) oleh Jonathan dengan ahli kumpulannya Andrea, Nazril (Nash) dan Dian.
Celina yang cantik jaga kaunter.

Untuk cabaran minggu ke-6 ni Celina sudah tersenyum awal sebab pengalamannya dalam bidang hospitality di Paris, Switzerland dan Filipina sebelum ini. Celina sebagai ketua mengambil tugas sebagai front desk iaitu menyambut tetamu di kaunter. Alex dan Sam ditugaskan untuk membuat room service seperti mengemas bilik mengikut manual dan standard yang telah ditetapkan oleh Hotel Hilton sendiri. Secara keseluruhan, Team Apex tak mempunyai sebarang masalah. Semua berjalan lancar cuma ada beberapa tekanan yang dihadapi Celina (yang cantik tu) yang terpaksa berhadapan dengan tetamu yang biliknya masih belum disiapkan oleh Alex dan Sam. Alex pun tertekan dengan Celina yang asyik call untuk cepat! cepat! cepat!. Jangan tak tau, menurut Kathleen Tan (Advisor Tony) pengurus Hilton Hotel Kuala Lumpur tu nak ambik Alex bekerja dengannya.
Jonathan dan Andrea di Front Desk – Team Mavericks

Team Mavericks dah menampakkan kelam-kabut pada awalnya bila Nash lupa untuk membawa bersama set kunci bilik hotel. Jadi mereka (Nash dan Dian) perlu turun semula ke kaunter yang dijaga oleh Jonathan dan Andrea untuk mengambil set kunci bilik. Team Mavericks pun sama menghadapi masalah kelewatan menyiapkan bilik sehingga menyebabkan tetamu terpaksa menunggu sehingga 40-45 minit. Paling teruk apabila Dian “tertinggal” folder yang mengandungi tatacara dan susunatur bilik hotel mengikut standard rangkaian Hilton Hotel. Masalah timbul lagi apabila Jonathan tidak berapa jelas tentang tempahan makanan oleh tetamu sehingga menyebabkan Jonathan meminta tetamu untuk mengulangi tempahan makanan itu. Itu pun still Jonathan tak dengar dengan jelas. Dalam situasi ni, Nash dan Andrea (mereka bertukar tugas) yang menjadi mangsa. Nash terpaksa membuat tempahan makanan baru di dapur dan memberikan Pizza Mediterranean yang ditempah oleh tetamu secara PERCUMA. Menurut diaorang, perkara ni melanggar etika Hotel, aku pun tak pasti.
Nash dan Andrea (lagi?) dengan tetamu yang order Pizza Mediterranean.

Team Mavericks tewas untuk cabaran minggu ke-6 The Apprentice Asia ini. Watak Nash yang agak berusaha keras pada minggu ini menjadi sia-sia apabila Tony memecatnya dari The Apprentice Asia ni. Nash memang agak lemah pada minggu sebelum-sebelum ni, tapi pada hemat aku, Dian yang sepatutnya dipecat kerana kecuaiannya ‘menghilangkan’ folder penting tentang peyusunan barang Hilton Standard itu. Jonathan pun bersalah sebab dialah yang menerima tempahan makanan dari tetamu, tetapi Nash yang menanggung akibat sebab dia yang menghantar makanan tu, bukannya Jonathan. Rumusan, Dian dan Jonathan yang buat salah, Nash yang dipecat. Jadi dengan pemecatan Nash dari The Apprentice Asia pada episod ke-6 ni, maka tiadalah calon apprentice Tony dari Malaysia. Tony kata nak bagi peluang kat Dian untuk buktikan kemampuannya pada episod akan datang. Kita tengok adakah berbaloi peluang dan keputusan yang Tony bagi kat Dian.

Nazril (Nash) dipecat pada minggu ke-6

Leave a Reply