Doodle Menggunakan Autodesk SketchBook Pro

Hari Isnin ni aku cuti. Sementara wife aku balik dari kelas Fesyen dia tu, aku pun memulakan hobi aku men doodle satu kartun perempuan bertudung yang comel (comel ke?). Tudung adalah ilham atau copycat dari design tudung vivadea yang terbaru iaitu Haifa Hijab. Alatan yang diperlukan untuk doodle ni adalah Samsung Galaxy Tab 7.7 kesayangan aku dan Aplikasi Autodesk Sketchbook Pro yang boleh didapati di Google Play. Harganya tak sampai pun USD5.

Samsung Galaxy Tab 7.7 dengan stylus  yang berharga RM20


Autodesk Sketchbook Pro (ASB) ni aplikasi yang berbayar, ada jugak yang FREE, korang boleh tengok variasi aplikasi lain yang disediakan oleh Autodesk ni, tak silap aku yang free namanya Autodesk Sketchbook Xpress, cubalah korang check sendiri ye.

Doodle kartun perempuan comel bertudung

Langkah pertama yang aku buat adalah melakar kartun yang aku nak lukis tu dengan pencil tool. Nak guna pen pun boleh, sebab ASB ni boleh guna layer. Jadi siap je lakaran, aku buat layer baru dan lukis balik lakaran kartun tadi guna pen tool dengan warna hitam pekat. Biasanya orang panggil proses ni adalah proses inking. Yang bestnye, kita boleh zoom in, zoom out artwork kita ni. Jadi senang la untuk kita melukis.

Doodle kartun perempuan comel bertudung
Siap je inking, proses coloring pun bermula. Macam biasa, setiap part macam tudung, muka, baju mata dan dll aku akan gunakan layer yang berlainan untuk senang kerja dan pengawalan warna tu sendiri.
Siap akhirnya. Tambah sket tulisan khat Alhamdulillah.

Setelah bertungkus lumus (lah sangat) maka siaplah sudah doodle kartun perempuan bertudung aku yang comel ni. Harap korang suka. 🙂

Baca juga : Perbandingan Aplikasi Paperless dengan Sketchbook Pro

Leave a Reply