Cara Daftar Akaun Tabung Haji Di Maybank2u

Sebelum kita nak gunakan fungsi transfer duit Maybank2u ke akaun Tabung Haji secara online, kita perlulah daftar akaun tabung haji di Maybank2u. Cara nak daftar bukanlah di Maybank2u.com.my tetapi korang perlu pergi ke mesin ATM Maybank untuk mendaftarkan akaun Tabung Haji korang itu sebelum dapat menggunakannya.
Cara daftar akaun Tabung Haji ke Maybank2u

Jadi aku terus la ke topik utama kita iaitu cara daftar akaun Tabung Haji ke Dalam Maybank2u demi menjimatkan masa korang. Pastikan korang bawak buku Tabung Haji untuk pendaftaran ini.
1. Pertama sekali masukkan kad ATM Maybank ke dalam Mesin ATM Maybank dan masukkan nombor pin Kad ATM Maybank korang tu.

Baca juga : Cara semak baki tabung haji secara online.

2. Pergi ke menu TABUNG HAJI

3. Seterusnya ke menu DAFTAR AKAUN TH KE ATM KAD

4. Masukkan nombor akaun Tabung Haji di ruang yang disediakan,  disusuli dengan nombor siri Buku Tabung Haji.

Contoh nombor akaun dan nombor siri buku Tabung Haji

Apa yang menariknya, lepas je korang daftar akaun Tabung Haji di mesin ATM Maybank korang boleh terus akses akaun Tabung Haji korang di Maybank2u. Baca artikel tentang penggunaan fungsi pindah wang dari Maybank2u ke Tabung Haji untuk mengetahui lebih lanjut.

42 Comments

  1. Tanpa Nama
      • Amirul
        • Adzril
  2. found you
  3. Tanpa Nama
  4. Tanpa Nama
  5. Tanpa Nama
  6. Amirul
    • Adzril

Leave a Reply