Pendapat dan Review Tentang AntiVirus Webroot

Masa zaman belajar dulu aku selalu guna antivirus yang free. Kalau pun yang premium aku akan cari patch atau keygen untuk antivirus tu. Maklumlah zaman belajar mana ada fulus kan time tu. Antivirus pertama yang aku beli adalah kaspersky. Rasanya dah lebih 6 tahun aku bersama kaspersky.
Webroot SecureAnywhere
Walaupun aku selalu dengar orang cakap kaspersky ni akan melambatkan sistem komputer tapi aku masih setia sebab keupayaan kaspersky mencegah dan membasmi virus dari menjangkiti komputer aku.
Seperti biasa setiap tahun lesen kaspersky perlu diperbaharui. Masa aku singgah kat GM Klang sempat aku cari kedai komputer untuk beli serial kaspersky. Unfortunately takde pulak kaspersky. Yang ada cuma Antivirus Avira, Panda dan Webroot. Semua antivirus tu aku pernah dengar kecuali Webroot. Dah la tak pernah dengar, mahal pulak tu RM120 untuk 3 pengguna. Avira pulak RM40 untuk 1 pengguna. Panda RM60 untuk 3 pengguna.
Akhirnya aku memilih untuk beli Webroot SecureAnywhere sebab tokey kedai kata webroot ni sama handal dengan kaspersky dan ianya ‘ringan’.

Pendapat dan Review Tentang AntiVirus Webroot

Jadi pendapat dan review aku selepas aku menggunakan Antivirus Webroot SecureAnywhere selama 2 minggu memang sangat berpuashati. Memang terbukti Webroot sangat ringan dan sangat powerful. 1st time full scan laptop aku yang sebelum ni dilengkapi dengan antivirus kaspersky internet security, Webroot dapat tangkap 14 virus dan malware kat laptop aku.
Aku bukanlah pakar untuk mengatakan yang kaspersky tak buat kerja untuk buang 14 malware dan antivirus tu, tapi Webroot membuktikan dengan menangkap dan membersihkan serta membuang kesemua malware dan virus dalam laptop aku.
Sekarang laptop aku lebih lancar dan ringan dalam membuat kerja. Macam baru lepas format windows. Korang tau kan camna peginye windows baru install? Hehe

Kalau nak Webroot Internet Security yang Murah, beli kat Lazada kat Link ni, RM99 je.

Leave a Reply