Cara Berkesan Transfer Gambar Kamera RD990 ke Handphone

Sejak aku memiliki RD990, aku menghadapi satu masalah yang aku sendiri tak tahu macamana nak selesaikan iaitu bagaimana cara transfer gambar dari RD990 ke smartphone menggunakan wifi. Pada mereka yang sudah memiliki kamera RD990 ini mesti korang pun menghadapi masalah yang sama kan?

pindah gambar ke handphone
RD990 aku yang sudah aku balut dengan pelekat berwarna hitam di body

Sepatutnya cara transfer gambar dari actionCam RD990 ke handphone adalah mudah. Tetapi aku tak taulah apa bugs yang ada pada apps ActionCam990 (Playstore & Appstore) yang menyebabkan gambar gagal ditransfer dari memori RD990 ke handphone korang.

Cara Berkesan Transfer Gambar Kamera RD990 ke Handphone

Setelah beberapa kali menyelidik tentang cara untuk transfer gambar dari RD990 ke smartphone menggunakan sambungan atau capaian wifi, barulah aku tau camna cara nak transfer tu. Maklumlah ini bukan GoPro4 yang mana proses memindah gambar dalam GoPro4 ke smartphone sangat lancar. Kalau GoPro just tekan transfer terus terpapar kat Gallery smartphone. Kalau untuk RD990 kalau tak tau tekniknya, memang tak muncul la gambar tu kat Gallery.

Tunggu progress download image tu siap baru la restart smartphone.
  1. Pastikan sambungan WiFi antara RD990 dengan smartphone masih tersambung.
  2. Lakukan prosedur biasa transfer gambar dengan klik pada butang download disebelah kanan. (jika lebih dari satu gambar, klik satu persatu, jangan laju sangat sebab nanti boleh jadi error)
  3. Pergi ke icon folder di atas sebelah kanan, lihat progress bar download telah siap sepenuhnya. Pada langkah ini, walaupun progress bar sudah menunjukkan completed, gambar masih belum ‘ada’ di dalam gallery smartphone korang.
  4. Restart smartphone.
  5. Setelah smartphone telah siap dalam keadaan standby mode, pergi ke Gallery (folder download) dan gambar yang korang download tadi dah terpapar di dalam smartphone.

Sebenarnya terus terang aku katakan, memang aku tak tahu kenapa perlu buat camni untuk ‘munculkan’ gambar yang didownload ke smartphone. Mungkin apps RD990 ni masih ada bugs. Apa pun yang penting RD990 boleh menghasilkan gambar yang cantik dan lebar.

Contoh Gambar Hasil Dari Kamera RD990

sample image RD990 lowlight
Sample gambar RD990 lowlight, Four Points Sandakan

sunny day RD990
Dalam keadaan cahaya yang cukup, sample RD990

RD990 beraksi di Promenade Tawau, indoor low light.

Rekemendasi Terhadap RD990

Secara jujur aku tak galakkan korang beli kamera ni. Kumpul la sikit duit lagi untuk beli GoPro yang sudah pasti memang berkualiti dari segi video dan gambarnya. Tapi kalau korang memang tak kisah pasal kualiti dan teknikal problem macam yang aku sebut kat atas tu, teruskanlah bak kata Agnes Monica.

Lazada Malaysia

One Response

Leave a Reply