Pengalaman Aku Pergi Serah Diri Ke AKPK

Aku yang dulu bukanlah aku yang sekarang. Dah macam lagu pulak kan? Aku tengok ramai orang terperangkap dalam hutang kebelakangan ini. Dan macam dah takde jalan keluar tapi still ramai yang terus duduk dalam  kebuntuan tu. Ni aku nak bagitau, aku pernah kat situ. Setiap hari bangun tido, benda pertama aku fikir adalah Camna Nak Setel Hutang?

pengalaman bagus ke akpk
Setiap masalah pasti ada penyelesaian, yang penting kena mengakui permasalahan tu dulu. 

Dengan gaji lebih kurang RM3000, komitmen aku melebihi gaji time tu. Mula-mula dapat gaji besar (3k tu besar weh bagi aku) memang seronok. Aku rasa dunia ni aku yang punya.

Aku sendiri tak perasan camna aku leh terjerat kat hutang yang mencengkam hidup aku time tu. Nanti aku cerita kat post lain camna seseorang itu (aku le tu) boleh terlibat dalam keberhutangan yang teruk.

Ok, camna aku boleh ke Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK)? Sebab aku dah jumpa jalan buntu time tu. Korang tau maksud jalan buntu? Maksudnya;
  • aku dah tak boleh nak buat loan kat mana-mana agensi lain untuk menutup hutang sedia ada.
  • Aku dah kena naik mahkamah sebab hutang Bank Rakyat yang tertunggak.
  • Hutang Kad kredit yang semakin meningkat faedahnya setiap bulan
  • Bayaran bulanan kereta yang tertunggak setiap bulan (pernah kena tarik)
  • dan macam-macam lagi. Aku tak nak citer nanti korang sedih.

Pengalaman Aku Pergi Serah Diri Ke AKPK

Aku terfikir kat mana pengakhiran cerita aku dihimpit masalah keberhutangan yang serius ni? Akhirnya aku pergi serah diri kat AKPK seperti saranan sorang brother ni.

Brother ni pun ada masalah keberhutangan yang serius, tapi sejak dia balik dari AKPK, aku ada nampak seri kat muka dia. Seri yang camtulah aku nak. So aku proceed ke AKPK.

AKPK akan tolong negotiate dengan bank dan aka tolong kutip duit untuk dibayar kepada bank yang kita berhutang secara PERCUMA. Percaya tak?

Apa Akan Jadi Kalau ke AKPK

Tapi sebelum ke AKPK ada la puak2 lain yang menakutkan aku. Katanya kalau ke AKPK nama aku akan;
  • Disenarai hitam dari sebarang pinjaman kewangan oleh mana2 institusi (kecuali along)
  • Tak boleh beli rumah (aku belum ada rumah weh time tu)
  • Tak boleh beli kereta (time tu aku dah ada 2 kete ehehehe)
  • dan lain-lain aku tak ingat.
Pikir punya pikir, dah memang pun nama aku dah disenaraihitamkan kat mana-mana institusi kewangan jadi apa masalahnye kalau AKPK ‘hitamkan’ lagi nama aku dalam senarainya? Nothing to lose. Serius nothing to lose, gelpren pun dah tak nak kat aku time tu. hehehe!

Tapi perlu diingat, bagi mereka yang disahkan muflis oleh Jabatan Insolvensi, AKPK memang tak boleh nak buat apa dah.

Apa Yang AKPK Buat Sebenarnya?

Lepas balik dari AKPK, aku dah paham beberapa perkara (time tu la, sekarang mungkin lain) antaranya (Bantuan yang AKPK berikan);
  1. Bankrapsi bukanlah pengakhiran kehidupan. (Takdenye cop muflis kat dahi tu haaa)
  2. Memang ramai anak muda kat Malaysia yang dah capai status muflis (Im not alone)
  3. Komitmen hutang aku makin kecik (Inilah tugas AKPK)
  4. Hutang tak perlu ditakuti, hanya perlu diuruskan
  5. Terima hakikat, dan perbetulkan langkah seterusnya
Merujuk kat point nombor 3 tu, aku nak bagi contoh. Katalah kita ada 5 kad kredit dan setiap kad kena bayar minimum payment RM300 untuk setiap kad, so 5 kad kredit ko kena bayar total RM1500 lah kan untuk kesemua kad? AKPK akan bantu kita untuk jadikan bayaran RM1500 jadi lebih rendah.

Contohnya dari RM1500 tadi kita hanya akan bayar RM600 untuk kesemua kredit kad tu. Dan ianya melalui AKPK. (Formula pengiraan sebenar memang aku tak pasti, tapi rasanya AKPK akan bagi amaun paling rendah mengikut kemampuan kita)

Camtu jugak dengan loan-loan lain. Contoh loan lain tu macam pinjaman peribadi. Katalah kita ada 3 pinjaman peribadi kat 3 Bank yang berbeza (Ah Long tak termasuk ek), AKPK akan gabungkan semua bayaran bulanan tu jadi 1. 3 lubang jadi 1 lubang.

Ini AKPK punya urusan. Tak silap aku kadar faedah pun jadi berkurangan kot. Mohon rujuk balik kat AKPK. Aku tak ingat sebab nama aku dibatalkan di AKPK setelah beberapa bulan. Sebab apa dibatalkan? Teruskan membaca.


Dokumen Yang Perlu Dibawa ke AKPK

  1. The latest Central Credit Reference Information Report (CCRIS) – This report is available at all our branches.
  2. NRIC photocopy 
  3. Latest Salary Slip (3 month)/ Evidence of Income
  4. Employee Provident Fund (EPF) statement
  5. Legal proceedings documents (if any)
  6. Latest Income Tax Statements (if any) 
  7. Latest Credit Cards/Loans Statements. 
Walaubagaimanapun, korang perlu untuk menghubungi pihak AKPK terlebih dahulu sebelum datang ke AKPK untuk membuat temujanji.

Hutang Tetap Kena Bayar Sampai Langsai

Nampak tak kenapa perlu ke AKPK? Komitmen akan jadi rendah dan selebihnya kita kena berusaha untuk selesaikan hutang tu. Hutang tetap hutang, kena bayar. Kita kena bayar semua hutang-hutang tadi melalui AKPK.

Maksudnya kita bayar kat AKPK, dan AKPK akan guna duit kita tadi untuk bayarkan hutang-hutang kita kat bank-bank yang terlibat. Loan kereta tak termasuk. Kena bayar macam biasa. Tapi pinjaman kereta atas nama kita akan dimasukkan dalam special kes dalam sistem bank.

Aku jugak dipahamkan, AKPK boleh jugak negotiate dengan Ah Long. Selain dari tu, yang tak nak kena halang dari keluar negara sebab tak bayar PTPTN boleh la datang berbincang dengan AKPK.

Nama Dibatalkan Dari Senarai AKPK Bila Tak Bayar dan Tiada Peluang Kedua

Bila AKPK dah bagi kemudahan camni, kita tak boleh ingkar untuk membayar pulak. Sebab kalau ingkar AKPK akan batalkan nama kita dari senarai dan time tu pandai2 lah kita buat pembayaran sendiri ke bank-bank tadi.

Macam kes aku, time tu aku tak bayar 2 bulan kat AKPK. Terus AKPK batalkan nama aku dari senarai diaorang TANPA NOTIS okey!

Mujurlah aku dapat selesaikan kesemua hutang-hutang aku selepas AKPK buang nama aku aritu. Tapi apa yang aku cuba nak bagitau, lepas balik dari program AKPK tu, tidur aku jadi nyenyak. Bangun tidur dengan ceria tanpa nak pikir pasal hutang.

Jadi apa yang takut sangat nak serah diri ke AKPK? AKPK memang tolong struktur balik hutang-hutang aku dan aku mendapat peace of mind.

Nama Clear Selepas 6 Bulan

Oh ye, nama aku dah clean dari AKPK dan lepas setahun dari kes tu aku dah boleh buat pinjaman perumahan dan kereta tanpa sebarang masalah. Rekod kewangan aku pulak, boleh dikatakan cantik macam bayi baru lahir. Semuanya lancar.

Dan yang paling best, aku ada pengalaman camna aku leh terjerat kat perangkap hutang.

apa peranan AKPK
Petikan komen dari artikel di blog Pakdi.net berkenaan Setel Hutang

Banyak sebenarnya pelajaran yang aku dapat dari pengalaman aku yang sebelum ni. Kepada mereka yang sedang menghadapi masalah yang sama, satu je aku nak bagitau, ini bukanlah pengakhiran. Jalan masih bercahaya dan luas di depan. Bebaskan diri sendiri, terimalah hakikat.

Tips paling best aku boleh sarankan adalah, mulakanlah bersedekah walaupun kita tak banyak duit. Sebab dengan bersedekah kita akan merasakan kita mempunyai segalanya (duit, kesihatan, kebahagiaan dll). Dengan rasa itu kita akan menzahirkannya ke alam yang nyata ini.

Untuk sebarang pertanyaan tentang AKPK korang boleh terus hubungi nombor telefon AKPK ni 0326167766. Tanyalah puas-puas kat situ.

Kalau korang masih ragu-ragu, baca artikel aku yang bertajuk Perlu ke Aku ke AKPK? Kat situ aku terangkan kenapa masih ada yang ragu-ragu untuk ke AKPK sedangkan hutang dah menghimpit diri.

p/s : Artikel ni aku tulis berdasarkan pengalaman aku dengan AKPK pada tahun 2008.

292 Comments

    • Tanpa Nama
  1. aTTracTion!!!
    • Tanpa Nama
  2. Tanpa Nama
  3. Tanpa Nama
  4. Tanpa Nama
    • Tanpa Nama
    • Yun
    • Tanpa Nama
    • Tanpa Nama
  5. Tanpa Nama
    • Tanpa Nama
  6. Tanpa Nama
  7. Tanpa Nama
    • Tanpa Nama
  8. Tanpa Nama
    • Tanpa Nama
  9. Tanpa Nama
  10. Tanpa Nama
  11. Tanpa Nama
    • Tanpa Nama
  12. Tanpa Nama
    • Tanpa Nama
  13. Tanpa Nama
  14. Tanpa Nama
  15. Tanpa Nama
  16. Tanpa Nama
  17. Tanpa Nama
  18. Tanpa Nama
  19. Tanpa Nama
  20. Zul Hassan
  21. Tanpa Nama
  22. Tanpa Nama
  23. Tanpa Nama
    • Tanpa Nama
    • Tanpa Nama
  24. Tanpa Nama
  25. Syed
    • Syed
    • Tanpa Nama
    • Syed
    • Tanpa Nama
  26. Cegah Hutang
  27. cikgu man
  28. Tanpa Nama
    • Syed
    • Tanpa Nama
  29. Tanpa Nama
    • Tanpa Nama
  30. Syed
    • Syed
  31. Syed
  32. Tanpa Nama
  33. Tanpa Nama
    • Tanpa Nama
    • Tanpa Nama
    • Tanpa Nama
  34. Tanpa Nama
    • Syed
  35. Tanpa Nama
  36. Tanpa Nama
  37. Ema
  38. Tanpa Nama
  39. Tanpa Nama
  40. Tanpa Nama
  41. Tanpa Nama
  42. Tanpa Nama
  43. Tanpa Nama
  44. Tanpa Nama
  45. Tanpa Nama
    • Tanpa Nama
  46. Tanpa Nama
  47. Tanpa Nama
  48. Tanpa Nama
  49. Tanpa Nama
  50. Tanpa Nama
  51. Tanpa Nama
  52. Tanpa Nama
  53. Tanpa Nama
  54. Tanpa Nama
  55. Tanpa Nama
  56. Tanpa Nama
  57. Tanpa Nama
  58. Tanpa Nama
  59. Tanpa Nama
  60. Tanpa Nama
  61. Tanpa Nama
  62. Tanpa Nama
  63. Tanpa Nama
  64. Tanpa Nama
  65. AhliAKPKFeb2016
    • Adzril

Leave a Reply