Jumpa Owner Produk Minyak Herba Asmak

Sebagai seorang blogger, tanggungjawab kita adalah memberikan info yang sahih kepada pembaca. Aku yakin rakan-rakan blogger diluar sana memang pegang prinsip ni. Kalau takde info yang jelas dan kurang pasti terus nyatakan kurang pasti. Jangan sampai timbul fitnah yang akhirnya akan menjerat diri sendiri.

Jumpa dan tanya untuk kepastian

Berbalik kepada artikel aku sebelum berkenaan kontroversi Minyak Herba Asmak yang aku tengok makin mengelirukan aku dan jugak rakan-rakan blogger lain yang mula perang saraf, aku pun ambil kesempatan untuk bertanya dengan lebih lengkap lagi apa kes sebenarnya ni? Alhamdulillah, pertemuan yang mulanya hanya untuk tujuan artikel inspirasi, tapi aku sempat memahami situasi sebenar apa yang berlaku dari A to Z dari perkongsian pengasas Minyak Herba Asmak ini, Puan Nor Fazilah Abd Mohd dan suaminya. Dalam artikel ini aku cuba terangkan dengan ringkas dan padat supaya ramai akan sedar dan keluar dari kekeliruan ni.

Nama Syarikat Vs Nama Produk

Untuk isu pertama, aku terus sentuh bab kekeliruan nama produk dan Syarikat.

Nama Produk
Syarikat Pengeluar
Minyak Herba Asmak
Minyak Herba Asma Mujarab Sdn Bhd (MHAMSB)
Minyak Herba Asma Mujarab
Syarikat Warisan Insan Enterprise
Tengok betul-betul perbezaan antara kedua-dua nama produk dan pengeluar. Kenapa hampir sama? Dan ianya mengelirukan? Baiklah teruskan bacaan, korang perlu faham flow cerita dari awal untuk memahami isu Palsu atau tiruan ni. Dan juga kekeliruan berkaitan nama produk dan nama syarikat ini.

Perkenalan Yang Membawa kepada Jalinan Perniagaan

Menurut perbualan antara aku dan Puan Nor Fazilah, beliau menyatakan dia mengenali seseorang yang aku namakan sebagai En X  setelah diapproach pada tahun 2012. Ya! Itulah permulaannya. Beliau ditegur sapa oleh  En X yang waktu tu Puan Nor Fazilah ni berniaga emas.

Owner product yang aku panggil En X ni pernah PM (private message) Puan Nor Fazilah di untuk beriklan dan macam nak jumpa. Puan Nor Fazilah pun cakap kalau nak jumpa boleh datang ke gerai.

Time tu selain berniaga emas, Puan Nor Fazilah ni berniaga gerai buah tepi jalan. Akhirnya diaorang pun berjumpa, kat situlah mereka kenal secara bersemuka. Puan Nor Fazilah cakap kat En X yang dia ada resdung, En X ni pun offer la satu ubat tradisional ni untuk ubat resdung.

Puan Nor Fazilah pun makan lah ubat resdung ni dan kagum dengan keberkesanan ubat tu. Puan Nor Fazilah pun start nak jual produk yang En X ni perkenalkan. Nak jadi agen katanya. Biasalah, orang bisnes ni memang pantang nampak peluang baik, mesti nak disambar.

Bisnes Baru Yang Memberangsangkan

Puan Nor Fazilah ni yang sememangnya sudah ada tribe dan pengaruhnya sendiri memang agak senang menjual la kan. Sebab dia memang ramai ejen dari perniagaan emasnya. Bila Puan Nor Fazilah dah start jual ubat resdung ni, semua ejen pun ikut nak jual jugak. Kat sinilah Puan Nor Fazilah ni bina ’empayarnya’ dalam perniagaan Ubat resdung dari En X sebagai stokist. Dan bisnes memang berjalan lancar. Jelas tak? Kalau tak jelas angkat tangan ye.

Kerjasama 2 hala antara  pihak Puan Nor Fazilah dan En X berjalan seperti biasa. Puan Fazilah jugak mula menjual produk lain dari syarikat En X iaitu Krim Herba Kemboja (KHK). Time tu tahun 2014 la lebih kurang.

Wujudnya Minyak Herba Asma Mujarab

Pada lebih kurang bulan 9 tahun 2015, En X bagitau kat Puan Nor Fazilah, katanya ada produk baru untuk melegakan asma . Puan Fazilah kagumlah time tu, dan cakap produk ni boleh pergi jauh sebab tak banyak lagi kat pasaran. En X siap bagi testimoni la sikit.

Puan Nor Fazilah pun full blast la marketing untuk produk dan produk menjadi viral time tu. Waktu tu, En X ni lebih kepada production sahaja, walaubagaimanapun En X tetap juga buat sales dan juga ada ejennya sendiri. Manakala Puan Nor Fazilah running sales dan marketing bersama ejen-ejennya pulak.

Ejen Kill Market (Clash of Agent)

Kalau menurut En X, Puan Nor Fazilah bukanlah satu-satunya stokist mereka. Time tu ada 4 orang yang diberi sama harga macam Puan Nor Fazilah dapat. Bila ejen-ejen Puan Nor Fazilah bertembung dengan ejen lain dari 3 orang lain ni, agen bergaduh sesama sendiri.

Isunya sebab ejen-ejen lain ni buang harga (kill market) di facebook. Puan Nor Fazilah start bagitau En X supaya ejen-ejen yang lain kekalkan harga dan bersaing secara sihat.

Puan Nor Fazilah betul-betul nak jaga ejen di bawahnya supaya tidak tertindas oleh segolongan ejen lain yang buang harga. Mula-mula En. X ok, tapi last-last macam marah. Kata Puan Nor Fazilah, jawapan yang diterima agak memeranjatkan “Nak jual, jual. Tak nak takpe”

Full Commitment Vs Stop Supply

Kebetulan pulak time tu Puan Fazilah memang dah ambil cuti tanpa gaji untuk menunjukkan yang dirinya ni serius nak berniaga, dan untuk fokuskan diri dalam memasar dan menjual produk dari En X. Tapi lain jadinya bila En X masih belum setel kes buang harga malah diaorang kena perli. Ada jugak ura-ura untuk hentikan supply produk kepada ejen Puan Nor Fazilah ni.

Ok kejap, sebenarnya banyak lagi perkongsian yang Puan Nor Fazilah kongsikan, tapi aku sekali lagi cuba untuk padat dan ringkaskan sebaik mungkin supaya kawan-kawan blogger dan pihak lain senang untuk faham kronologinya.

Aku tak berapa gemar untuk mendedahkan permasalahan dalaman yang berlaku sebenarnya. Nanti kata aku cuba menghasut pulak. Aku cuba sampaikan kronologi sahaja. I’ll be as natural as I can okey? (Kan ai dah speaking…)

Tindakan dan Reaksi Susulan Puan Nor Fazilah terhadap isu ini

Kalau menurut Puan Nor Fazilah lagi, disebabkan perselisihan ini makin berpanjangan, dia tak boleh nak berdiam diri. Ejen jualan dalam rangkaian Puan Nor Fazilah perlukan something untuk sales mereka.

Puan Nor Fazilah cakap, walaupun dia dah bagitau kepada semua ejen dibawahnya kat mana boleh dapatkan supply produk ni, tetap jugak diaorang (ejen) tak nak. Pada aku mungkin ejen jualan hormat dan setia pada Puan Fazilah lah sebab tu diaorang tak nak ambil direct dari En X walaupun mereka dah tahu.

Jadi kat sinilah Puan Nor Fazilah mengambil inisiatif untuk membuat formulasi baru dan mencipta product yang melegakan asma sendiri. Guna formula sendiri.


Puan Nor Fazilah dan suami keliru kenapa bekalan mahu disekat oleh En X sedangkan sales yang Puan Nor Fazilah dan ejen-ejenya buat sangat tinggi.

Batu Loncatan dan muncul Produk Baru Minyak Herba Asmak

Pada pandangan aku, langkah yang diambil oleh Puan Nor Fazilah ni brilliant. Dia tak berpeluk tubuh menyerahkan nasib pada takdir. Dia bertindak untuk menjadikan masalah ini sebagai batu loncatan untuk memajukan diri dan orang sekeliling.

Dalam bulan Mei 2016 terhasil la minyak herba untuk rawatan asma dengan formulasi baru yang dinamakan Minyak Herba Asmak dengan ramuan utama Habbatus Sauda dan Gamat. Walaubagaimanapun kandungan lainnya diformulasikan secara klinikal tanpa meniru mana-mana resipi, ramuan dan formulasi. Yang penting ianya untuk melegakan asma.

Penggunaan Nama Macam sama Untuk Produk dan Nama Syarikat

Puan Nor Fazilah terus menubuhkan Syarikat atas nama Minyak Herba Asma Mujarab Sdn Bhd (MHAMSB) memandangkan nama ini masih belum didaftarkan oleh mana-mana individu atau organisasi. Pemilihan nama syarikat adalah demi untuk meneruskan momentum jualan Minyak Herba rawatan asma.

Kenapa tak guna nama lain? Antara alasan utama adalah sebab Puan Nor Fazilah dah spend berpuluh ribu untuk marketing Produk Minyak Herba Asma Mujarab pada awalnya.

Ingat lagi tak cerita awal tadi? En X banyak fokus kepada pengeluaran manakala Puan Nor Fazilah dan ejennya fokus pada sales dan marketing. Jadi Puan Nor Fazilah ni pun berabis la buat flyers, banner dan lain-lain untuk mempromosikan produk tersebut.

Sebagaimana En X dan sekutunya selalu perli Puan Nor Fazilah kenapa tak guna nama lain, kenapa dia sendiri tak tukar ke nama lain?Dan kenapa dia tak nak bersemuka face to face untuk menyelesaikan masalah ini sedangkan hal ini sebenarnya hal kecil sahaja dan sengaja diperbesar-besarkan.


Pendaftaran Syarikat mengikut lunas dan undang-undang yang benar sepatutnya tiada isu tiru dan cuba mengelirukan orang ramai.

Jadi untuk tujuan yang sama (selain langkah penjimatan sebab dah banyak spend kat bahan cetak), nama produk juga cuba didaftarkan dengan di KKM untuk melegalkan urusan bisnes dan untuk tujuan ujian klinikal namun nama produk itu gagal didaftarkan sebab ada perkataan yang tidak boleh digunakan.

Maka pilihan mengubah Asma kepada Asmak dilakukan dan  produk terus didaftarkan atas nama Minyak Herba Asmak. Ini sakses! Ok nampak perbezaan?

Memanglah Syarikat MHAMSB ni baru didaftarkan, dah memang diaorang baru nak start bisnes dengan syarikat sendiri kot. Sebelum ni tolong jual produk orang lain.

Keluarkan Minyak Herba Rawat Asma Yang Baru : Minyak Herba Asmak

MHAMSB mengeluarkan jenama sendiri untuk produk keluarannya iaitu Minyak Herba Asmak. Jadi persoalannya kat sini macamana dengan penjualan Minyak Herba Asma Mujarab sebelum ni? Adakah produk telah didaftarkan di KKM? Korang sendiri tentukan.

Untuk isu ni sebenarnya cukup sensitif. Aku tak berani ulas lebih-lebih. Cukup sekadar untuk pengetahuan rakan dan taulan sahaja. Sebab ada masuk bab notis yang dianggap saman, hantar surat saman sana sini berkaitan label pada produk dan lain-lain lagi. So tu mungkin aku boleh reply kat bahagian komen la kot.

Serangan Bertubi?

Cerita tak habis kat sini, serangan dari En X masih berterusan daripada beberapa sudut antaranya serangan ke atas ejen jualan di bawah jagaan Puan Nor Fazilah dalam group Whatsapp, membuat beberapa artikel dalam blog yang menghentam keperibadian Puan Nor Fazilah dan mewarwarkan produk MHAMSB adalah palsu/tiruan.

Tak cukup dengan tu, diupahnya blogger-blogger untuk buat review dan emphasiskan produk original dan tiruan. Kat sini lah blogger-blogger mula bertembung dan masing-masing mempertahankan merekalah yang paling benar. Nanti dulu kawan, jangan jump into conclusion dulu. Mari teruskan bacaan.

Alamak, tak best la camni kan? Rezeki kan Tuhan dah tentukan.

Mana Original Mana Tiruan?

Ok sekarang masuk bab originality. Pada aku, isu ini tak perlu timbul sebab sebenarnya tiada siapa tiru siapa. MHAMSB tidak meniru Minyak Herba Asma Mujarab dari Warisan Insan Enterprise kerana En X tidak pernah mendedahkan kandungan sebenar ramuan Minyak Herba Asma Mujarab kepada sesiapa lagi-lagi kepada Puan Nor Fazilah.

Lagipun, Puan Nor Fazilah memaklumkan kepada aku yang En X cakap produk ni adalah milik seorang pakcik, En X hanya tolong marketkan sahaja. Tapi di beberapa tempat, En X mengaku Minyak Herba Asma Mujarab adalah produk miliknya. Jadi cukup jelas tentang isu Originality? Kita teruskan ye geng.

Dunia Bisnes Perlu Pantas Hidu Peluang

Dalam dunia bisnes, kita kena pantas. Dengan pengalaman yang Puan Nor Fazilah ada dalam dunia minyak rawatan asma, beliau terus mewujudkan produk untuk merawat asma dengan formulasi baru yang dipertingkatkan. Wujudnya saingan, maka meriahlah industri.

Itu yang aku nampak la. Takkanlah kita nak halang competitor produk kita dengan tohmahan dan tuduhan yang tak best kan? Adidas keluarkan kasut hari ini, minggu depan Nike pun keluarkan kasut design lain. Eh! Takkan la kot Adidas nak cakap Nike keluarkan kasut tiruan pulak. Jelas kat situ kedua-duanya kasut.

Berita Kredibel Untuk Dirujuk, Jangan Percaya Saya

Aku ada baca beberapa artikel berkaitan isu ini yang masih berlegar-legar di ruang internet. Sebenarnya aku tak nak la dedahkan, nampak sangat la aku ni bias pada satu-satu pihak dalam membuat analisa kampung aku ni.

Tapi pautan dalam portal berita yang mengatakan produk satu perniagaan yang ditarik balik oleh KKM disebabkan mengandungi bahan terlarang iaitu di Harian Metro, TheStar, KPKesihatan dan sekali lagi di Harian Metro ini perlu korang perhatikan dan hadam. Ehem, kat npra.gov.my pun ada ye disebut berkaitan produk tu. Aku tak tuduh, aku cuma sediakan berita dan laporan kredibel dari party lain. Korang cuma perlu untuk membuat penilaian.

Fokus Kelebihan Vs Jatuhkan Pihak Lawan

Bagi aku yang not in their shoes, kenapa perlu (tanpa tuding mana-mana pihak) kita menjatuhkan orang lain atau produk lain sedangkan kita hanya perlu fokus pada kelebihan dan kekuatan produk kita berbanding produk lawan.

Adakah kita takut dengan persaingan? Adakah kita sudah tidak percaya rezeki itu Allah dah tentukan untuk semua makhluk seluruh alam? Nanti sibuk dengan nak jatuhkan orang, orang tu makin naik dan bisnes kita plak akan berada di takuk yang lama.

Next Episod

Episod seterusnya aku akan kupas berkaitan dengan langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil oleh blogger dalam menulis sesuatu artikel review lebih-lebih lagi artikel yang konsep reviewnya cuba menjatuhkan pihak lawan atau competitor. Bukan nak tunjuk pandai, tapi niat untuk berkongsi supaya kita semua buat kerja dengan baik dan selamat.

Last sekali saya ucapkan terima kasih kepada Puan Nor Fazilah kerana sudi berjumpa dan menceritakan kronologi sebenar (at least) yang berlaku antara kedua belah pihak. Penerangan puan tidak terlalu defensif dan saya nampak keikhlasannya. Harap perkongsian ini boleh membuat blogger menjadi rasional sebelum buat artikel review. Saya doakan pihak Puan Nor Fazilah dan En X menemui penyelesaian secara baik.

7 Comments

  1. Tanpa Nama

Leave a Reply