Cara mendapatkan MAC address

Cara nak halang orang dari menggunakan wifi kita dah ada, kali ini saya nak share cara nak mendapatkan address MAC bagi device seperti laptop dan handphone.

1. MAC Address untuk Laptop yang menggunakan Windows 7.

i. Tekan butang Windows + R
ii. masukkan command CMD
iii. dan taip ipconfig -all

00-1B-77-92-A8-31 adalah contoh MAC address yang kita cari. Masukkan dalam MAC Filtering address tu dengan cara 00:13:00:E1:11:11 ke dalam setting router anda.

2. Mendapatkan MAC Adress bagi Handphone yang menggunakan OS Android.

Cara mendapatkan MAC address bagi telefon bimbit yang menggunakan sistem pengoperasian Android (1.6 Donut, 2.1 Eclairs, 2.2 Froyo, 2.3 Gingerbread, 3.0 Honeycomb, 4.0 Ice-cream Sandwich, 4.4 KitKat, 5.0 Lollipop) adalah sama. Caranya adalah dengan masuk bahagian Setting > Wireless & networks > Wi-fi Setting. Selepas itu masuk bahagian Advanced dan tadaaaa! MAC address terpapar disitu.

3. Cara Dapatkan MAC Address untuk pengguna iOS (Iphone, Ipad)

i) Pergi ke Setting
ii) Pilih General
iii) Pilih About
iv) MAC Address terpapar sebagai WiFi Address
Kalau korang baca artikel Cara Mengesan Samada Wifi Digunakan Orang Lain, korang akan belajar camna dapatkan MAC Address smartphone atau laptop atau apa-apa device dengan cara paling senang.

Leave a Reply