Faizal Tahir di One Borneo Kota Kinabalu

Pertama kali aku dengar khabar Faizal Tahir akan buat showcase kat One Borneo (1B) Kota Kinabalu masa dengar radio EraFM. Keyword One Borneo Kota Kinabalu yang membuatkan reseptor-reseptor otak aku aktif ditambah pulak dengan nama Faizal Tahir. EraFM kata untuk maklumat lanjut sila layari www.era.fm, tapi aku tak jumpa pun berita pasal kedatangan Faizal Tahir tu ke 1B KK.
Aku doodle gambar Faizal Tahir semasa aku di pejabat sebab tak dapat datang ke Showcase dia. Lukis guna Sketch Pro For Tablet. (Tema Jerebu)

Takpe2, aku guna khidmat pakcik google plak. keyword “Faizal Tahir One Borneo Kota Kinabalu.” Aku dibawa oleh pakcik Google ke satu blog seorang perempuan yang aku tak ingat namanya. Dalam blog tu dia kata dia buat panggilan ke EraFM dan mendapat jemputan Khas, tapi dalam blog tu jugak dia kata masuk percuma. Siap info kat situ Faizal akan buat Showcase di South Atrium One Borneo KK pada 22 Jun 2013 jam 7.00 petang.
Okeh maka bersiap2 la aku dengan kamera kesayangan Fuji X100 aku untuk shoot beberapa keping gambar Faizal Tahir dengan angan-angan nak up setting ISO sampai 6400. Maklumlah indoor kan, bukan tu je dalam fikiran ni siap dah setting nanti gambar tu nak jadikan hitam putih, mesti smart weh!
Tapi semua tu tinggal harapan je bila aku teringat yang aku kena duty kat pejabat bermula dari 5.00 petang sampai 11.00 malam. Isk isk isk. Clash la tu kan? Takpela mungkin bukan rezeki aku nak shoot gambar Faizal Tahir depan-depan. Angan-angan je lebih padahal Fuji X100 aku cuma ada lens 23mm fixed lens. Nak kena duduk depan-depan Faizal Tahir Baru Boleh clear dan angle cantik (bagi aku la). Nak duduk depan-depan kena plak berebut dengan peminat-peminat dia yang lain. Aku ni jenis tak sampai hati nak tolak-tolak orang semata-mata nak shoot gambar artis yang aku minat, lagi-lagi kalau orang yang aku tolak tu perempuan, karang tak pasal-pasal dituduh melakukan sexual harassment. Ok Faizal Tahir! See you Next time! 
Diharap pada blogger-blogger lain yang pegi showcase tu, share-share la gambar korang ok. Pada peminat atau sesiapa je yang pergi ke showcase dia tu cer korang komen sikit, best tak showcase tu dan show off la sikit gambar yang korang ambik, mesti bawak kamera kan? masing-masing kaya sekarang, paling-paling Samsung S4 bebudak sekarang ni pakai.

Leave a Reply