Panduan Bercuti di Sabah Ringkas dan Padat

Hampir 6 tahun saya bertugas kat Sabah, segala pengalaman dan cerita kat Sabah memang jadi kenangan. Untuk itu saya akan kongsikan tips dan panduan bercuti ke Sabah memandangkan biasanya saya jadi pemandu pelancong setiap kali kawan-kawan dari semenanjung datang berkunjung ke Sabah.

Jadi saya persembahkan Panduan Bercuti di Sabah yang paling simple ringkas dan padat.

Panduan Bercuti di Sabah

Saya nak bagi tips dan gambaran untuk tempat-tempat yang perlu atau patut dikunjungi bila berada di Sabah.

Hai saya Adzril, korang dipersilakan add saya kat Google+ untuk memeriahkan lagi akaun saya tu. Bagi mereka yang tak tau mana nak jalan di kota kinabalu, jom saya tunjukkan sedikit tips.

Chalet Kiram Village di Kundasang

Ketika berada di Kiram Village Kundasang

Tempat Menarik Jika bercuti di Sabah

Hari pertama sampai kat Airport KK sama ada  KKIA (Kota Kinabalu International Airpot) T1 atau KKIA T2, korang boleh terus check in hotel kat area Bandar Kota Kinabalu (KK). Banyak hotel kat Bandar KK ni dari yang harga RM68 sehingga RM146 untuk range sederhana, Contohnya macam hotel Tang Dynasty (hotel ni agak ‘berusia’), Yaho Hotel, Hotel Sadong, dan lain-lain.

Pilihan Hotel Yang Sesuai

Kebanyakkan hotel-hotel ni tak include sarapan pagi kecuali hotel Shangri-La Bandaran (recommended) dengan Zara Boutique Hotel. Ini yang saya pernah check in.

Untuk hotel yang range harga dia tinggi, korang boleh check in kat hotel sekitar Gaya Street kat KK tu dengan harga RM180-RM400 untuk 1 malam. Hotel yang range harga camni saya tak pernah masuk lagi, dan saya rasa kompom la mesti ada include sarapan pagi tul tak? Apa-apapun pasal hotel ni takyah risau la sebab kat sekitar Bandar KK ni hotel memang berlambak. Pilih je yang mana berkenan.

Nama hotel yang saya mention kat atas tu semua saya berkenan, lagi-lagi Zara Boutique Hotel. Ada jugak hotel murah dalam RM60 satu malam dekat area kampung Air Kota Kinabalu tu, ataupun Promenade Apartment.

Kalau datang ke Sabah beramai-ramai, elok duduk Homestay je kan? 

Market Nabalu di Kundasang Sabah

Nabalu Market, Sabah

Jalan-jalan Sekitar Kota Kinabalu

Rehat secukupnya pada hari korang sampai tu, atau korang boleh jalan-jalan sekitar Bandar KK ni untuk meninjau-ninjau budaya orang Sabah yang peramah dan cantik-cantik.

Saya cadangkan untuk hari pertama hanya untuk berjalan-jalan je sekitar Bandar KK (atau sekitar hotel kat mana korang duduk) sebelum menempuh hari esok.

Kat sekitar KK ni korang leh pergi Suria Sabah ataupun ke Sinsuran cari manik murah. Biasanya malam ramai pelancong akan ke Pasar Pilipin untuk makan seafood. Yang paling terkenal kat sini biasanya orang pergi ke Haji Manja. Tapi ada je kedai makan seafood lain yang sedap dan murah.

Kawasan Pulau Manukan

Pulau Manukan Sabah

Jelajah Pulau (Island Hoping)

Dah cukup rehat? Hari kedua korang bangun awal sikit (dalam pukul 0700hrs) dan boleh terus ke Jesselton Point kat Bandar KK ni (betul2 sebelah Suria Sabah) untuk mengalami pengalaman ke Pulau.

Sampai je kat Jesselton Point terus beli tiket untuk ke Pulau pilihan korang, sama ada Pulau Manukan, Sapi atau Mamutik. Ketiga-tiga pulau ni best, airnya jernih tapi Manukan menjadi pilihan saya la sebab ruang berlari-larinya yang luas.

Jangan lupa untuk sewa peralatan snorkel masa kat Jesselton Point tu bagi yang nak bersnorkeling la (additional). Masa beli tiket, orang kaunter tu akan tanya pukul berapa korang nak balik, sebab bot nak datang pick up korang lepas korang selesai berkelah kat pulau tu.

Dah Penat balik dari Pulau, korang berehatlah kat Hotel bagi caj balik tenaga untuk perjalanan keesokan hari.

Baca juga : Aktiviti memancing dan snorkeling di Pulau Mantanani Sabah lebih best!

Kundasang

Hari ketiga saya cadangkarn korang check out dari Hotel dan terus menuju ke Kundasang. Perjalanan ke Kundasang ambik masa lebih kurang 2-3 jam naik kereta. Tempat pertama yang korang perlu singgah bila sampai ke sini adalah (cadangan saya) terus ke Kampung Luanti.

Kat situ korang akan ‘bermain’ ikan sambil ikan tu berenang-renang sambil ‘mengurut’ kaki korang. Habis je dari Kg Luanti ni, singgah kejap kat Ladang Teh Sabah, sebelah je pun. Biasanya orang ke sini untuk makan tengahari sebab kalau nak ke Pekan Ranau agak jauh dan tak berbaloi nak ulang alik.

Lepas tu terus menuju ke Poring Hot Spring. Kat sini ada Canopy Walk dan Hot Spring. Owh ya, air terjun pun ada, cantik tau. Kalau korang larat boleh teruskan ke air terjun Kipungit yang jaraknya lebih kurang tak sampai 1 kilometer jalan kaki dari Canopy Walk tu.

Kundasang Kiram Village Chalet

Pemandangan kat Kiram Village

Chalet Cantik di Sabah Kundasang

Pemandangan Sekitar Kiram Village

Chalet di Kundasang Sabah

Suasana Tenang dan Nyaman di Kiram Village

Habis je aktiviti korang kat sini korang boleh terus menuju ke Desa Dairy Farm, kat sini korang akan tengok pemandangan yang cantik menghijau, ada lembu-lembu susu dan korang boleh gak beli susu segar kat sini.

Pemandangan Gunung Kinabalu

Boleh nampak gunung Kinabalu secara dekat waktu pagi

Rasanya sampai petang jugak la korang akan berada kat sini dan dinasihatkan supaya korang stay je kat area Kundasang ni sebab kalau nak balik pun dah malam, banyak kabus so saya cadangkan korang stay kat Hotel atau Chalet sekitar Kundasang.

Kalau saya, saya sarankan korang stay kat Kiram Village, range harga dari RM90-110 untuk 1 malam. Stay 1 malam kat sini dan esok pagi boleh terus balik ke KK.

Tanjung Aru Kota Kinabalu Fountain

Pertunjukan air pancut kat Perdana Park Tanjung Aru

Inilah serba sedikit post ringkas saya (tanpa sebarang rangka isi penulisan) untuk panduan bagi yang betul-betul clueless untuk bercuti kat Sabah ni. Apa yang saya tuliskan ni berdasarkan pengalaman saya yang tak berapa. Jadi mungkin ada kekurangan kat beberapa isi.

Saya dalam perancangan untuk membuat panduan yang lebih lengkap lagi lepas ni. Jadi untuk masa sekarang kalau ada sebarang pertanyaan boleh la tanya kat ruangan komen. Manalah tau boleh dapat idea untuk cari tempat-tempat menarik kat Sabah kan?

Kereta Sewa di Kota Kinabalu

Bagi yang nak cari sewa kereta sekitar Kota Kinabalu ni, boleh la hubungi saya. Tapi saya cuma ada kereta Perodua Axia (Manual) dan Saga BLM (auto) la untuk disewa (buat masa ni), kereta-kereta besar belum ada, tapi kalau nak boleh diusahakan.

Bayaran untuk sewa Perodua Axia ni dalam RM100 sehari, Saga BLM 120 sehari. Dan ada diskaun lagi untuk sewa kereta untuk 3 hari dan keatas. Ok sape yang nak sewa kereta, teruskan baca kat perenggan seterusnya.

Boleh terus baca kat artikel saya yang bertajuk Sewa Kereta di Kota Kinabalu Sabah. Elok terus tempah kereta awal sebelum jejak kaki ke Sabah kan?

Sebagai tambahan, saya ada buat satu artikel kat blog Magicalips.com berkenaan dengan tempat untuk menginap kat Kundasang. Boleh la ke blog tu untuk tengok betapa cantiknya pemandangan Gunung Kinabalu dari tempat penginapan kami tu.

Summary
Article Name
Panduan Bercuti di Sabah
Description
Saya kongsikan secara ringkas panduan untuk mereka yang nak bercuti dan berkunjung ke Sabah tanpa tourist guide.
Author
Publisher Name
The Adzril.com
Publisher Logo

28 Comments

  1. Encik Mus
      • Huda
  2. Tanpa Nama
  3. mus 119
  4. Abdul
  5. Nurul Radhiah
  6. Umairy
    • Umairy
  7. Rizal
    • Adzril
  8. nur
  9. yus
  10. abdullah jasmani
    • Adzril
  11. Zaid
    • Adzril
    • Adzril
  12. Sharifah Che Lah
    • Adzril

Leave a Reply