The Apprentice Asia Episode 9 – The Interview

Episod ke 9 The Apprentice Asia takder nak challenge2 antara 1 sama lain dah. Takder Apex, takder Mavericks. Episod 9 ni adalah mereka keempat2nya iaitu Alexis, Samuel, Andrea ngan Jonathan perlu diinterview oleh 3 orang rakan Bisnes Tony Fernandes iaitu Aireen Omar, Ruben Emir Gnanaligam, dan Stuart L. Dean. Tony dah bagi arahan awal-awal kat ketiga-tiga rakan kongsi dia masa nak temuduga keempat-empat bakal Apprentice ni. No Mercy!
Ruben Emir Gnanalingam

Aireen Omar

Aku nak ulas panjang pun tak berapa nak ingat sangat point masa interview tu, tapi apa yang aku boleh simpulkan, ketiga-tiga penemuduga ni memang hebat dalam menyoal peserta The Apprentice Asia ni. Diaorang ni berjaya membuat kesemua peserta Apprentice Asia ni tergamam dan terdiam pada sesetengah soalan. Bijak! Bijak! Aireen Omar nampak ceria dan senyum, begitu gak dengan Stuart, tapi Gnanalingam agak serius dengan muka ‘takder perasaan’ menyoal soalan-soalan ‘killer’ kat peserta sampai peserta tergamam.
Samuel – Dipecat
Alexis – Dipecat
Secara keseluruhannya, ketiga-tiga penemuduga berpuas hati dengan Andrea dan Jonathan, lagi2 si Stuart Dean tu. Dia terlalu yakin dan optimis terhadap Andrea yang dikatakan berfikiran pantas walaupun masih muda. Dekat Board Room, sebelum peserta Apprentice Asia masuk, Tony membuat perbincangan dengan ketiga-tiga penemuduga tentang perkara dari sesi temuduga yang telah mereka jalankan. Daripada perbincangan Tony ternyata lebih jelas siapa 2 orang peserta yang perlu dipecat.
Stuart L. Dean – Penemuduga yang agak ceria
Jonathan ditemuduga oleh Aireen
Andrea ditemuduga oleh Ruben Emir Gnanalingam
Jangkaan aku minggu lepas sedikit meleset apabila Alex dipecat. Pada post minggu lepas, aku menjangkakan Samuel dan Andrea dipecat tapi ternyata Andrea cukup kebal dan hebat. Dan aku mengakui memang dia hebat dan sincere sepanjang siri The Apprentice Asia ni cuma dia agak terlalu serius bekerja. Pemecatan Alex sudah aku jangka masa sesi Tony berbincang dengan ketiga-tiga penemuduga yang menampakkan vision Alex adalah lebih kepada duit. Itu merisaukan Tony. Apa pun minggu depan adalah episod akhir The Apprentice Asia yang akan menentukan siapa bakal jadi Apprentice Tony Fernandes.

Leave a Reply