Repair Jam Lama

Sedar tak sedar aku masih lagi menyimpan jam-jam lama aku. Takder la banyak pun cuma 3 je. Sebenarnya lebih, tapi aku tak ingat siapa yang beli dan bila. Jenama pun aku dah lupa kalau yang dah lama sangat tu. Mungkin kalau yang aku ingat pun jam RM5 kat pasar malam. Sedar tak sedar sebenarnya kebanyakkan jam yang aku beli bukan lah nak tengok masa sangat. Ianya lebih kepada aksesori pelengkap bagi diri aku.

My Classic Collection

TIMEX EXPEDITION.

Jam ni aku beli sekitar tahun 2005 kalau tak silap aku. Time tu beli dengan harga lebih kurang RM295 kat Sunway Pyramid. Waktu tu aku kerja Juruteknik Maintenance kat Kapar Energy Ventures. RM295 untuk sebuah jam adalah mahal bagi aku waktu tu, ye la gaji pun time tu RM1k lebih je. Tapi kenapa aku sanggup beli jam tu adalah sebab designnye yang bagi aku cantik dan simple. Memang aku cari yang design2 camni. Mula2 tu nak beli swiss Army, mahal sangat la RM8XX tapi last2 aku pilih Timex Expedition ni yang lebih simple dan praktikal.

Lazada Malaysia

Jam ni pernah aku abaikan konon2 sebab rimas la pakai jam. Time tu adik aku yang ambik kesempatan guna jam ni sebab dia tengok jam ni takder orang nak pakai. Lepas je dia abes poli dia dah tak pakai jam ni, ntah camna jam ni boleh lagi ada dalam simpanan aku smpai la tahun 2009 kat mana aku mula kenal bini aku. Jam ni dipakai oleh bini aku sebab dia kata jam ni lasak (lasak ke?). Sampai dah lepas kawen pun dia pakai jam ni walaupun aku dah belikan Jam Solvil et Titus untuk hantaran. Dia kata jam Titus tu eksklusif, pakai waktu terterntu je. Iyer la sayang.

Berbalik kat TIMEX ni, aku baru sedar jam ni ada lampu lebih kurang tahun 2007, time tu aku tertekan butang tepi yang selama ni aku ingat fungsi butang tu hanya untuk adjust jarum je. Jam ni mula tak diendahkan lepas aku terjatuhkan jam ni dan time tu cover belakangnya tercabut, takleh pasang balik guna tangan. Ketat gile. So tadi aku baru hantar ke kedai jam tukar bateri dan pasang terus cover belakangnya guna mesin kat kedai tu. Niat nak repair jam ni pun sebab kawan aku duk sibuk katanya nak cari jam TIMEX EXPEDITION yang katanya tahan lasak. Tapi dia maksudkan model yang lain kot. Apa2 pun jam ni memang best.

Timex Expedition
Lampu Timex Expedition

FCUK FC1067

Jam yang ni tak banyak sangat citernya. Beli masa nak buat hantaran kawen yang kebetulan memang aku tak ada jam time tu (konon la). Macam citer timex expedition, jam ni dipilih pun sebab designnyer yang simple dan aku suka jam yang saiz diameter dia besar. Kalau boleh jam dinding tu aku nak letak kat tangan ahahah gurau je. Jam ni pernah mendapat beberapa pujian dari kawan dari segi design dan saiznye. Owh ye jam ni dari jenama FCUK, French Connection UK.

Beli kat Jusco Bukit Tinggi Klang dengan harga sekitar RM5XX. Lepas kawen memang ni la jam yang aku selalu pakai kemana2. Sampai la satu hari aku terjatuhkan jam ni (aku ni mmg asik jatuhkan jam ek?) abes tertanggal jarum dan cerminnya pecah. Sejak aritu aku memang tak pakai jam sebab rimas dan belum terniat nak beli jam tangan. Sampai la arini masa aku nak pegi repair TIMEX EXPEDITION aku tu, aku bawak sekali ke kedai jam untuk dinilai berapa kos gantian dan repair yang diperlukan.

Ternyata hanya RM20 bagi repair balik jam ni berbaloi sebab jam ni berfungsi lagi (buat waktu ni). Katanya kalau nak ganti cermin kena RM50, tapi kene tinggal jam ni sehari 2 kat kedai.. tak naklah, asal dia boleh gerak dah ok la. cermin lain kali aku tukar. Owh ye, jam FCUK yang model ni takder lampu. Harap je RM5XX tapi lampu tarak.

FCUK FC1067

G-SHOCK SUPRA LIMITED EDITION GA200SPR

G-Shock Supra Limited Edition ni aku ‘terpaksa’ beli sebab aku dah tak boleh tahan tengok desingnyer. Aku amik keputusan untuk beli jam ni tak sampai 1 minit. Asalnya aku dah lama usha Gshock Model GA-100 XX, macam2 kaler ada. ada yang putih, hitam, kuning, yang warna warni pun ada. Harga model GA-100 XX yang aku minat nak beli ni pun agak murah la dalam RM320 – RM2XXX oh mak mahal giler RM2k tu kan?

Time tu aku tak perlu la yang sampai harga 2K tu, asal dapat G-Shock Original dah ok la kan? Benda ni aku usha kat Group G-Shock Malaysia Community, News feed dia selalu muncul kat wall aku yang membuatkan aku makin teruja dengan jenama ni. Sebenarnya byk model G-shock yang aku berminat, tapi aku hold dulu untuk yang terbaek la kononnya.

Tiba-tiba 1 hari ada sorang seller ni dia up gambar G-Shock Supra Limited Edition, terus aku PM kat dia tanya harga dan terus aku letak deposit, sebab dia kata kene pre-order. Harga RM9XX (jauh dari bajet aku) tak aku endahkan sebab aku dah minat sangat dengan design dan gabungan warna hitam dan merah yang sangat sempurna. Ada peminat G-Shock tak smpai hati nak pakai jam ni, diaorg just buat koleksi je, simpan dalam frame. Tapi aku terus pakai sebab teruja lagipun memang aku takder jam lain, ada jam FCUK ngan TIMEX pun lum repair hehehe! 

G-Shock Supra Limited Edition
Apapun apa yang aku nak kongsikan sebenarnya adalah tentang menghargai Jam-Jam lama. Jam lama ni tak termasuk G-Shock Supra ni la, hehe aku masukkan sebab aku terlalu teruja dengan jam ni. Tapi bila aku dah repair TIMEX ngan FCUK ni, aku rasa masing-masing ada nilai dan kenangannya.

Leave a Reply