Kelas Grafik Hero V2 World Designer

Aku start kenal Encik Dee selepas aku admire hasil kerja dia yang aku pernah nampak kat facebook. Dari situ jugak aku kenal Izuan Bakar. Mereka ni dari team World Designer. Baru-baru ni World Designer anjurkan Bengkel/Kelas Grafik Hero versi 2 yang diadakan di Jom Training Centre (JTC) Puchong.

Kalau korang pernah tengok hasil kerja diaorang ni, aku jamin korang pun akan teruja dan bagi aku sendiri, aku asyik tertanya camna diaorg buat camni? camna diaorang buat camtu? Camtulah setiap kali kalau aku nampak hasil kerja diaorang nih. Memang sangat Ohsem. Jadi bila diaorg buat kelas, dengan pantas aku mendaftarkan diri walaupun aku terpaksa terbang ke semenanjung bagi tujuan tu.
Untuk kelas Grafik Hero versi 2 ni yurannya RM397, bagi aku yuran ni sangat berpatutan dan berbaloi. Aku sendiri sanggup beli tiket AirAsia RM200 (aje pun) untuk memastikan aku tersenarai dalam kelas yang dianjurkan kali ni. Dulu pernah terlepas untuk join kelas manipulasi kukubesi jadi aku takkanlah aku nak lepaskan peluang yang lebih kurang sama ni kan? Sebenarnya aku tak baca pun silibus yang nak diajarkan kat dalam web grafik Hero ni, aku main register je dengan mind set aku mengatakan “aku nak pandai buat design macam World Designer” sebab aku ada projek nak buat dengan ilmu ni. Pelaburan yang paling menguntungkan adalah menambah ilmu untuk kebaikan diri.
Latihan di kelas, ohsem kan?
Secara keseluruhan aku berpuas hati dan segala yang aku jangkakan untuk aku pelajari akhirnya tercapai gak la. Jangan expect Kelas ni sama dengan kelas manipulasi Kukubesi, kelas ni mengajarkan grafik design untuk tujuan advertising, kukubesi ajar manipulasi, tapi Team World Designer ni sebenarnya hebat gak dalam manipulasi. Aku sendiri faham perkara ni awal2, tapi aku ada beberapa perkara yang perlu aku belajar dalam editing teknik Encik Dee dan Izuan Bakar serta geng World Designer yang lain. Memang seronok dengan keletah Encik Dee tu, tak sempat aku nak mengantuk tup tup dah pukul 5 petang. Makan minum disediakan wooo…

Diajar untuk advertising jenis produk jugak
Aku sendiri tak pasti bila lagi World Designer team ni nak buat Kelas Grafik Hero (versi 3 la semestinya). Aritu Encik Dee suh aku buat testimoni. Serius aku tak sedia pun nak cakap apa. Tapi sempat la aku cakap keyword penting dalam video testimoni tu iaitu Seronok dan Apa yang aku nak pelajari (dari segi lighting, blending dll) tercapai. Tak sempat nak cakap yang kelas ni memang ohsem dan banyak teknik dan tektik yang didedahkan (benda ni takder dlm silibus pun). Haa yang best lagi, team member World Designer yang lain pun akan membantu kita dengan pantas bila kita agak terkial-kial atau kurang paham semasa sesi pembelajaran dan latihan tu.
Yang ni editing yang aku buat demi mengasah dan mengingat balik apa yang diajarkan
Kat dalam borang penilaian aritu aku tulis “tiada cadangan” untuk kursus ni, tapi bila aku balik rumah aku terpikir mungkin nanti Kelas Grafik Hero seterusnya (v3 dan ke atas) boleh bagi peluang peserta untuk cuba kreativiti diaorang masing2 dengan tugasan untuk edit gambar dan idea sendiri. Itupun kalau bersesuaian la sebab World Designer tak buat sesi camtu mungkin sebab nak jimat masa jadi mereka menyediakan stockphoto dan idea sekali untuk peserta bersama-sama beramai-ramai untuk mempraktikkan apa yang diajar. Good job and Well done World Designer.

Leave a Reply