Teknik Hasilkan efek White Studio Cara Murah

Arini aku ada mood nak buat tutorial atau teknik nak bagi efek ala-ala white studio tanpa korang perlu ada white studio. Teknik ni biasanya kita gunakan utk shoot objek yang berlatarbelakangkan warna putih supaya senang untuk diedit dan dimanipulasi dalam adobe photoshop atau mana2 software editing lain. So here we goes.


Alatan yang diperlukan dalam nak buat teknik ni adalah:
1. DSLR Kamera x 1 (aku guna Nikon D90 dengan 35mm Nikkor f2.8 nikkor)
2. Speed-lite x 1 (2 unit pun okey kalau ada)
3. Objek yang nak dishoot. (aku gunakan kamera fuji x100 aku sebagai objek)
4. Dinding rumah korang. (atau rumah jiran pun boleh, nak lagi cantik biar dinding tu warna putih)
5. Tempat nak letak objek korang. (Pastikan tinggi sedikit dari kedudukan speedlite) Pun lebih baik warna putih gak atau warna cerah, lapik guna kertas A4 boleh maa~)
6. itu sahaja.
Perkara pertama korang perlu buat adalah menyusun objek dan speedlite seperti gambar dibawah ni. Speedlite dihalakan sedikit kedinding. Darjah kebengkokan speedlite tu pun korang boleh bantai ikut sesuka hati korang. Tujuannya adalah apabila flash ini memancar ke dinding, efek overexpose akan berlaku dek kerana dinding tak tahan flash, silau katanya (heheh gurau). Macam yang kita tau, overexposed ni sudah pasti akan menghasilkan warna putih kan.
Kedudukan antara objek yang nak dishoot dan Speedlite.
Bila semua dah siap diatur, set speedlite korang ke mode Slave. Kalau yang macam aku punya ni (YongNuo 560 mark III) aku bubuh kat S1. Tujuan buat slave ni supaya speedlite ni akan aktif (memancar flash) sekiranya menerima arahan (flash) dari sumber luar iaitu built-in flash dslr korang atau speedlite lain yang korang akan trigger nanti.
Setting kamera plak korang boleh bubuh ikut kesesuaian. Tapi rasanya lebih sesuai korang letak iso 200 dalam manual (M) mode. Apature letak f2.8 pastu shutter speed korang letak la dlm 200. White balance pun ikut kesesuaian korang. Bukan apa kekadang efek jadi merah la, kuning la, pandai2 la korang bereksperimen ye.
Sebelum snap, pastikan infra red speedlite yang korang letak berhampiran dinding  tu menghala ke arah kamera yang akan memancarkan flash (built-in atau speedlite) kamera. Pastu aper lagi, kasi snap la! kat bawah ni ada beberapa contoh hasil eksperimen aku (eksperimen aku konon, padahal aku google gak hehe)
hasil shoot guna 2 speedlite, 1 bubuh kat dinding, 1 lagi attach kat DSLR. (Nampak tak white balance dia agak kemerahan?) gambar atas sebelum aku edit background ngan tone.

Hasil guna built-in flash Nikon D90. (cahaya agak tajam dan kasar)
Baiklah, itu je. Simple ringkas dan mudah kan? and murah. Hasilnya memang la tak secantik dan sehebat kalau shoot kat whiteStudio, tapi kalau setakat nak shoot produk boleh la guna teknik ni. Takyah nak beli payung ngan backdrop putih bagai. Sebab rata2 sekarang ramai je ada DSLR dengan speedlite. Kalau takde speedlite, cari yang murah macam Jenama Yong Nuo ni. Memang memuaskan. Memang aku akui hasilnya tak sehebat real white studio, sebab teknik ni nampak agak overexposed dibahagian keliling objek. Tapi masih lagi murah dan mudah. Kalau ada apa2 pertanyaan boleh drop soalan kat komen okay!

3 Comments

Leave a Reply