Mendaki Bukit Padang Kota Kinabalu

Dah hampir 3 tahun aku menetap kat Kota Kinabalu, baru aku tau yang dekat kawasan Bundusan ada Bukit yang cantik untuk didaki. Harini aku berpeluang mendaki Bukit Padang Kota Kinabalu

Kalau hari aku ada cerita tempat-tempat yang menarik untuk dilawati di Sabah, harini aku nak cerita tempat yang best untuk aktiviti riadah di Kota Kinabalu.

Mendaki Bukit Padang Kota Kinabalu

Tempat ni adalah salah satu tempat yang menarik kat Kota Kinabalu Sabah ni dan sangat sesuai untuk aktiviti hujung minggu. Oh ye nama tempat ni Bukit Padang.

Berdekatan dengan Restoran Nelayan Bukit Padang.

Kelihatan Puncak Gunung Kinabalu dari Puncak Bukit Padang

Aktiviti mendaki ni diilhamkan oleh seorang kawan NLPer yang sangat aktif orangnya. Bermula Jam 6.30 pagi kitaorang dah smpai kat kawasan parking kereta.

Tapi yang peliknya parking full! pastu kelihatan ramai warga tua yang sedang berjalan dan berjoging di sekitar kawasan taman kat situ.

Kitaorang mulakan senaman rengangan la kononnya dah terus berjalan disekitar taman, xnak joging sebab aku bawak DSLR, berat weh.

Boleh nampak sekitar bandar Kota Kinabalu
Keadaan di puncak yang agak luas dan selesa
Rasa macam nyaman dan tenang kan?

Sampai satu point ada signage yang menunjukkan untuk naik ke bukit, signage tu agak tersorok dan aku mulanya memang la tak sangka yang haritu aku kene naik bukit.

Aku sangkakan cuma aktiviti berjalan atau berjoging kat taman je. Rupanya mendaki. Serius naik pucat muka aku.

Hampir pitam.

Tapi akhirnya kami sampai kat puncak.

Akulah orang paling last antara kitaorg yang sampai ke atas sebab kepala dah pening perut dah sakit time tu.

Inilah kawan yang menjebakkan aku ke bidang pendakian Bukit Padang.

Sepanjang pendakian ke puncak Bukit Padang ni, kita boleh menikmati alam semulajadi dengan bunyi krik krik krik cengkerik dan bunyi air terjun yang sangat menyegarkan.

Sedut la udara sepuas-puasnya sebab udara kat sini langsung tak dicemari asap, ye la nama pun dalam hutan kan? hehehe..

Penulis pun nak ada gak kenangan 1st time kat Puncak Bukit Padang

Lepas je puas bergambar kat puncak tu, kitaorang pun turun la ke bawah. Proses turun dari Bukit Padang ni memanglah tak sepenat naik, tapi ntah apa nasib kitaorg, boleh pulak sesat.

Jalan mana ntah yang kami pilih tau2 kami keluar dari tempat yang agak jauh dari route yang sebenar.

Dan route tu sangat mencabar okey!

Yang bestnya sepanjang perjalanan balik tu, ada je benda nak di shoot, embun kat daun la, bunga la, embun bentuk kristal la, tu yang sampai leka tak nmpak jalan balik kot.

Sememangnya snap gambar ni macam satu terapi untuk kepuasan diri aku.

Apa-apapun memang pengalaman yang best, mungkin aktiviti ni akan dibuat seminggu sekali kalau diizinkan. Bukan apa, nampak sangat badan aku selama ni dah dimanjakan sangat.

Baru naik bukit sikit dah pucat nak pitam. Tu baru Bukit Padang, belum Gunung Kinabalu. Semoga stamina aku kembali pulih dan menjadi bertambah kuat dan hebat.

Owh untuk mencari tempat yang menarik di sekitar Kota Kinabalu Sabah untuk tujuan percutian. Selebihnya jadikan aktiviti mendaki Bukit Padang Kota Kinabalu sebagai aktiviti percutian korang kat Sabah.