Blogging dengan seorang Penulis?

Setelah sekian lama berblogging, aku merasakan ada beberapa perkara yang perlu aku buat perubahan dalam cara berblogging aku. Sedar tak kita, dalam blog personal kita, sebenarnya hanya kita sorang je yang ‘berceloteh’ dalam blog. Yes dah nama pun blog, memang la kite sorang je penulis. Tapi rasa pelik plak bila dipikir2 sebab rasanya berblogging sorang2 ni mcm menulis diari yang bezanya diari kita ni di’tayang’kan dikhalayak ramai (klu byk trafik la).
Bukan isu utama aku nak cakap pasal diari2 ni. Aku pernah terpikir kalau la Siti Nurhaliza buat stesen Radio, SitiFM la contohnya (Rasanya memang dia pernah ada stesen Radio sendiri, malas nak google), dapat bayangkan tak lagu siapa yang akan diputar? Opkos la lagu siti kan? Mesti rasa bosan kan?
Jadi aku bercadang nak buat satu blog mengikut niche tertentu dan berbincang dengan beberapa rakan utk mewujudkan satu blog sebagai hub untuk menyebarkan ilmu atau info. Sbnrnya dah ada beberapa orang yg aku perasan dah buat benda ni kat Malaysia. Kalau kat luar negara tu mmg dah banyak la. Tujuan dia adalah untuk memeriahkan blog dan untuk mendapatkan trafik yang segar.
Spark of creation (idea) dah ada. Tinggal lagi nak dizahirkan je. Calon2 untuk dijemput jadi advertorial pun dah ada. Aku akan jemput diaorg ni bila projek aku berkenaan sistem lengkap membuat blogshop siap dibina. Seiring dengan keperluan dan kehendak pemasaran yang semakin berkembang sekarang ni. Sebenarnya aku masih belum dapat nama untuk sistem ciptaan yang aku buat ni. InsyaAllah dalam masa terdekat ni aku nak siapkan.

Owh anyway.. this post was continued written and posted on 18 Mei 2014.

Leave a Reply