Terbaik Dari Langit – Pandangan Peribadi

Ini bukan review “terbaik dari langit” tapi hanya pendapat aku impak yang aku perhati dari sudut pandangan aku. Jadi nak tahu cerita ni yang penuh kenalah pegi wayang. Dah lama sebenarnya tak tengok movie
melayu kat wayang. so semalam dengan wife dan member cuba2 tengok movie
lakonan Bront Palarae ni. Sebelum wayang bermula, kitaorg betting la
samada movie ni best atau tak. aku cakap best, bini aku cakap tak best,
dia jamin.. katanya..


So far sepanjang movie ni, bini aku ngan
member ketawa dan senyum secara konsisten. Endingnya diaorg gelakkan aku
sbb kononnya aku kalah dan declare movie ni tak best. Aku akui Terbaik dari langit ni takder la best macam hobbit the battle of the five armies tu.. tapi…

Movie “terbaik dari langit” ni macam bagi impak jugak la kat kitaorg (walaupun diaorg tak perasan). Ini antara impaknya:

  1. Sebelum beli tiket lagi dah macam2 konklusi yang dibuat untuk movie ni. Sebelum nak tgk hobbit haritu takder plak camni.
  2. Sepanjang movie ni sedang ditayangkan, gelak dan senyuman sentiasa
    terukir secara konsisten secara tak sedar. (jgn tak mengaku)
  3. Selepas movie ni abes, pengakuan mengatakan TAK BEST tu kluar dari mulut
    tapi sepanjang perjalanan balik dan sepanjang waktu sembang2 kat kedai
    minum, isu “terbaik dari langit” sentiasa dibincangkan dan diulas. Masa
    tengok hobbit aritu takder la pulak nak ulas itu ini kan. heheh

jadi amacam?

Leave a Reply