Cara Verify Akaun Pinterest Untuk Blogger

Mungkin agak kurang pengguna Pinterest di Malaysia. Rata-rata penduduk asia masih ‘berumah’ di media social seperti facebook, twitter dan instagram. Mungkin kerana fungsi penggunaan Pinterest yang masih kabur atau social media sedia ada sudah mencukupi bagi mereka dari segi fungsi dan keperluan social seharian.

Bagi blogger pula, mereka patut tahu Pinterest adalah sumber trafik segar dan aktif dari sekitar Eropah. Dikatakan pengguna Pinterest akan ketagihan pada media social ini berbanding facebook dan instagram. Ini kerana setiap gambar yang dicari akan dikaitkan dengan gambar lain yang berkaitan dan ianya sangat cantik. Bagi penggemar gambar-gambar cantik dan bagi mereka yang mencari idea dan inspirasi, Pinterest lah tempatnya.
Berkata tentang trafik, sudah tentu kita memerlukan blog atau website untuk dikunjungi. Setiap gambar dari blog kita sepatutnya diPin ke Pinterest untuk tujuan itu. Selain itu, salah satu faktor penting adalah untuk mengesahkan atau verifiedkan alamat blog kita pada akaun Pinterest. Caranya sangat mudah.

Langkah-Langkah Verify Akaun Pinterest

1. Tekan Edit Profile di akaun Pinterest anda.

2. Pergi bahagian Website, masukkan URL blog / website anda. Lepas tu klik butang Verify Website.
3. Copy code meta yang terdapat pada bahagian How to Verify
4. Pergi ke Blogger. Akses menu Template > Edit HTML. Paste code tadi di bawah tag <head> dan kemudian Save Template.
5. Kembali ke Pinterest tadi, dan klik Butang Complete Verification. Siap!
Akaun Pinterest yang dah verified akan ada tanda tick warna merah macam kat bawah ni.
Kelebihan bila ada verified bagde Pinterest ni akaun akan lebih nampak serius. Pengguna Pinterest yang kebanyakkan dari Eropah akan mengada-ngada klik link blog/website korang bila diaorang suka dengan board dalam akaun Pinterest korang tu. 

Leave a Reply