Lenovo P70 Bapa Segala Ketahanan Bateri

Peminat tegar smartphone Lenovo mesti ternanti-nantikan kemunculan model terbaru produk ini. Bagi yang betul-betul enthusiast produk Lenovo ni mesti ada model yang paling diminati sebab Lenovo ni ada banyak siri. Ada siri S, A, K dan yang paling rare adalah siri P. Memperkenalkan dengan excited nya Lenovo P70 smartphone yang mengungguli ketahanan bateri lebih dari jenama-jenama lain dan semua siri yang berada dalam keluarga Lenovo.

bateri tahan lama
Lenovo P70

Bateri Lenovo P70 Tiada Tandingan

Memang tak dinafikan, sebenarnya ada je jenama lain yang mempunyai kapasiti bateri yang besar antaranya yang aku tau jenama LG dengan model G2, G2 Pro, G3, G3 Stylus Dual yang masing-masing mempunyai kapasiti bateri sebanyak 3000 ke 3300mAH. Harga di Malaysia pun agak berpatutan bagi LG G3 Stylus Dual berbanding model G yang lain. Selain tu ada juga smartphone dari China yang tak kurang hebatnya. Antara yang aku pernah tahu adalah Leagoo Lead7 yang mempunyai Kapasiti Bateri 4500mAH. Selain itu terdapat satu lagi phone yang mempunyai kapasiti bateri sebanyak 8000mAH yang aku pernah tulis artikelnya sebelum ini iaitu telefon yang diberi nama A7 LED White Torchlight.
Kemampuan Lenovo P70 memang aku tak boleh nak nafikan sebab aku sendiri adalah peminat tegar siri P sebelum ini. Kalau korang perasan, Lenovo P70 adalah model kedua bagi siri P yang sebelum ini menggunakan nombor P780. Sejak aku pakai P780 memang aku sangat-sangat berpuas hati dengan performance smartphone ni P780 ini. Sebenarnya aku tertunggu-tunggu siri P selepas kejayaan P780 tapi agak menghampakan bila Lenovo hanya mengeluarkan siri S, A, K dan lain-lain tanpa mengeluarkan model P780 yang terkenal dengan ketahanan bateri sehingga 2 hari setengah.

Lazada Malaysia

Tambah Baik Berbanding Lenovo P780

Akhirnya pada tahun 2015 Lenovo telah mengumumkan model siri P iaitu P70 yang betul-betul memberikan aku sinar terang (mata aku terang bila dengar berita ni) untuk aku memiliki smartphone yang ini. Aku bertambah excited bila aku tahu yang P70 ini didatangkan dengan storan dalaman 16gb berbanding model P780 yang didatangkan dengan kapasiti 4gb dan 8gb. Untuk P780, dengan storan 4gb dan 8gb adalah sangat-sangat tidak bersesuaian sebab smartphone ini mampu multitask beberapa aplikasi dengan sangat lancar. Tetapi dengan storan yang terhad, hanya beberapa aplikasi sahaja yang boleh diinstall di smatphone Lenovo P780.

Harga Lenovo P70 di Malaysia

Kedatangan Lenovo P70 betul-betul telah menambahbaik kekurangan yang ada pada model Lenovo P780.  Jika dahulu P780 didatangkan dengan RAM 1gb Quad-Core 1.4Ghz, sekarang P70 mempunyai 2gb ram Octa-Core 2.0 Ghz 4G LTE. Lebih mengejutkan lagi harga bagi set baru original Lenovo P70 di Malaysia adalah sekitar RM669-680 seunit berbanding Lenovo P780 berharga RM890 ke RM990 seunit untuk model 4gb! Lenovo ni dah gila ke apa?

Kamera Low Profile, Kualiti Premium

Banyak lagi kelebihan-kelebihan Lenovo P70 yang membangkitkan selera aku untuk borong beberapa unit untuk diberikan kepada keluarga dan sanak saudara. Antara lain yang boleh aku nak gebang adalah kualiti gambar yang dihasilkan oleh Lenovo siri P ni memang sangat menakjubkan. Artikel aku berkenaan perbandingan Lenovo P780 dengan Leagoo Lead 2 sebelum ini cukup menunjukkan betapa aku teruja dengan kualiti gambar yang dihasilkan oleh P780 walaupun pihak Lenovo tidak pernah mendedahkan secara umum sensor apakah yang mereka gunakan untuk kamera bagi semua siri Lenovo lebih-lebih lagi siri P ini. Berbeza dengan jenama Leagoo dan beberapa pengeluar jenama lain yang menggunakan sensor Sony (bagi aku mempergunakan nama Sony) bagi marketing mereka.
Sekali lagi aku nak bagitau, aku memang betul-betul teruja dengan kemunculan Lenovo P70 ini. Ini adalah smartphone yang paling praktikal bagi penggunaan harian. Selain ianya berbaloi untuk dimiliki dan murah.


20 Comments

    • adzril maizan sejahtera
  1. Tanpa Nama

Leave a Reply