Beza Lenovo P780 dan Lenovo P70

Antara Lenovo P780 dan P70 sebenarnya ada banyak perbezaan yang besar. Lenovo P70 itu sendiri adalah model kesinambungan dari model Lenovo P780 dan sudah semestinya Lenovo P70 telah diperbaiki ciri-cirinya berbanding Lenovo P780.

Lenovo P70 harga di Malaysia
Lenovo P70

Beza Lenovo P780 dan Lenovo P70

Harga, Memori dan Aksesori.

Dari segi harga, boleh aku katakan Lenovo P70 murah berbanding Lenovo P780 semasa awal pengeluarannya. Aku masih ingat masa aku beli Lenovo P780 dengan storan dalaman 4Gb dan Ram1Gb original set dengan harga RM880 tanpa sebarang aksesori skrin protector dan case.

Untuk 8Gb internal memori lain pulak harganya dan ianya sangat limited.

Baca juga : Lenovo P70, Bapa segala ketahanan Bateri

Berbeza dengan Lenovo P70, model ini boleh dibeli dengan harga RM729 (termasuk GST) bagi original set. Dengan harga ini korang dapat 16Gb internal memori dan ram 2Gb serta kepantasan processor true 8 core (octa core la tu).

Bukan tu je, malah dalam pakej ini korang akan dapat skrin protector dan casing percuma dalam kotak Lenovo P70 ini.

Kalau nak dibanding harga Lenovo P70 ini dengan harga terkini Lenovo P780 beza cuma sedikit. Setau aku harga Lenovo P780 sekarang RM550 bagi memori dalaman 4Gb.Memang tak berbaloi lah kalau nak beli Lenovo P780 pada waktu sekarang sebab dah ada penggantinya iaitu Lenovo P70.

Pada siapa yang peminat siri P dari Lenovo ni, mesti korang paham punya la. Siri P ni bagi aku bagi orang yang tidak mementingkan gaya tapi mementingkan kualiti dan ketahanan bateri.

Baca lagi : Perbandingan Lenovo P780 dengan Leagoo Lead2.