3 Taktik Pencuri Motor Yang Mungkin Korang Tak Tahu

Berdasarkan cerita Pengalaman Motor Dicuri sebelum ini, kali ini aku nak dedahkan serba sedikit (memang sikit pun) taktik pencuri motor yang aku pelajari. Taktik curi motor ni, tak ramai orang tahu.

curi motor yamaha 125ZR
Motor 125ZR aku yang ni, 3 kali cubaan mencuri gagal.

Mungkin korang boleh ambil iktibar dan kongsikan pada kawan-kawan yang lain demi menjaga keselamatan motorsikal korang dari dicuri.

Rentap dan Lari

Untuk kes yang pertama, taktiknya sangat mudah. Pencuri duduk dekat motor konon-konon motor tu milik dia. Lepas tu bila line clear, dia patahkan lock handle motor dengan menyentap handle dan motor boleh dibawa terus ke tempat lain sebelum dihidupkan enjinnya.

Disc lock memang akan hancur bila motor dipaksa jalan. Kerja ni boleh dilakukan sorang je. Selesai.

Letak Barang Asing Untuk Dialihkan Pemilik Motor

Kes kedua agak kreatif. Pencuri buat kerja 2 orang. Camna aku tahu? Masa aku ke kawasan parkir motor untuk balik kerja, aku nampak ada 2 orang yang aku tak kenali kat kawasan tu.

Sorang atas motor member aku sambil pura-pura cakap kat telefon, lagi sorang kat atas motor yang hidup enjinnya mungkin siap sedia untuk lari.

Aku tak syak apa-apa pun kat 2 orang ni sehinggalah aku perasan ada kain yang diletakkan di seat menutupi belakang motor aku.

Mamat yang duduk atas motor member aku yang pura-pura cakap kat telefon tadi terus beredar bersama gengnya yang dah standby atas motor tadi apabila aku mengalihkan kain tu.

Perbuatan aku mengalihkan kain tu adalah isyarat bagi mereka untuk lari. Isyarat jugak untuk mereka tidak meneruskan kerja-kerja membuka kunci motor aku.

Sebab hanya pemilik motor je yang akan mengalihkan kain yang ada atas motornya. Kalau bukan motor aku memang takdenye aku nak alihkan kain tu.

Ternyata Lock U motor aku dah dirobek cuma belum selesai. Mujur aku datang awal.

Bunyikan Hon Sebagai Isyarat

Kes ketiga juga didalangi oleh 2 orang pencuri jugak.

Macam biasa sorang jaga line kat atas motor dan standby kat luar kawasan parking motor sambil memerhati sekiranya ada orang datang ke kawasan parkir motor.

Bila ada orang datang ke parkir motor, tukang jaga line akan bunyikan hon motor satu kali dan orang yang sedang ‘buat kerja’ akan berhenti buat kerja sementara waktu dan menuju ke arah tukang jaga line.

Bila pencuri motor ni nampak orang yang datang ke parkir motor tu menuju ke motor yang hendak dicuri, maka mereka akan terus melarikan diri.

Tapi sekiranya orang itu datang untuk ambil motor lain, maka diaorang akan tunggu sehingga orang itu keluar dari parkir motor dan pencuri ini akan menyambung kerja mereka.

Nampak tak plan cantik diaorang?

Baca cerita penuh Pengalaman Motor Dicuri.

Cadangan Penyelesaian

Betul orang kata kalau dah nak kena curi tetap kena curi. Tapi kita masih boleh berharap dan mengambil langkah berjaga-jaga.

  1. Pastikan motorsikal diparkir betul-betul berhampiran dengan tempat kita lepak sehinggakan kita boleh nampak sesiapa yang menghampiri motor kita.
  2. Beli & pasang Remote Alarm for Motorcycle sebagai alat tambahan untuk mengganggu kosentrasi pencuri motor dan alert kepada orang ramai kerana bunyi bising alarm yang dihasilkan. Bagi motor yang mempunyai starter elektrik, remote alarm ini mampu untuk menghidupkan dan mematikan enjin motorsikal anda dari jauh.

alarm alert remote untuk yamaha
Remote alarm untuk motorsikal
Alarm Remote Untuk Motorsikal

Motorsikal bukanlah berharga RM10 untuk kita abaikan keselamatannya tapi ianya berharga lebih dari RM3000. Hargailah barang kepunyaan korang sekalipun ianya percuma.