Kongsi Pengalaman Motor kena curi

Peningkatan pengeluaran dan penjualan kereta menjadikan jalanraya sesak dan jem. Saya nak kongsi pengalaman motor kena curi.

Jadi untuk mengelakkan permasalahan ini, kereta segmen kompak seperti kancil, kelisa, viva dan axia menjadi tumpuan rakyat Malaysia.

Yamaha 125Z version 3
Yamaha 125ZR kedua yang aku beli lepas yang pertama kena rembat.

Lebih jimat, senang cilok kat jem dan senang parking. Tapi untuk lebih efisien, ramai yang memilih motorsikal untuk tunggangan harian ke tempat kerja.

Oleh kerana peningkatan permintaan terhadap motorsikal ini semakin tinggi maka para pencuri motor pun makin meluaskan taktiknya untuk mencuri motor dengan jayanya.

Sebenarnya bukan la sebab ada permintaan tinggi dari pembeli kepada pencuri pun, saja aku reka fakta ni. Tapi realitinya memang motorsikal ni antara kenderaan yang senang dicuri.

Pilihan Sistem Keselamatan Motor

Jadi cerita aku sebenarnya berkisar tentang pengalaman motor aku dicuri. Zaman mula dapat kerja dulu, motor pertama yang aku idamkan Yamaha 125z R telah berjaya aku miliki.

Setiap hari aku basuh motor tu walaupun tak kotor.

Punya la aku sayang motor tu. Tapi time tu aku tak peka tentang keselamatan motor tu jadi aku cuma beli disc lock sebagai kunci motor aku daripada dicuri orang.

Time tu aku yakin takde pencuri boleh curi motor aku sebab motor tu aku akan parking kat belakang rumah (rumah kampung) dan parking dalam tempat kerja.

So far memang takde la berlaku kecurian kat tempat2 yang biasa aku pergi tu.

Biasa aku pegi town naik kereta so takdelah pikir nak beli sekuriti lebih untuk motor tu.

Motor Dicuri Tanpa Dikesan

Nak dijadikan cerita, satu hari aku keluar ke Damansara Damai naik motor.

Tak risau pun pasal pencuri sebab cuma nak lepak2 kat kedai mamak 24 jam.

Dah tentu2 ramai orang. Aku parking betul2 kat sebelah kaunter mamak 24 jam tu dan kat situ jugaklah aku lepak.

Berani ke pencuri datang nak mencuri kat orang ramai camni? Itu pada pikiran aku time tu la. Lepas 2 jam aku lepak, masa nak balik tengok2 motor dah takde.

Tanya mamak kat kaunter pun dia cakap tak perasan. Menyesal tak sudah. Aku tak nampak pun motor

Pencuri Motor Dalam Bangunan

Beberapa bulan lepas dapat claim insuran, aku beli lagi sekali motor 125z R.

Kali ni memang aku lebih peka tentang keselamatan motor ni.

Aku beli Lock U paling mahal yang kononnya tak boleh dipotong dengan cutter biasa.

Makna kata nak potong Lock U ni perlu cutter gergasi la.

Time ni aku kerja kat Subang.

Parking dalam bangunan dan parking motor aku tu cuma diketahui oleh budak pejabat aku je.

Selain dari tu memang akan parking kat luar bangunan.

Tapi tetap aku lock motor aku dengan Lock U yang konon tak boleh dipotong tu. Namun pencuri tetap jugak nak curi motor aku ni.

Cuma kali ni tak berjaya sebab gagal memotong Lock U. Apapun pencuri berjaya gerudi lubang kunci Lock U yang menyebabkan aku sendiri tak boleh unlock Lock U aku tu.

Tak pasal2 aku panggil juruteknik maintenance bangunan untuk bawak cutter gergasi diaorg untuk kasi potong Lock U aku tu.

Taktik pencuri tu aku kongsikan kat Taktik Pencuri Motor Yang Mungkin Anda Tak Tahu.

Pencuri Motor di Kawasan Apartment

Cubaan untuk mencuri motor 125z R aku tak berakhir kat tempat kerja. Aku ingat lagi time tu aku pergi rumah member sebab ada kelas mengaji.

Rumah member aku tu rumah apartment kat Seksyen 7 Shah Alam yang ada tempat parking motor kat bawah apartment tu. So aku parking la kat bawah tu bersama2 motor lain.

Bezanya, motor aku tu aku guna Lock U yang lagi mahal dari sebelum ni ngan solex. Double protection kata ko. Lepas habis kelas mengaji aku pegi lepak minum kejap kat restoran mamak 24 jam yang berhampiran tapi tumpang kereta member la.

Balik dari mamak tu, aku tengok motor aku masih ada, cuma solex dah takder dan Lock U pun dah kena gerudi kat tempat masuk anak kunci macam sebelum ni. Kali ni aku gunakan gergaji besi untuk potong Lock U tu.

Pengalaman Berharga

Ketiga-tiga kejadian ni mengajar aku untuk menaik taraf sistem keselamatan motor dan menjadikan aku faham gerak kerja Pencuri Motor Yang Mungkin Korang Tak Tahu.

Orang kata motor ni kalau nak kena curi tetap kena curi. Tapi bagi aku, itu bukan alasan untuk aku tak ambik kisah tentang sistem keselamatan dan sistem sekuriti pada belalang tempur aku.