Apa Perlu Dilakukan Sekiranya Digigit Anjing?

Hari ni viral kat group whatsapp aku pasal kena gigit anjing. Tiba-tiba kawan-kawan kat group Whatsapp tanya camna nak buat kalau kena gigit anjing? So masing-masing pun bagi la jawapan, ada yang kelakar dan ada yang serius melayan. Inilah dia anjing yang dimaksudkan, sedang menggigit jari.

Jari digigit anjing.

Apa Perlu Dilakukan Sekiranya Digigit Anjing?

Bagi yang betul-betul kena gigit anjing tu, ada beberapa pendapat yang boleh digunapakai. Kalau tak luka boleh terus samak dan cuci sehingga bersih. Tapi kalau luka boleh ikut langkah-langkah berikut:

  1. Basuh tempat yang terluka gigitan anjing itu dengan air suam dan gosok dengan sabun selama lebih kurang 15 minit.
  2. Sekiranya luka terbuka, tekan sedikit untuk mengeluarkan darah dari kesan luka dan terus bersihkan kawasan luka.
  3. Gunakan ubat tahan sakit untuk mengelakkan radang dan rasa sakit.
  4. Namun sekiranya luka adalah parah, hendaklah terus bawa ke klinik atau hospital untuk tindakan selanjutnya.
  5. Bila semua dah selamat, barulah samak.

baca sumber di : Rawatan Di Gigit Anjing.