Buat Time Lapse Guna ActionCam RD990

Teknik timelapse biasanya digunakan untuk merakam progress sesuatu kerja atau proses sesuatu perkara macam dari malam ke siang dan yang sewaktu dengannya. Aku baru discover benda ni secara tak sengaja dan fungsi timelapse pada action camera RD990 ini memang sangat cool dan menyeronokkan.

cara buat timelapse paling mudah
timelapse using RD990

Dalam menu RD990 ini, fungsi timelapse nya boleh dibuat mengikut 4 jenis timeframe. Korang boleh buat rakaman setiap 1, 2, 5 atau 10 saat untuk 1 frame. Bagi aku sendiri paling ideal adalah setiap 5 saat. Maksudnya kat sini, RD990 ini akan snap 1 gambar setiap 5 saat untuk menyiapkan 1 frame. 1 saat untuk video ini pula memerlukan lebih kurang 25 ke 30 kali snap gambar untuk lengkapkan 1 frame dalam 1 saat yang dikira sebagai frame per second (Fps). Maksudnya dalam setiap saat perlu ada 30 keping gambar dan setiap keping ditangkap setiap 5 saat. Lama kan? Tapi hasilnya memang terbaik.

Cara nak setting Timelapse dalam ActionCam RD990

Cara ini hanya boleh digunakan secara manual, tak boleh remote guna handphone melalui sambungan wifi.
  1. On RD990
  2. Tekan butang mode sampai jumpa icon video cam (ada logo jam dibelakang icon video itu)
  3. Dah boleh mula rakaman video timelapse dengan menekan butang rekod (diatas body)

Setting untuk menentukan sela masa 1, 2, 5 atau 10 saat setiap kali rakaman boleh dibuat di menu setting (gambar spanar).

Ini adalah contoh time lapse yang aku buat. Ambik masa yang lama tapi hasilnya sekejap je. kira ok lah kan?

One Response

Leave a Reply