Blogger Semakin Hari Semakin Berevolusi

Aku masih ingat masa mula-mula aku start blogging dulu masa akhir 2008. Aku buat tanpa tujuan khusus. Orang ada blog, aku pun nak ada blog.

Kalau diperhatikan dan dikaji (alaah bukan korang nak kaji pun sebab aku bukan artis hehe) post aku masa awal-awal berblogging adalah berbeza dengan post aku sekarang.

Ianya berevolusi.

Konsep blog aku yang awal-awal dulu sama macam sekarang tapi yang dulu lebih kepada luahan hati dan cerita apa yang telah berlaku kat diri dan sekeliling aku.

Maklumlah time tu memang takde tujuan lagi. So menulis sesuka hati tanpa mengira jumlah perkataan dan kosa kata.

Kosong.

Masuk pertengahan 2011, aku dah mula cari motif dan trafik untuk blog aku. Aku sudah teringin ada trafik yang organik dari google.

Time tu aku dah mula buat postingan dan review tentang rancangan TV.

Rancangan The Apprentice Asia tu lah yang aku follow tiap-tiap minggu, and yes memang trafik mencanak time tu. Syukur aku berjaya konsisten dalam review setiap episod sampai ke penghujung musim pertama.

Habis je The Apprentice Asia, aku stop menulis kat blog. Takde idea nak tulis. Nak tulis cerita pengalaman, aku bukanlah artis untuk orang lain baca cerita aku, jadi aku stop lagi menulis blog.

Sampailah satu hari ada sorang kawan (Norman Danish) menggalakkan aku untuk apply google adsense.

Sejak dari hari adsense aku diapprove, aku makin gigih menambah content dalam blog aku.

Aku mula selusuri content2 dalam blog aku dan membuat sedikit pembersihan post2 yang tak berkaitan dan takde value untuk menambahkan lagi kualiti pada blog aku ni.

So pada hari ini aku lebih suka berkongsi sesuatu yang aku rasa orang nak tahu dan nak baca contohnya Cara Keluarkan Duit Tabung Haji Secara Online.

So far setakat ni, blogging dah jadi obsesi aku.

Sekarang aku lebih untuk bantu orang lain blogging. Nak tambah lagi ahli komuniti blogger yang berkualiti.

Blogging yang bukan semata kerana duit. Sebab kalau duit la jadi berhala, blogging akan jadi payah dan membebankan.

Dan semua kerja nanti jadi berkira.

Blogger; produce content bermanfaat di blog.

8 Comments

Leave a Reply