Buang Butang G+ daripada Template Blogger Mobile

Dah berkurun aku cari cara ni. Kenapa aku nak buang butang google plus ni? Sebab aku tengah buat research and developement (lah konon) untuk membina template blogger yang simple dan ringkas tanpa sebarang butang share. Hanya perlu ada content sahaja.

camna nak buang
Cara buang butang G+ pada template blogger anda

Sebelum ni aku ada jumpa satu template dari mamat India ni. Tapi problemnya aku tak dapat nak adjust width template yang menyebabkan content aku bersepah sampai ke tepi skrin komputer. Godek punya godek akhirnya aku terpikir untuk modified Simple Template yang disediakan oleh pihak blogger sendiri. Senang keje aku.
Setelah aku disable kan navbar kat bahagian layout, comment, dan lain-lain, cabaran seterusnya adalah membuang butang G+1 yang rajin muncul kat version mobile template blogger ni. Cara nak buang butang ni sangat senang.

Selepas korang masuk ke bahagian template > Edit HTML > cari coding (CTRL + F) ini

<div class=’goog-inline-block dummy-container’><data:post.dummyTag/></div>

lepas dah jumpa coding kat atas ni korang boleh delete coding tu atau cara yang terbaik adalah melumpuhkan coding tu menjadi comment macam ni,

<!– <div class=’goog-inline-block dummy-container’><data:post.dummyTag/></div> –>

Ye! Hanya dengan menambahkan:

<!– –>

Klik save dan butang G+ tadi akan hilang.

Leave a Reply