Cara Langgan Data Internet ONEXOX Season Pass Lengkap dan Padat

Onexox maju setapak lagi dalam segmen prepaid untuk penggemar Data di Malaysia. Atau lebih tepat lagi bagi mereka yang suka penjimatan. Sekarang ni pelanggan Onexox dah tak perlu langgan data yang pakej biasa tu sebab Onexox dah perkenal Season Pass (Data dan panggilan). Jadi saya nak tunjukkan cara langgan Data Internet Onexox Season Pass. (Tonton video ini untuk panduan yang ringkas dan lengkap).

Kredit DA dan MA

Jika sebelum ini pengguna telco onexox agak pening dengan pembahagian kredit di Akaun DA (Dedicated Account) dan Akaun MA (Main Account). Sekarang penggunaan terma DA dan MA seolah-olah telah dilupakan selepas Onexox memperkenalkan Season Pass (SP).

Walaupun sebenarnya kredit DA dan MA masih lagi wujud dalam Onexox, yang bestnya pengguna dah tak perlu nak pening kepala memikirkan fungsi dan penggunaannya.

Sebelum ni kalau akaun MA tak cukup nak beli data, kita perlu memindahkan kredit dari akaun DA ke akaun MA yang mana agak renyah kalau nak buat, lagi-lagi untuk user baru.

Menu Nombor untuk Langgan Data Onexox

Sekarang, dah tak perlu pening kepala.

Nak beli data? Terus je dail menu ussd Onexox iaitu *150# dan pilih menu internet untuk pilihan data yang kita nak.

Cek baki Internet, kredit dan Baki Season Pass : Dail *150*1#

Cek baki kredit dan Season Pass : Dail *132#

Season Pass Onexox

Malah sekarang ni untuk langganan data Onexox, pengguna dah tak perlu beli data dari pakej biasa tu. Sebab sekarang Onexox dah ada Season Pass. Data dan minit panggilan boleh dibeli secara pukal dan disimpan untuk kegunaan bila diperlukan.

Contohnya camni.

Sekiranya anda membeli Data Season Pass Onexox sebanyak 10gb (dengan harga RM50), data sebanyak 10gb itu sebenarnya telah disimpan di dalam Season Pass anda. Atau kalau saya gelarkan Data disimpan dalam stor.

Data itu boleh ‘dipanggil’ sedikit demi sedikit mengikut keperluan kita.

Saya bagi lagi contoh untuk penggunaan Data Season Pass ni. Sekiranya saya memerlukan hanya 500mb sebulan, maka saya hanya perlu ‘tarik’ atau ‘panggil’ (atau lebih tepat langgan) dari data 10gb Season Pass tadi untuk digunakan.

500mb yang saya telah aktifkan dan langgan tu perlu saya habiskan dalam masa 30 hari. Selebihnya 9.5gb dalam Season pass tadi boleh disimpan sampai bila-bila selagi simkad saya aktif. Kalau 500mb tadi habis sebelum 30 hari, saya hanya perlu langgan lagi data dari Season Pass yang berbaki 9.5gb tadi.

Saya boleh pilih nak langgan 500mb untuk 30 hari, 2gb untuk seminggu, 1gb untuk 30 hari, 2gb untuk 30 hari dan beberapa pilihan yang Onexox telah tetapkan.

Untuk Mereka Yang Suka Berjimat

Apa yang anda belajar dari sistem Season Pass yang diperkenalkan Onexox ni?

Penjimatan!

Ya! Penjimatan sebab kita boleh kawal penggunaan data yang kita perlukan. Kalau rasa-rasa bulan ni pakai kurang data sebab di pejabat dan di rumah ada wifi, langgan je lah 500mb untuk sebulan.

Sekiranya kita diluar kawasan untuk jangka masa beberapa lama, langgan terus 1gb atau 2gb dari Season Pass untuk masa sebulan.

Boleh je langgan 500mb sebulan, kalau habis langgan lagi. Tak pun tambah sahaja data (Data Add On) untuk diaktifkan sekiranya tempoh aktif data yang telah diaktifkan masih panjang. Tak rugi apa pun sebab tetap juga data dari Season Pass yang ‘ditarik’ bukannya perlu beli guna kredit telefon.

Minit Panggilan Season Pass

Selain data, minit panggilan juga ada dalam Season Pass.

Sekiranya saya membeli 333 minit panggilan dari Season Pass, saya tak perlu risau bila minit panggilan itu perlu dihabiskan. Saya hanya perlu buat panggilan seperti biasa dan minit panggilan akan ditolak sejurus kita membuat panggilan.

Sekiranya saya tak buat panggilan dalam masa sebulan, dua bulan, 3 bulan, 2 tahun? Tiada masalah. Simpanlah minit panggilan tu selama mana simkad Onexox saya aktif. Minit panggilan ni tiada tamat tempoh. Best kan?

Saya ada buat satu penerangan berkaitan dengan Season Pass Onexox di artikel Senarai Lengkap Pakej Langgan Season Pass. Boleh baca artikel tersebut untuk lebih faham jenis Season Pass ni.

Summary
Article Name
Cara Langgan Data Onexox Season Pass
Description
Langkah demi langkah untuk langgan data season pass Onexox. Kena pastikan baki data Season Pass anda mencukupi. Kalau tak cukup boleh beli di menu *150#
Author
Publisher Name
The Adzril.com
Publisher Logo

2 Comments

Leave a Reply