Buat Minisite Asas Guna Platform Blogger dan Google Form

Buat minisite zaman sekarang tak sama macam zaman dulu. Sekarang buat minisite asas guna blogger dan google form, kalau dulu guna HTML je.

Pandai photoshop sikit, pandai HTML sikit dah ok. Tapi nak siapkan minisite guna platform blogger ni taklah semudah guna dreamweaver kalau jenis tak pandai coding macam saya ni.

Minisite asas guna template blogger dan google form

Kalau zaman dulu saya buat minisite guna dreamweaver je. Time tu memang tak kenal lagi blogspot. Kerja buat minisite zaman HTML tu sangat senang sebab saya tak perlu belajar tentang coding XML khas untuk template blogger ni. Buat slicing design kat photoshop, generate HTML dan siap!

Pendek kata suka hati saya la nak buat camna design minisite tu asalkan ko pandai godek-godek HTML sikit-sikit dah kira ok.

Teruja gak masa dapat belajar buat minisite guna blogger ni sebab blogger ni kan platform blogging yang percuma. Pandai custom template blogger dah kira menjadi lah minisite ko.

Tapi untuk template minisite yang saya buat ni saya memang dapat dari MiniBlogger (Jualan telah ditutup) dari Muhammad Ghazali Zakaria.

Pakej MiniBlogger ni lengkap untuk korang buat minisite lengkap.

Bagi saya, saya buat penambahan untuk borang tempahan. Saya lebih prefer guna Google Form dek kerana saya rasa lebih biasa guna platform google form ni berbanding sistem form lain.

Ada juga ciri-ciri lain yang disediakan dalam MiniBlogger nsaya tak gunakan sebab masih belum ada keperluan.

Antara minisite asas guna blogger dan google form yang berjaya saya siapkan adalah amazingpersona.com, dan  3rumah16bulan yang mana 3rumah16bulan adalah sistem paling lengkap dari Squeeze page ke minisite hanya menggunakan platform blogger.

Selain boleh memanipulasi template blogger ni jadi minisite asas, saya guna gunakan kesempatan yang ada untuk gunakan template blogger ni jadi template Squeeze page.

Template ni saya sendiri modified dari template asas blogger iaitu Simple Template yang saya sesuaikan khas untuk dijadikan Squeeze page.

Bagi saya secara peribadi, template ni sesuai jugak untuk dijadikan minisite kalau kalau tak nak heavy design untuk sesebuah laman jualan macam yang saya buat untuk minisite Baju Tulang Belakang.

Contoh minisite ringkas guna template Squeeze page.

 

Squeeze page 3 Rumah 16 Bulan
Squeeze page Pola Baju

Pakej MiniBlogger (jualan telah ditutup) memang berbaloi untuk dimiliki bagi mereka yang pandai design guna Photoshop. Tapi kalau nak simple je boleh la gunakan Squeeze template yang aku sediakan tu.

2 Comments

Leave a Reply