Apa Jadi Kalau Anda Block Halang Nombor Orang di Whatsapp

Benda ni aku baru terpikir beb. Ada ntah nombor mana tiba-tiba kacau aku. Jadi aku pun cuba la cari cara untuk block atau halang orang ni dari terus mengganggu aku sebelum bini aku mengamuk tak pasal-pasal hehehe. Selain dari tu bagi peniaga untuk melarikan diri dari pelanggan yang banyak songeh.

Jadi untuk menguji apakah kesan kalau kita blok atau halang nombor orang kat Whatsapp ni? Ujikaji ringkas telah dijalankan atas bantuan member aku, Wancah.

blok orang dalam whatsapp
Dah kenapa nampak comel plak ni? tembam btol!

Kalau orang yang tak dikenali TIBA-TIBA Whatsapp korang, memang senang je nak blok. Terus tekan kat button BLOCK yang disediakan macam contoh kat bawah ni.

hahaha mantap tak teknik aku menghalang orang kacau aku?

Tapi kalau nombor yang memang ko dah kenal, yang ko dah save tapi ko nak block caranya dah lain.

Apa Jadi Kalau Anda Block Halang Nombor Orang di Whatsapp

Pertama sekali apa yang ko perlu buat adalah bukak conversation orang yang ko nak blok tu. Sebagai contoh aku gunakan nombor Wancah untuk ujikaji ni.

 Klik Menu dan kemudian tekan more

 

 lepas tu klik pada menu Block dan seterusnya tekan OK bila dah confirm

Jadi apa kesannya kalau block orang kat Whatsapp ni? Macam yang Whatsapp bagitau kat gambar atas ni, orang tu tak boleh antar ko mesej atau call ko guna aplikasi Whatsapp ni.

Kalau diaorang antar mesej kat ko jugak, diaorang akan nampak mesej yang diaorang hantar tu cuma ada 1 tick. Dan korang takkan dapat apa mesej pun.

Baca juga : Cara si Dia Stalk Whatsapp anda tanpa melihat handphone anda.

Dan bila korang unblock orang tu kemudian hari, korang takkan dapat baca 1 pun mesej yang diaorang pernah hantar kat ko tu. Korang hanya akan dapat mesej yang dihantar selepas orang itu di unblock.

Cara untuk unblock? Sama dengan cara ko block nombor tu. Senang je, ulang balik langkah-langkah kat atas tu untuk unblock nombor yang pernah ko block.

Tapi perlu diingat ye, orang yang ko block tu masih boleh SMS dan Call ko guna cara biasa tu. Cara block nombor orang yang aku ajar ni cuma berkesan kalau orang tu guna aplikasi Whatsapp untuk call atau mesej korang.

Korang tau tak yang korang boleh install lebih dari 1 whatsapp dalam 1 phone? Sangat memudahkan kerja-kerja pengurusan bisnes bagi yang berniaga. Korang whatsapp kat O1O6009966 nanti aku bagi apps tu. Tak perlu root okey.

24 Comments

  1. Elli
    • Adzril
  2. Siti
    • Adzril
  3. Nisaa
    • Adzril
  4. Sheikh Razak
    • Adzril
  5. Risla
    • Adzril
  6. Isnidawati Ismail
  7. ash
    • Adzril
  8. Ain
    • Adzril
  9. Waja Timur
    • Adzril
  10. Afiy fiyy
    • Adzril
  11. ina
    • Adzril
  12. ecah

Leave a Reply