Berbaloi ke iflix RM8 Sebulan dengan 100Mbps Tanpa Had

Kalau zaman dulu orang kata hampir mustahil streaming movie guna data (sebab bandwidth), sekarang relax je layan movie tanpa pikir berapa TeraByte data dah digunakan. Tapi aku sebenarnya tak paham (buat masa ni) kenapa perlu ada iflix sedangkan siaran tv yang biasa pun aku tak terlayan? Buat masa sekarang ni iflix ada bagi 1 bulan free trial. Macam2 movie korang leh tengok. Yang lama dan yang baru termasuklah drama tv3 yang pernah jadi fenomena sebelum ni (tapi aku cari Teman Lelaki Upahan takde plak).
pakej yang ada
Berbaloi tak?

Mungkin bagi aku yang agak sibuk dengan jadual harian, tak sempat la nak layan iflix ni. Jangankan layan iflix, nak habiskan 1 filem lengkap pun belum tentu aku sempat. Tapi ada la jugak time aku layan movie ni. Tipulah kalau kata tak sempat langsung kan?

Tapi iflix ni sesuai untuk korang2 yang ada unlimited data internet plan macam Streamyx 8Mbps, Unifi dan yang terbaru Maxis 100Mbps (Paling Laju dan Unlimited). Kalau setakat data internet yang korang beli guna simcard RM30 bandwith 1.5Gb lupakan je la. Sekejap je habis data tu. Jadi memang wajib lah langgan pakej internet unlimited yang aku sebut ni.
Tapi iflix ni sebenarnya berbayar. Tak silap aku harga pakej bermula dengan RM8 dan korang boleh layan semua movie dan drama kat iflix.com tu. Korang boleh dapatkan free trial 30 hari untuk test drive camna agaknya layan streaming movie.
Tapi kalau ikut kira2 matematik aku ni, aku dah kira dah berapa kos yang sesuai untuk layan iflix ni untuk sebulan. Andai katalah aku ambik pakej yang RM8 sebulan, campur dengan bil streamyx 8Mbps RM171. Total RM179. Sekian terima kasih.
p/s: Tapi kehadiran Maxis Fibre 100Mbps (unlimited) ni memang macam 1 era baru dalam dunia internet kat Malaysia. Harga jangan ko tanya lah.

TV Siries yang aku layan kat iflix secara tak sengaja. Best sangat!

4 Comments

Leave a Reply