Keluar Duit Tabung Haji Online Guna Maybank2u

Tabung Haji adalah salah satu institusi kewangan yang aku gunakan untuk simpan duit. Betul ke boleh keluarkan duit Tabung Haji walaupun pada hari cuti?

Konon-konon susah nak keluarkan duit la kalau simpan kat Tabung Haji ni sebab aku ni pantang ada duit lebih sikit mesti gatal tangan nak beli barang kehendak.

So masa tu Tabung Haji adalah pilihan terbaik untuk aku simpan duit selain ASB. Bonus dia pun leh tahan la.

tabung haji withdrawal on public holiday
Keluar duit Tabung Haji di hari cuti bukan lagi masalah

Bermula dari Cara Tranfser duit Dari Maybank ke Tabung Haji secara online seterusnya aku belajar Cara Semak Baki Akaun Tabung Haji Secara Online.

Aku nak tau semua ni sebab senang sikit aku cek berapa jumlah dalam akaun Tabung Haji dan Simpan duit tanpa perlu pergi ke Bangunan Tabung Haji.

Dari situ aku ternampak 1 lagi fungsi yang memudahkan aku keluarkan duit dari akaun Tabung Haji secara Online tanpa aku perlu pergi ke Bangunan Tabung Haji dan isi borang serta cop jari kat dakwat hitam tu. hehehe.

Dan yang paling best, korang boleh keluarkan duit dari Akaun Tabung Haji tu masa hari cuti!

Keluar Duit Tabung Haji Online Guna Maybank2u

guna maybank
1. Pertama sekali selepas dah login kat akaun Maybank2u, klik kat Accounts & Banking

 

keluarkan duit tabung haji
2. Klik pada pautan Transfer

 

dari mesin atm maybank
3. Cari menu Tabung Haji dan klik!

 

melalui maybank2u
4. Pilih menu atau pautan Fund Transfer

 

tabung haji dari maybank
5. Klik pada TH to Maybank Own Account Transfer (takkan akaun orang lain pulak kan?)

 

tabung haji dan maybank
6. Masukkan jumlah atau amaun yang korang nak keluarkan tu. (tengok contoh kat atas tu 100)

 

secara online
7. Klik Request a TAC number, lepas dapat TAC tekan butang Confirm

8. Lepas tu, start kereta atau motorsikal korang, pergi la ke mana-mana ATM dan cucuklah kad ATM korang tu untuk keluarkan duit. Setel.

Tapi jangan excited awal sangat, teknik ni cuma boleh digunakan bila korang dah gabungkan akaun Tabung Haji tu ke dalam Maybank.

Fungsi-fungsi yang disediakan oleh Maybank ni betul2 memudahkan aku untuk berurusan dengan Tabung Haji.

Nak cek baki duit dalam akaun Tabung Haji pun senang, tak perlu aku buang masa ke Bangunan Tabung Haji (Ops redundant!)

Iklan

Summary
Article Name
Keluarkan duit Tabung Haji
Description
Ada cara lain untuk keluarkan duit tabung haji selain pergi ke kaunter Tabung Haji (TH) yang mana tutup pada hari cuti dan public holiday. Guna Maybank2u.
Author
Publisher Name
The Adzril.com
Publisher Logo

18 Comments

  1. Tanpa Nama
  2. Mohammad Farhan Ismail
  3. Hash Matt
  4. Tanpa Nama
  5. ijan
  6. Muhammad Huzaifah Bin Arsad
  7. Muhammad Huzaifah Bin Arsad
  8. anak mak
    • Adzril
  9. putera dolphin
    • Adzril
  10. Haikal
    • Adzril

Leave a Reply