Page Amran 800k Like Hilang Sebab Up Isu Menetek

Aku dah lama follow Amran Fans ni. Tapi kali ni page Amran buat kali yang keberapa aku tak ingat dah ‘hilang’ dari alam maya facebook sama ada dah lesap atau dia unpublish (yang ni memang style meran). Kisah bermula bila Page Amran Fans yang ada likers yang menghampiri 1 juta mengkritik ibu muda yang menetek anak dan mengupload gambar menetek itu ke laman sosial. Mujurlah Amran Fans ni dia pandai buat page backup banyak2. Sekarang ni Meran tengah ‘bergerak’ guna 2nd page dia. Kipidap Meran!

ibu menyusu di tempat awam

Menurut page Amran ni, geng-geng Ibu breastfeeding ni yang start cari pasal sebab diaorang start Report page Amran. Kesudahannya page utama Amran Fans kecundang. Kat sinilah game bermula. Tuduhan berbalik kat Amran Fans pulak sebab geng geng breastfeeding ni kata Amran Fans yang mula upload gambar-gambar Ibu muda breastfeeding kat page Amran Fans.

Dah lama page Amran Fans ni tak dilanda kontroversi. Cuma aku terkilan la, isu camni boleh berpanjangan sampai camni. Bukan gaduh pasal isu bina Jet Pejuang atau cipta Satelit sape paling canggih. Tapi isu menetek.
Aku harap benda ni stop cepat la. Cuma kesian gak kat Page Meran yang besar tu. Luluh hati weh.. Tapi bak kata page KHK, ini baru kali keberapa meran kena, KHK dah berkali2 jatuh tapi up balik. Lagipun Meran pandai ambik langkah2 backup. Meran kali ni terkacau geng ibu muda mengandung yang boleh menjatuhkan legasi dunia Page di facebook. Ini bukan kali pertama Amran Fans hadap cabaran camni.

Pendapat Yana Samsudin tentang ego.

Kepada yang suka report2 ni, takyah la buat kerja ni. Masing-masing punya page ada kekuatan dia. Ada sumbangan dia kat Masyarakat. Move on. Lagipun ni kes salah paham je.

Sumber : facebook

Tapi memang isu breastfeeding ni boleh buat gaduh. Baru je minggu lepas aku tengok video Social Experiment pasal breastfeeding kat public ni. Memang hampir gaduh, korang tengok la video ni.

Leave a Reply