Aku yang dulu bukanlah aku yang sekarang. Dah macam lagu pulak kan? Saya tengok ramai orang terperangkap dalam hutang kebelakangan ini.
Dan macam dah takde jalan keluar tapi still ramai yang terus duduk dalam kebuntuan tu. Ni saya nak bagitau, saya pernah kat situ.
Setiap hari bangun tido, benda pertama saya fikir adalah Camna Nak Setel Hutang sehinggalah saya serah diri ke AKPK.
Pengalaman Serah Diri Ke AKPK
Dengan gaji lebih kurang RM3000, komitmen saya melebihi gaji time tu. Mula-mula dapat gaji besar (3k tu besar weh bagi saya) memang seronok. Saya rasa dunia ni aku yang punya.

Setiap masalah pasti ada penyelesaian, yang penting kena mengakui permasalahan tu dulu.
Saya sendiri tak perasan camna saya boleh terjerat kat hutang yang mencengkam hidup saya time tu. Nanti saya cerita kat post lain camna seseorang itu (saya le tu) boleh terlibat dalam keberhutangan yang teruk.
Ok, camna saya boleh ke Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK)? Sebab saya dah jumpa jalan buntu time tu. Korang tau maksud jalan buntu? Maksudnya;
- Saya dah tak boleh nak buat loan kat mana-mana agensi lain untuk menutup hutang sedia ada.
- Saya dah kena naik mahkamah sebab hutang Bank Rakyat yang tertunggak.
- Hutang Kad kredit yang semakin meningkat faedahnya setiap bulan
- Bayaran bulanan kereta yang tertunggak setiap bulan (pernah kena tarik)
- dan macam-macam lagi. Saya tak nak citer nanti korang sedih.
Pengalaman Pergi Serah Diri Ke AKPK
Saya terfikir kat mana pengakhiran cerita saya dihimpit masalah keberhutangan yang serius ni? Akhirnya saya pergi serah diri kat AKPK seperti saranan sorang brother ni.
Brother ni pun ada masalah keberhutangan yang serius, tapi sejak dia balik dari AKPK, saya ada nampak seri kat muka dia. Seri yang camtulah saya nak. So saya proceed ke AKPK.
AKPK akan tolong negotiate dengan bank dan aka tolong kutip duit untuk dibayar kepada bank yang kita berhutang secara PERCUMA. Percaya tak?
Apa Akan Jadi Kalau ke AKPK
Tapi sebelum ke AKPK ada la puak2 lain yang menakutkan saya. Katanya kalau ke AKPK nama aku akan;
- Disenarai hitam dari sebarang pinjaman kewangan oleh mana2 institusi (kecuali along)
- Tak boleh beli rumah (saya belum ada rumah weh time tu)
- Tak boleh beli kereta (time tu saya dah ada 2 kete ehehehe)
- dan lain-lain saya tak ingat.
Pikir punya pikir, dah memang pun nama saya dah disenaraihitamkan kat mana-mana institusi kewangan jadi apa masalahnye kalau AKPK ‘hitamkan’ lagi nama saya dalam senarainya? Nothing to lose. Serius nothing to lose, gelpren pun dah tak nak kat saya time tu. hehehe!
Tapi perlu diingat, bagi mereka yang disahkan muflis oleh Jabatan Insolvensi, AKPK memang tak boleh nak buat apa dah.
Apa Yang AKPK Buat Sebenarnya?
Lepas balik dari AKPK, saya dah paham beberapa perkara (time tu la, sekarang mungkin lain) antaranya (Bantuan yang AKPK berikan);
- Bankrapsi bukanlah pengakhiran kehidupan. (Takdenye cop muflis kat dahi tu haaa)
- Memang ramai anak muda kat Malaysia yang dah capai status muflis (Im not alone)
- Komitmen hutang saya makin kecik (Inilah tugas AKPK)
- Hutang tak perlu ditakuti, hanya perlu diuruskan
- Terima hakikat, dan perbetulkan langkah seterusnya
Merujuk kat point nombor 3 tu, saya nak bagi contoh. Katalah kita ada 5 kad kredit dan setiap kad kena bayar minimum payment RM300 untuk setiap kad, so 5 kad kredit ko kena bayar total RM1500 lah kan untuk kesemua kad? AKPK akan bantu kita untuk jadikan bayaran RM1500 jadi lebih rendah.
Contohnya dari RM1500 tadi kita hanya akan bayar RM600 untuk kesemua kredit kad tu. Dan ianya melalui AKPK. (Formula pengiraan sebenar memang saya tak pasti, tapi rasanya AKPK akan bagi amaun paling rendah mengikut kemampuan kita)
Camtu jugak dengan loan-loan lain. Contoh loan lain tu macam pinjaman peribadi. Katalah kita ada 3 pinjaman peribadi kat 3 Bank yang berbeza (Ah Long tak termasuk ek), AKPK akan gabungkan semua bayaran bulanan tu jadi 1. 3 lubang jadi 1 lubang. Ini AKPK punya urusan.
Tak silap saya kadar faedah pun jadi berkurangan kot. Mohon rujuk balik kat AKPK. Aku tak ingat sebab nama saya dibatalkan di AKPK setelah beberapa bulan. Sebab apa dibatalkan? Teruskan membaca.
7 Dokumen Yang Perlu Dibawa ke AKPK
- The latest Central Credit Reference Information Report (CCRIS) – This report is available at all our branches.
- NRIC photocopy
- Latest Salary Slip (3 month)/ Evidence of Income
- Employee Provident Fund (EPF) statement
- Legal proceedings documents (if any)
- Latest Income Tax Statements (if any)
- Latest Credit Cards/Loans Statements.
Walaubagaimanapun, korang perlu untuk menghubungi pihak AKPK terlebih dahulu sebelum datang ke AKPK untuk membuat temujanji.
Hutang Tetap Kena Bayar Sampai Langsai
Nampak tak kenapa perlu ke AKPK? Komitmen akan jadi rendah dan selebihnya kita kena berusaha untuk selesaikan hutang tu. Hutang tetap hutang, kena bayar. Kita kena bayar semua hutang-hutang tadi melalui AKPK.
Maksudnya kita bayar kat AKPK, dan AKPK akan guna duit kita tadi untuk bayarkan hutang-hutang kita kat bank-bank yang terlibat. Loan kereta tak termasuk. Kena bayar macam biasa.
Tapi pinjaman kereta atas nama kita akan dimasukkan dalam special kes dalam sistem bank.
Saya jugak dipahamkan, AKPK boleh jugak negotiate dengan Ah Long. Selain dari tu, yang tak nak kena halang dari keluar negara sebab tak bayar PTPTN boleh la datang berbincang dengan AKPK.
Nama Dibatalkan Dari Senarai AKPK Bila Tak Bayar dan Tiada Peluang Kedua
Bila AKPK dah bagi kemudahan camni, kita tak boleh ingkar untuk membayar pulak. Sebab kalau ingkar AKPK akan batalkan nama kita dari senarai dan time tu pandai2 lah kita buat pembayaran sendiri ke bank-bank tadi.
Macam kes saya, time tu saya tak bayar 2 bulan kat AKPK. Terus AKPK batalkan nama aku dari senarai diaorang TANPA NOTIS okey!
Mujurlah saya dapat selesaikan kesemua hutang-hutang saya selepas AKPK buang nama aku aritu. Tapi apa yang saya cuba nak bagitau, lepas balik dari program AKPK tu, tidur saya jadi nyenyak.
Bangun tidur dengan ceria tanpa nak pikir pasal hutang.Jadi apa yang takut sangat nak serah diri ke AKPK? AKPK memang tolong struktur balik hutang-hutang saya dan saya mendapat peace of mind.
Nama Clear Selepas 6 Bulan
Oh ye, nama saya dah clean dari AKPK dan lepas setahun dari kes tu saya dah boleh buat pinjaman perumahan dan kereta tanpa sebarang masalah. Rekod kewangan aku pulak, boleh dikatakan cantik macam bayi baru lahir. Semuanya lancar.
Dan yang paling best, saya ada pengalaman camnasaya leh terjerat kat perangkap hutang.
Sebenarnya banyak pelajaran yang saya dapat dari pengalaman saya yang sebelum ni. Kepada mereka yang sedang menghadapi masalah yang sama, satu je saya nak bagitau, ini bukanlah pengakhiran.

Petikan komen dari artikel di blog Pakdi.net berkenaan Setel Hutang
Jalan masih bercahaya dan luas di depan. Bebaskan diri sendiri, terimalah hakikat. Tips paling best saya boleh sarankan adalah, mulakanlah bersedekah walaupun kita tak banyak duit. Sebab dengan bersedekah kita akan merasakan kita mempunyai segalanya (duit, kesihatan, kebahagiaan dll).
Dengan rasa itu kita akan menzahirkannya ke alam yang nyata ini.
Untuk sebarang pertanyaan tentang AKPK korang boleh terus hubungi nombor telefon AKPK ni 0326167766. Tanyalah puas-puas kat situ.
Kalau korang masih ragu-ragu, baca artikelsaya yang bertajuk Perlu ke saya ke AKPK? Kat situ saya terangkan kenapa masih ada yang ragu-ragu untuk ke AKPK sedangkan hutang dah menghimpit diri.
p/s : Artikel ni saya tulis berdasarkan pengalaman saya dengan AKPK pada tahun 2008.
Terima kasih adzril…info berguna sangat ni. Ramai org di luar sana tak tau fungsi akpk yg sbnrnya. Entri ni sgt membuka mata. Thanks 🙂
welcome syireen.. btul tu… bukak mata dan bukak minda.
Salam nak tahu kalau potongan dalam akaun bank- standing instruction boleh melalui akpk tak
boleh ke kalau masalah ctos.sy buntu..ahlong pun boleh ker
boleh cik.
Klau dibatal kan macam mana
back to normal. bayar balik macam biasa sebelum kita ke AKPK.
Slm En Azril..klau AkPk dah tamatkan perkhidmatannya..byran pinjaman tersebut akan di byr sendiri oleh peminjam kan..so jumlah byran tersebut still boleh ikut jumlah yg di beri okeh AKPK ke.
Tak. ikut bank.
Asssalammualaikum en. Sye dah disytiharkn muflis.ksmua acc bank dbekukan.sye xmampu mbyar kerana tdk bkerja. sye ada personal loan dgn bank muamalat dan sye juga perlu byar pnjaman kereta dgn ambank.(kereta dah dilaporkan hilang pd 2014 ttp baru sekarang pihak ambank mghbungi sye mberitahu sye perlu mjelaskan tggakan tsbut.pihak bank juga mengangu kedua org tua sye dgn perkataan yg btujuan menakut2kan kedua org tua sye. Sye jga ade pnjaman perumahan kerjaan.buat mse skrang Sye xdapt utk mbayar ksmua loan tesebut kerana sudah nk msuk 2 tahun lebih sye menamatkan pkhidmatan dalam pnjwat awam.. Sye ttekan dan buntu. Bgaimana sye nak bkerja sdgkan ksmua acc bank sye dibekukan.bgaimana nt pihak majikan nak bayar gaji sye. Dsbbkan itu lah yg mbuat sye rse xde hrapn utk hdup dan mdpt sbrangp pkerjAan yg menerima pmbyaran gaji melalui acc bank.x da seorg pon yg mau hdupnye jd bgni.hdup sbgai seorg muflis.xsmua org diuji sbgni.diuji dgn cbaran hdup sbgai seorg yg muflis.bukan nye semua org yg diisytiharkn muflis nk lari dri mbayar hutang.,tetapi ade sesetngah nye x mampu mbyar dsebabkn kehilangan pkerjaan atau dibuang kerja. Bila dpt kerja nt baru lah boleh mbayar smula hutang2 tsbut.Dlm mse yg sma kami tgh mcari sbrang pkerjaan.dsbbkn ksmua acc peribadi dibekukan ,bgaimana kami nak dpt pkerjaan yg dibayar gaji bulanan melaui bank.nak buat urusan ape pon xboleh.dah mcm bukn tggl kt ngra sndri. Ada x mana2 agensi atau jabatan yg boleh membantu kami aktifkan semula acc bank dan mbolehkan kami senang dpt sebarang pkerjAan.ini salah satu cara utk kami mbuat sambungan pmbayaran bulaanan stiap loan kami. Ttapi malang nye smpai skrg xda jbatan yg menawarkn khdmat mcm ni. Mohon pndangan dan khidmat nasihat dari encik agar dpt sama2 membantu meringankan atau mnyelesaikan permasalahan yg sememangye mberi impak yg besar Dan keburukan jika tsenarai dlm status muflis .teriama kasih
boleh kerja dan gunakan akaun pasangan, terangkan kpd majikan baru..ataupun pegi ke insolvensi tanya macamana nak buka akaun untuk bekerja.. rasanya ada cara..
Thanks en azril..smg dpt membantu ramai gologan yg terhimpit hutang
insyaAllah…. apapun diri sendiri jugak yang perlu membantu diri sendiri.
Thanks en azril..smg dpt membantu ramai gologan yg terhimpit hutang
welkam..
macamana kalau yang ada hutang bukan dengan bank?
Kau punye nama diputihkan oleh AKPK, bagai mana pula fungsi Jabatan Insolvensi? Tahniah bro…. moga tak berhutang lagi, nahas jika bankrap atau muflis.
Aku belum tahap muflis. Tapi sudah menghampiri muflis. Kalau dah muflis memang tak boleh dah AKPK nak tolong.
Banyak sungguh pengalaman kita masa tu kan bro…
ko la yang paling banyak payung aku time tu rope… aku tujukan lagu Aizat – Sahabat utk ko.. hehehehe
Kalau personal loan melalui potongan angkasa via pay slip boleh kah
boleh tuan…
hye..xsilap sya angkasa memang xboley.sebab dh try cube tp xberjaya..
Betul2. Angkasa tak boleh. Sebab dalam slip gaji.
Kalau personal loan melalui potongan angkasa via pay slip boleh kah
sebarang potongan di slip gaji tak boleh distruktur oleh AKPK.
En pasti ke blh sbb de yg komen kata xblh..mohon pencerahan..saya try call akpk tp x berjwp
dgn ptptn aje kalu tak silap
hmm… saya ni dah blacklist kot.. kes personal loan.. bukan tak bayar.. cuma lewat byr.. payment utk 2 bulan byr sekaligus…tapi terus kena tindakan mahkamah oleh lawyer bank.. for now.. loan boleh byr lagi.. cuma komitmen lebih sebab tgh sambung belajar.. adalah loan lain.. tapi tu byr guna potongan gaji..tak de masalah… cuma yg satu ni.. bank minta sy cantikkan bayaran jd lawyer firm tak leh kacau… so pada pendapat tuan.. perlu ke saya ke AKPK.. runsing dgn ugutan pihak lawyer..
iyer.. boleh je ke akpk. sbb kt sana nasib penghutang yang nak cantikkan nama dan bersihkan nama terbela.
hmm… saya ni dah blacklist kot.. kes personal loan.. bukan tak bayar.. cuma lewat byr.. payment utk 2 bulan byr sekaligus…tapi terus kena tindakan mahkamah oleh lawyer bank.. for now.. loan boleh byr lagi.. cuma komitmen lebih sebab tgh sambung belajar.. adalah loan lain.. tapi tu byr guna potongan gaji..tak de masalah… cuma yg satu ni.. bank minta sy cantikkan bayaran jd lawyer firm tak leh kacau… so pada pendapat tuan.. perlu ke saya ke AKPK.. runsing dgn ugutan pihak lawyer..
pegi je AKPK, nanti lawyer firm pun xleh nak buat apa… sebab AKPK dah backup kita…
Assalamualaikum en.azril,sy nk tnye,klau kte ade buat loan peribadi dgn 5koperasi,then loan Kereta yg da tertunggk n da dpt surt saman dri mahkamah(untuk loan kereta)kite boleh ke mohon tuk akpk setlekn then kte byr kt akpk je smua loan2 tu?kte kne bank in sndri dgn akpk or boleh buat pemotongan gaji dgn akpk?
fungsi akpk bukan bayarkan utang kita tp just manage balik restructure utang jadi teratur dengan komitment yg mampu kita bayar.
walaubagaimanapun untuk bayaran bulanan kereta xde penurunan komitment. just bayar amaun mcm biasa cuma akpk akn maklumkn status kereta tu kepada bank negara.
Assalamualaikum en.azril,sy nk tnye,klau kte ade buat loan peribadi dgn 5koperasi,then loan Kereta yg da tertunggk n da dpt surt saman dri mahkamah(untuk loan kereta)kite boleh ke mohon tuk akpk setlekn then kte byr kt akpk je smua loan2 tu?kte kne bank in sndri dgn akpk or boleh buat pemotongan gaji dgn akpk?
kalau zaman sy dulu bayar sendiri ke akaun akpk saya. tak pasti plak kalau ada pemotongan gaji.
Salam. Jadi lepas program AKPK nih dah settle, dah habis bayar semua hutang, takde masalah ek kalo nak apply balik credit card ataupun pinjaman perumahan?
6 bulan selepas setel.. nama akan clear balik kalau x silap saya.
6 Bulan selepas settle hutang? means kalau kita ada 10 thun hutang, kira 6 bulan lepas 10 thun tu bru nama kita clear, and bru boleh buat loan rumah semua tu ke?
saya baru 2,3 hari lps ke akpk…namun akpk x dpt bantu berkenaan loan yg dipotong melalui angkasa dlm payslip…mmg dia reject terus.terutamanya "bank rakyat"
sedih…
Maknanya klu pinjaman yg byran melalui ptgan angkasa akpk xdpt bantu yea..
kalau melalui angkasa sy takde pengalaman, sebab masa sy ke akpk time tu sy kerja swasta. Tapi untuk Bank Rakyat tu memang agak strict, sebab saya pernah kena heret ke Mahkamah atas satu salah faham yang sebenarnya boleh setel pun, tapi pegawai bank tu emo semacam tak pasal2 sy naik court heheeh..
Apakah jenis-jenis pinjaman yang boleh distruktur atau dijadual semula
Pinjaman-pinjaman atas nama individu yang di luluskan oleh pemiutang-pemiutang berikut layak untuk dipertimbangkan di bawah PPK:
(i) Bank Perdagangan
(ii) Perbankan Islam
(iii) Penyedia Insuran Hayat
(iv) Penyedia Takaful
(v) Institusi Bank pembangunan
(vi) Penyedia Kad kredit/kad caj
(v) Malaysia Building Society Berhad (MBSB)
(vi) Koperasi Bank Persatuan
Walau bagamanapun, syarat-syarat tambahan dikenakan bergantung kepada keadaan kes untuk melayakkan pinjaman bercagar (seperti pinjaman perumahan dan sewa beli) dipertimbangkan di bawah PPK. Sementara itu, kelayakkan pinjaman yang dibayar melalui potongan Biro Angkasa untuk dipertimbangkan di bawah PPK adalah terhad kepada beberapa jenis pinjaman sahaja.
https://www.akpk.org.my/my/content/853-akpk-faq
saya baru buat temujanji ngan kaunselor AKPK jumaat dpn (7/10/16) utk resructure loan mbsb sy sbb naik mendadak bulan ni (after 5yrs)..kalo ikutkan sy walk in hari tu utk isi on9 dan booking tarikh temujanji, loan MBSB Al-Waslah 20 tahun AKPK boleh atur.. InshaAllah mudahan urusan saya selepas ni dipermudahkan.
Boleh ke mbsb tu walaupun buat potongan angkasa?
Taknbolej
adril hutang kereta pun akpk boleh manage balik jadi rendah bayaran dia ke?
Kereta takleh cik.
pada kawan2 yg tertanya2 sama ada akpk bleh bntu smua jenis pnjman,tidak ye…terutamanya koperasi..sbb koperasi bukan bwh bnk negara..itu pn saya dh tanya… 🙁
selain dari serah diri ke AKPK, cara terbaik yang lain adalah serah diri ke bank atau koperasi itu. Mintak penjadualan semula. InsyaAllah mesti diaorg terima.
maksudnya apa en azril?sy bnyak koperSi ni
Thanx bro for sharing the info. Sy bermasalah dgn pembayaran kereta, disebabkan berhenti kerja. Now, sy dah 13 bulan tk byar keta, hari2 sakit kepala nk byar mcm mna. Baru2 ni sy nk setel dlu utk 4 bulan, tp bank tknak terima. Diorang nk sy byar at least 10 bln.. Aduiii, insyaAllah sy akn g AKPK dlm msa terdekat ni.
Utk loan kereta akpk boleh ejaskan jgk ker?
Thanx bro for sharing the info. Sy bermasalah dgn pembayaran kereta, disebabkan berhenti kerja. Now, sy dah 13 bulan tk byar keta, hari2 sakit kepala nk byar mcm mna. Baru2 ni sy nk setel dlu utk 4 bulan, tp bank tknak terima. Diorang nk sy byar at least 10 bln.. Aduiii, insyaAllah sy akn g AKPK dlm msa terdekat ni.
takpe, ianya bukanlah pengakhiran dunia….. mesti ada jalan penyelesaian….
Pengalaman saya, tahun 2013 kereta kena lelong sebab tak mampu bayar. bukan taknak bayar tapi kes kena tipu oleh salesman waktu trade-in kereta. apapun selepas kereta dilelong masih ada baki yang perlu saya jelaskan. tapi saya sehingga 2016 pun tak bayar2, bank pun keluar notis nak bankrapkan sebab ada hutang lebih RM30k. Bank balik2 call cadangkan buat loan untuk settle. tapi dalam ccris tak cantik so mana bank nak luluskan loan. bank cadang pinjam dari sumber lain. tapi rate dan bayaran pengurusan bukan main tinggi. loan rm40k dapat rm35k ja dalam tangan.dengan bulan paling rendah rm600. last2 dipendekkan cerita pergi AKPK. selepas perbincangan AKPK tetapkan bayar bulanan dalam RM300 ja. kesimpulannya, susah2 pening2 pergilah AKPK. they are good people.
betul.. mereka (akpk) memang membantu. Yang penting kita sendiri memang nak dibantu.
Macam mana kalau nama kita ada dlm blacklist disebabkan hutang dengan linguaphone .time student dlu pnah trjerat dengan linguaphone. Klau tk byar hutang mkin brtambah.akpk boleh bntu tak kalau macam tu..
boleh
Salam, kalau rumah hampir nak kena lelong, AKPK ni boleh tolong tak restructure semula ?
rasanya masih boleh selagi kita belum diisytihar muflis.
Assalamualaikum..abg …mcm sy dpt surat dri bnk sbab x dpt byr selama 3 bln..apakah patut sy buat…surat itu mengatakan sruh hadir ke makamah bln sep ni…poning2
Salam abg…mcm sy x byr utang bank 3 bulan..dan mndpt surat tuk pergi ke makamah..apakah yg perli sy buat
Assalamualaikum abg..sy hutang bank 3 bln x byr..dan sy dpt surat tuk hdir ke mkamah bln sep ni..apakah yg perlu sy buat
Salam.. kalo kita nak wat buat personal loan di akpk bole ke. ?.
AKPK bukan tempat buat loan / pinjaman, ianya tempat untuk orang yg bermasalah dengan hutang datang untuk menyelesaikan masalah hutang mereka.
Bukan akpk tlg bayar, tp akpk tlg membuat penjadualan pembayaran semula.
en..kalu nma dh blacklist nma boleh dbrsihkn kh?certin org ckap x bleh
Saya kurang pasti yang tu. Kena tanya jabatan insolvensi. Eh betul ke ejaan saya ni.. Hehe
Lau dgn pinjaman wang berlesen AKPK boleh tolong kew
yang tu tak pasti pulak… sebab kalau institusi tu masih di bawah bank negara sepatutnya takde prob. so kene tau jugak maksud 'berlesen' tu heehehe
Salam en.azril. sy baru je join program dmp ni dan akpk da pon anta email mengatakan application sy successful dan suruh sy proceed 1st instalment. Tp bank2 yg sy hutang masih lg ganggu suruh sy byr amount yg tetunggak. Siap ugut sy nak dtg umah/office. Adakah sy perlu byr akpk 1st instalment dlu baru bank2 ni senyap?
Wasalam.. kalau akpk dah approve, abaikan je arahan bank tu dulu..sbb akpk dah takeover. Kalau bank call cakap je cik dah masuk program akpk.
Sama lah mcm saya.bnk nk dtg umh..pjbt lh.. Ni biase kje die org bnk yg bhgian pngutip hutng.. Sye smpai skrng lum lgi byar dn 3 4thun. htang krta.. Akpk pun lom mmm
cik nadzirah bleh kongsi skit ada perubahan tak lepas join akpk dr segi byrn hutang
salam en adzril sekiranya kita dah join akpk.. kad kredit kita masi bleH Pakai tak
kad kredit akan obsolete/ tak leh pakai bila dah join akpk. kata nak repair/restruktur kewangan kan? kenalah lupakan kredit kad tu.. hehehe
Kalau dah tak mampu nak bayar ansuran kad kredit, akpk boleh strukturkan semula tak?
ye, ansuran kad kredit boleh distruktur semula oleh akpk.
saya dah join akpk sejak october 2012. tak silap saya tamat dalam september 2022. saya buat installment rm600 untuk 2 tahun. 2 tahun berikutnya rm950. dan kemudian rm1450 sampai habis. saya tak salahkan diri saya yang dulu, kerana inilah pengajaran. Sekarang saya lebih yakin rezeki itu milik tuhan. Cuma keburukan, takleh buat pinjaman lagi. Untuk keselamatan, sekarang saya gunakan current account sebab takut bank freeze akaun.
kalau kita dah setel dengan akpk, masih boleh buat loan. Saya sendiri skrg dah buat loan rumah dan personal loan. hehe
Saya plak ada masalah keberhutangan yang serius. Waktu tu saya keja swasta & komisyen sales sy RM10-RM15 ribu. Bank2 mmg welcome saya, so dgn senangnya saya buat personal loan & kad kredit ratusan ribu. Akhirnya kesemua hutang saya termasuk kad kredit dekat RM200k. Saya tak salahkan diri saya semuanya sebab separuh dari tu akibat ditipu trader forex & agent rumah. Walaupun begitu, syukur saya dapat memiliki rumah & renovate dgn hasil duit loan tu..yg syukurnya rumah tu telah disewa dgn RM1500 sebulan, dapatlah duit poket bulanan utk bayar AKPK. Setelah join AKPK bln lepas, barulah saya sedar hidup saya ni ada lagi sinar. Sblm ni iap2 bln saya kena bayar dekat RM5 ribu. Bayangkan AKPK bantu saya kurangkan bayaran jadi RM1930 saje! Skg dah dapat keja government & saya belajar erti hidup bersederhana. Thanks to En Azril for sharing good info, yea betul sedekah akan membetulkan hidup kita yg serong ni & pada sape yg ada masalah hutang yg serius tu jgnlah bimbang, mtk Allah beri jalan keluar segala masalah kita & pergilah rujuk AKPK jika ada sbrang masalah.
Aduh terharunya saya.. ?? thanks jugak atas perkongsian pengalaman cik/encik.
buat sy tersenyum..rupanya masih ada sinar..syukur Alhamdulillah.. 🙂
syukur, alhamdulillah..sy pun harap dipermudahkan urusan lps ni.. harap2 bolehla menahan nafsu berbelanja dan more saving lps ni
baru2 ni saya ada terima surat dr lawyer.. mengatakan sy ingkar membayar hutang yg hampir 28k..hutang kereta.but now,kereta dah pun kena lelong.. so td sy pergi akpk.. akpk minta sy pergi bank dulu utk discuss dgn bank dulu,, if kalau xbleh sy nk follow bank punye flow.. baru dtg balik ke akp,, skrg sy takut kalau nk buat ape2 loan. Sbb nama dah blacklisted.. mcmne nak clearkan nama semula..wuarghh sedihnye..
Iyer.. folow bank punya rules dulu. Relax. Nnti kalau hutang dah setel semua clear la nama tu..
Salam adzril..
Nak sruh akpk buat urusan ada kene bayaran apa2 tak?
Wasalam.. akpk tak kenakan sebarang yuran dan bayaran.
Hanya perlu bayar hutang kita sahaja melalui akpk.
bru cal org akpk ptg tdi die sruh register dlu kat website lpas to book appointment. dah buntu nsib baik dapat tau psl akpk arni tu pun bank yg bagitau. tq Adzril. kalau bole pm @ wasap lagi ok. byk mende nk tanya.:)
Boleh je whatsapp. InsyaAllah saya jawab mana yg saya tahu.
Boleh je whatsapp. InsyaAllah saya jawab mana yg saya tahu.
thanks for sharing. loan jenis ape yg akpk ni blh tolong uruskan ye selain kad kredit?
Apakah jenis-jenis pinjaman yang boleh distruktur atau dijadual semula
Pinjaman-pinjaman atas nama individu yang di luluskan oleh pemiutang-pemiutang berikut layak untuk dipertimbangkan di bawah PPK:
(i) Bank Perdagangan
(ii) Perbankan Islam
(iii) Penyedia Insuran Hayat
(iv) Penyedia Takaful
(v) Institusi Bank pembangunan
(vi) Penyedia Kad kredit/kad caj
(v) Malaysia Building Society Berhad (MBSB)
(vi) Koperasi Bank Persatuan
Walau bagamanapun, syarat-syarat tambahan dikenakan bergantung kepada keadaan kes untuk melayakkan pinjaman bercagar (seperti pinjaman perumahan dan sewa beli) dipertimbangkan di bawah PPK. Sementara itu, kelayakkan pinjaman yang dibayar melalui potongan Biro Angkasa untuk dipertimbangkan di bawah PPK adalah terhad kepada beberapa jenis pinjaman sahaja.
https://www.akpk.org.my/my/content/853-akpk-faq
Suami sya ada tunggakan 35k utk loan kereta yg perlu dijelaskan di bank rakyat.dan sedang menghampiri bankrupsi. Bolehkah AKPK membantu dlm hal ini?? Dah buntu nak cari jln penyelesaian sbb pihak bank mahu byrn pdahuluan 17k .
seeloknya cepat2 ke akpk. Dan kalau tak sempat jugak terus berbincang dengan pihak bank untuk pembayaran / penjadualan semula. InsyaAllah bank akan setuju sebab bank mesti nak duit dia balik.
Sekiranya ada loan bank rakyat,akpk bleh bantu ke? Selain kad crdt.
kalau loan bank rakyat tu tak potong slip gaji rasanya still boleh. tapi kalau potong kat slip gaji kena pegi bank rakyat tu sendiri dan mintak penjadualan semula.
tq..sy ada call akpk td..pinjaman bnk rakyat akpk dpt tlg cuma yg bkn potong mlalui angkasa.. klu mlalui angksa mmg suSa skit kata akpk
betul tu.. dulu bank rakyat saya mmg potong slip gaji, tapi lepas sy tukar kerja mmg saya bayar manual.. tu yang boleh akpk tu. heheh
Syukur.urusan kt akpk da setel. Permohonan da lulus akpk da siap bgi akaun no tuk bayaran. dekat 1k jgk dpt kurang bulanan.
Tak payah bwk ape2.pegi akpk nanti die sruh masuk ic sume jenis loan kluar kt situ siap total brp bulan tertunggak. lepas jumpe wakil dia akan tanya apa mslah dan dia akan bagi pendapat macam mana nak setelkan.
Alhamdulillah rase lega skit sekarang bank/agen loan da x cal lgi.
Alhamdulillah.. tahniah…
alhamdulillah tuan,, tumpang gembira
salam semua….saya nak bertanya…biasanya berapa lama permohonan kita akan diluluskan oleh akpk?
kalau ikut pengalaman saya, dalam seminggu tu akan setel.
Salam..sy mempunyai hutang peribadi dengan bank rakyat. Sy sudab tidak bekerja. Dalam masa yang sama sy sedang sarat mengndung..hutang sudah tertunggak..pihak bank..pihak mahkamah asyik call dan suruh langsaikan hutang. Sy juga sudah terima surat amaran dari pihak mahkamah.. ape perlu saya buat skrg nie. Sy buntu..kerja pun sy x de..rancang selepas habis pantang bru mencri kerja semula dan byr hutang. Mohon encik beri pendapat. Terima kasih
bank dengan mahkamah call tu perkara biasa. Sekarang ni sama ada cikpuan pegi ke bank untuk berbincang permasalahan cikpuan supaya bank dpt reschedule pembayaran atau pergi je ke AKPK untuk dapatkan khidmat nasihat.
Syukur..sy baru berurusan/kaunseling dgn AKPK tadi. Tunggu seminggu kelulusan…but sure punya lah, sbb dia suruh standby 1K utk payment end of this months. Penstrukturan/Penjadualan semula utk kenaikan hutang/intrest mencecah 200K. (Panjang cerita, kenapa jadi macam itu…dan mestilah ada alasan kan). Tapi seperkara lagi..sy masih sangkut dengan KKMB yg mana AKPK tidak dpt bantu sbb tiada dlm list. Any idea? adakah lagi tempat loan yg boleh terima setelah sy sdh ikut program AKPK? Sy seorang Pesara. Sy masih lagi tidak dapat tidur lena…kerana KKMB masih terus menyerang dengan cal2..watsapp2 msg2..mo cari tempat tinggal.
Boleh saya tau kkmb tu Konsultan Keuangan Mitra Bank (KKMB) ke?
Koperasi Konsumer Malaysia Berhad (KKMB)
mungkin tuan boleh terus ke KKMB ni untuk bincang tentang masalah tuan. Jadi penstrukturan semula boleh dilakukan jika KKMB mahukan pembayaran dari penghutang.
Pengalamana Saya pula saya mumpunyai 4 Credit card (Jumlah semua dalam 16k), Selama 4 tahun sya tidak bekerja dan tak bayar credit card. Jumlah hutang saya meningkat sebanyak 81K.
Bila dapat surat dari salah satu bank (ambank) Walaupun pinjaman saya hanyalah 3K sahaja tapi terus jadi 35K. Terus risau, tu belum 3 bank lagi nye statement. Dalam otak dah Fikir macam-macam.
Sebelum ni saya mmg dalam program AKPK tapi setelah 4 tahun tak bekerja saya tak dapt bayar ansuran tersebut. Dalam hati katmana pulak la aku nak cekau duit 81k ni.
Last2 tepon semula AKPK bagitahu masalah saya mereka terima, cuma perlu buat surat rayuan je. Kurang dari seminggu LULUS dah…
selepas ditolak ditambah hhihi hutang keseluruhan saya cuma 19K sahaja. Sebab AKPK tolak semua Interest. Now saya cuma perlu bayar dekat AKPK RM158.00 je instead of RM2,000.00.
Sebenarnya malas bill collector dok kejar2… tak tenteram hidup.
Perkongsian yang menarik Cikpuan.. terima kasih..
Ya Allah… bestnye.. Alhamdulillah bleh settle baik2
Suami sy ade hutang kad krdt rm7k..dh brape bulan x byr cz syarikat dia kerja dh bankrup..so dh dpt kerja baru tp gaji kecik je…2,3hr lps dpt srt peguam srh byr skaligus..klu x byr hbs kne naik mahkamah n byr habis jgk..mslh skrg mmg x mampu nk byr installment rm1k sbulan sbb still ade pinjman eon krdt n rhb..dh bt appt ngn akpk 2/11 nnt…dh call maybank tp dia srh byr hbs jgk..huhu….if dpt srt mahkamah akpk still blh tolong ke x kecilkan byrn?
Buat masa sekarang ni, endahkan dulu surat mahkamah ke apa ke.. proceed je ke akpk.
Boleh email tak contoh surat rayuan? nidasyam85@yahoo.com saya dah enroll. Tapi sebb tak alert email. Aduh ditolak pula. Huhu
Aduhh
baru igt nk ke akpk tp loan sblmni potong melalui angkasa..skrg dh berhenti kerja…hmmm mmg xad care lain la npk ny ni
baru igt nk ke akpk tp loan sblmni potong melalui angkasa..skrg dh berhenti kerja…hmmm mmg xad care lain la npk ny ni
Jom la jadi dealer onexox dengan sy… Fokus terus pada repair ekonomi peribadi.
salam,saya nak tanya ni,cara nak join akpk .boleh ke kita trus pergi pejabat akpk dan join..
Ye.. boleh terus ke akpk dn join.
Salam.. nak tanya sikit la.
Saya dah join akpk awal bulan 8, dan dah buat 1st payment pada 18/8/2016.
Tapi Bank Islam tetap call hari2 minta saya bayar tunggakan pinjaman peribadi (tertunggak 2 bulan sblm saya masuk akpk). Saya dah beritahu saya masuk dmp akpk tapi mereka masih call setiap hari.
Memang saya perlu jelaskan semua tunggakan tu ke? Sbb mereka kata nak hantar surat tuntutan ke rumah..
mereka tak sepatutnya desak untuk bayaran tu. rasanya tu Debt collector tu. sebab kalau bank Islam mesti dia dah dimaklumkan tentang status akpk tuan.
Assalam abg,
Just nak tau abg pnh terkeluar dr program akpk ni kan?macamana nk notify yg kita dah terkeluar dr program ni?sebab sy blm terima statement untuk tahun lepas?
Ok terima kasih atas pencerahan. hari2 call mintak bayar tunggakan dgn ayat yang sama "kena bayar juga tunggakan walaupun dah masuk program akpk" sampai stress saya dibuatnya.
hahaha debt collector tu.. nak kejar komisen.
Bro . Pinjaman berlesen akpk boleh jadi orang tengah tak ?
Akpk bukan badan kasi pinjam wang bro.
nak tanye kalau lambat bayar sebulan akpk nie kena buang terus ke dari akpk
kalau menurut pegawai akpk yang handle sy time tu, 2 bulan berturut2 kalau tak bayar terus kick. kalau sebulan boleh dimaafin la kot.
Assalam,
Mengenai pengalamanabg yg pnh terkeluar dr senarai akpk sekali kan?mcmana dapat tau yang nama kita terkeluar dari program akpk,sbb sy under program tu tapi tak de pun diorg hantar statement untuk tahun ni,tahun lepas ade…��
kalau dah 2 bulan berturut2 tak bayar install kat akpk mmg secara automatik dia kick kita dari program akpk tanpa sebarang notis.
Assalam,
Mcmana nak tau nama kita terkeluar dr program akpk?sebab kita bayar mcm biasa tapi tahun ni blm ada dpt statement pun?
akpk mmg tak bagi statement seingat saya. tak tau la kalau skrg ni dah bagi statement.
kalau dah 2 bulan berturut2 tak bayar install kat akpk mmg secara automatik dia kick kita dari program akpk tanpa sebarang notis.
Bagi sesiapa yg mempunyai hutang menimbun tu cepat2 la pergi AKPK,ni saya nak sharing masalah yg saya hadapi ,saya mempunyai hutang 4 kad kredit berjumlah 126k dan personal loan 80k dgn bayaran bulanan dah dekat 8k sebulan,tu belum lagi dicampurkan dgn hutang kereta ,rumah dah dijual 4 tahun lepas utk settle keatas hutang perseorangan Dan beberapa lagi personal loan tapi lepas rumah terjual hutang masih lagi berlambak .Akhirnya serah diri kat Akpk Dan structure balik hutang monthly dalam 2300 tapi saya cakap kat counselor takut tak boleh commit jadi dia turunkan monthly commitment dalam 1800 sebulan utk selama 2 tahun sebelum dinaikkan ke 2300 .Alhamdulillah sekarang barulah boleh bernafas sikit tapi perubahan dan kesedaran ke arah hidup yg bersederhana amat perlu maklumlah kad kredit dah tak boleh nak digunakan ,tinggal segala keburukan silam itu dibelakang sekarang menuju azam yg baru hidup bersederhana dan bersyukur dgn nikmat yg ada
tahniah tuan. iyer la.. sy pun kekadang takleh tahan dengan dugaan nak bermewah2 ni hehehe.
Assalam. saya nk tnye. saya dh daftar utk program DMP tu. klu kita masih tak bersetuju dengan pembayaran yg AKPK bg tu, boleh ke kta mintak turunkan lagi? cme caranya ye? sbb still tak bleh commit utk monthly installment tu?
saya sebenarnya bukan bermewah2…tapi pinjam kerana terdesak, lepas tu..mula lah gali lobang korek lobang….
Tuan
Bagaimana/Dimana saya boleh berurusan dengan KKMB tersebut? Ya..saya benar2 menghadap agar hutang saya dpt penstrukturan semula. Inilah yang saya cari2 selama ini, dimana saya boleh mencari pinjaman utk membayar balik Koperasi Konsumer….asyik bayar intrest saja memanjang.
Please…tolong saya dapatkan no.tel….tq in advance.
Tuan boleh terus ke KKMB tu tuan bincang dengan pegawai mereka untuk struktur semula pembayaran. Mereka sepatutnya setuju sebab mereka perlukan pelanggan utk membayar kembali hutang daripada pelanggan lari.
Assalamualaikum Tuan
Saya dalam program akpk iaitu rm600 sebulan untuk 2 bank. Itu pun saya buat rayuan kalau nak ikutkan saya perlu bayar rm800 sebulan.
Malangnya bermula ogos ini bayaran bermula rm1000 sebulan. Saya masih tidak mampu bayar kerana saya bekerja sambilan di agensi kerajaan yang mana saya bekerja pada gaji hari dan hampir 5 tahun tapi gaji saya tak pernah naik. Amount jadi begitu bayak kerana akpk peru dihabiskan dalam masa 10 tahun sahaja.
Saya comit untuk bayar tetapi bayaran terlalu tinggi memandangkan kos hidup yang tinggi dan saya menyara kedua orang tua yang tidak bekerja.
Soalan pada pemasalahan saya apa perlu saya buat sekarang kerana akpk telah inform sebelum ni yang saya tidak boleh buat rayuan lagi. Adakah saya perlu batalkan akpk dan berurusan semula dengan bank untuk penstrukturan semuala ?. Saya buntu tuan? Bantu saya.
Boleh tuan terangkan bagaimana tuan selesaikan hutang selepas tuan gagal membayar 2 bulan akpk?
Ini cadangan saya, apa2 pun kita perlu ubah mindset (ini paaaaling penting) tp mmg ianya x mudah.
Kedua, tambah pendapatan dan lupakan hutang tu dulu.
Assalamualaikum tuan
Saya memang dalam program dmp yang mana saya bayar rm600 sebulan itu pun saya buat rayuan jika tidak rm800 sebulan.
Bermula ogos ini saya perlu membayar rm1000 sebulan yang mana saya tidak dibenarkan membuat rayuan kali kedua kerana bayaran dmp perlu dihabiskan dalam tempoh 10 tahun
Masalah saya ialah saya tidak boleh membayar rm1000 sebulan kerana tidak mampu. Saya hanya pekerja sambilan di agensi kerajaan dan menerima gaji hari dan tlh bekerja hampir 5 tahun tanpa ada sebarang KENAIKAN dan BENEFIT.
Taraf hidup tinggi dan menanggung 2 anak dan kedua ibu bapa yang tidak lagi bekerja teramatlah perit bagi saya. Suami dah banyak sangat membantu dan saya tidak mahu menyusahkannya lagi.
Apa perlu saya buat ? Tamatkan akpk dan buat penstrukturan semula dengan bank ke? Adakah bank terima ?
Tertarik saya dengan kisah tuan tak bayar akpk 2 bulan. Macam maan tuan bayar hutang tuan selepas itu. Bantu saya. Saya buntu ?
InsyaAllah puan, semua perkara boleh diselesaikan. Ada banyak cara untuk kita tambah pendapatan. Puan boleh bincang dengan pegawai AKPK berkenaan dengan kekangan yang puan hadapi. Kalau saya, memang saya banyakkan summber pendapatan, alhamdulillah.
Salam.. macam mana kalau x bekerja tp ada hutang keta tertunggak ? Akp tu boleh tlg settle kan?
Wasalam, mula2 kita tuan perlu faham konsep dan fungsi AKPK iaitu mengurangkan bebanan atau komitment bayaran kepada institusi bank. Bayaran masih perlu menggunakan duit dari kita yang berhutang.
Tq utk respon… skrg ni si pehutang tu x bekerja tp ada keta dh tertunggak lama… skrg ni pihak bank dh cari… adakah boleh kalau saya bawa masalah sya ini ke akpk utk penjadualan semula..
kalau kereta, kena terus ke bank. Sebab AKPK cuma letak status kereta tu bawah pemantauan AKPK tapi pembayaran masih ke bank kan? so boleh la terus ke bank dimana kereta tu dibiayai dan berbincang dengan pegawai berkaitan.
Salam..Setahu sy..klu g akpk…walau kita dh abis utang means dh clear…nama masih ade di akpk…dan x boleh buat apa2 loan pun….boleh terangkn
wasalam… memang lepas dah habis hutang nama masih ada dalam akpk, tapi rasanya ada cooling period kot selama 6 bulan. Selepas 6 bulan dah clear balik.
ada beza antara akpk dan insolvensi, AKPK ni adalah tempat untuk kita repair komitment bulanan kita sehingga kita selesaikan semua hutang. Insolvensi pulak rasanya lebih berkait kepada kes kes muflis.
Salam en adzril,
Kalau kita ada hutang biasa dan belum habis bayar, boleh ke kita pergi ke AKPK utk kurangkan interest? Contoh ada kad kredit 2 keping dan 2 personal loan, dan satu loan kereta. Tapi masih dibayar cuma satu sahaja default (personal loan). Saya nak cuba kurangkan interest saja untuk kad kredit dan 1 lagi loan. Saya default pada satu personal loan tapi belum masuk blacklist, kerana mungkin hutang bawah rm 5k.
Lagi satu apa beza muflis dan bankrap?
Sekian, terima kasih.
wasalam cik embun… memang boleh je pegi akpk kalau mmg kita dah tak larat nak dengan komitment tu utk tujuan kurangkan bebanan.
beza muflis dengan bankrap ni, muflis ni melayu, Bankrupt is english… hehehe .. sama je tu..lain bahasa je.. kalau dalam mandarin disebut 破产者
Kalau mcm sy ni ccris mcm mana pulak? Boleh ke pergi ke AKPK ni? Hutang mmg x byk..dlm 3k lebih je…tp kerja pun x menentu….aeon credit ugut sy suruh byr 1k dlu..bru bleh proceed byr bulanan rm 100 tiap2 bulan
terpulang pada tuan sama ada nak pergi AKPK atau tak. sebab kalau belum terbeban elok bayar je macam biasa tak perlu ke AKPK.
Ape dokumen yg diperlukan bila pergi ke AKPK … n skrg ni otak sy dh buntu dgn hutang kad krdit.. personal loan…huhuhu..
seingat saya, masa saya pergi ke AKPK cuma bawak kad pengenalan.
Encik Aryl…mcm mane nak tambah pendapatan tu ye..
Whatsapp saya kat
0192061966Assalamualaikum Tuan..
Kalau komitmen bulan untuk bayar kesemua CC dan PL dalam total RM1600.. agak2 berapa boleh dikurangkan kalau join AKPK? Saya nk kurangkan monthly komitmen, kadang2 tak sampai hujung bulan dah tinggal RM300.. simpanan pun takda.. maklumlah, sorang jer bekerja dan isteri suri rumah..
boleh dapat dalam rm800 la camtu.. tapi ini anggaran saya je. apa2 pun AKPK akan buat yang paling rendah dan mampu untuk tuan bayar setiap bulan.
Aku sedang membayar AKPK sejak 4 tahun lepas dan akan berakhir hingga tahun ke 10. Sekarang 28% gaji bulanan untuk bayar AKPK. Masih menyewa rumah dan dah masuk 7 tahun dah bayar loan kereta. Terbaru PTPTN pulak menagih hutang dan nama aku dah disekat dalam sistem imigresen. Haha.. Mahalnya hidup di bumiMu ini ya tuhan.. :'((
layankan je bos.
Saya ada bayaran tertunggak sebyk RM2800 skrg pihak agensi suruh sya membuat pembayaran pada hari ini.. Saya xde duit sebanyak tu Dan akan ambil tindakan.. Bantu saya buntu sgt2
jangan panik sekiranya ada mana2 agensi mintak atau paksa buat bayaran dalam masa terdekat.. just relax fikirkan penyelesaian.. atur cuti dan pergi ke AKPK.
Slm en adzril macam sy penah buat personal loan dlu mse bkja.. Tpi skrg sy dh x bkja & x mampu nak baya balik htg to yg msh berbaki rm2400 je lagi kalau ikut lama dh trtgak hutang to lebih 5tahun la.. Baru2 nie ade owg cl no suami (sy pelik juga mcm mne dye dpt no suami) sbb htg to sy buat sblum kwen lg hehehe… Yg cl to mgkin debt colcter agknye sbb dye desak suruh bayar semua amount to sy ckp mana sy ade duit… Boleh cdg kan pada sy x ape harus sy buat serah diri pd bank @ boleh terus berurusan dgn AKPK ye? Debt clter mesti akn ggu lg
Wasalam. Debt collector akan terus call sampai bila2.
Mula2 serah dulu ke bank.
Pastu klu xleh setel baru ke Akpk.
salam..bro nak tnya ni…sya ada mslah hutng krdt kad..brjumlh 7k..da 5 bulan sya tk byar.stiap hri debt collector..call sya…tnya pyment bila nak jelas kan…bkn sya tk nak byar cuma skrg debt colector nak sya byar spruh dri jumlah hutng sya…memang sya tk mampu nak byar 3k lbih..dlm msa smingu ni…dia siap ckp…..dlm msa smingu ni klu sya tk dpt jlas kan pymant..dia nak tntut sman brjumlah 12 nak naik sya kat makamah….dia nak sita brang2 dlm rumh sya..mslah nya ble ka debt collector…sita brang2 dlm rmh sya..sya cuba bwa brunding…nak buat byran ansur tiap2 bulan..tpi dbt coletr nak sya byar 2k…dlm msa smingu ni..klu sya dpt byar 2k ni..bru dorang suh sya buat byran bulan2 500 tiap bulan…mslh skrg mmg sya tk dpt nak byar 2k…apa patut sya buat…tolg bro
Ugutan debt collector tu taktik dia nak suruh awak bayar je boss.. sbenarnya xde ape pun. Awak cakap je “ok, saya akan bayar dlm masa tdekat”. Stiap kali diorg call, cakap camtu. Memang ada debt collector yg biadab siap perli2 tapi buat rileks je. Join AKPK.. insya allah setel masalah. Tapi hutang perlu di bayar.
betul.
sama kes dengan saya… naik buntu… dibuatnya…. hampir² kemururungan… fikirkan mne nak cri duit cash bnyak tu nk byar…
Nak Tanya kalau dah masuk akpk kan hutang card credit still Ada interest ye
Nak share yer,,mana tau ada kwn2 yg same case ngn sy.
Sy dh attend temujanji ngn kaunselor jumaat lps, 7 oktober 2016 utk review kes PL mbsb al waslah sy (personal loan yg 20 thn, after 5 yrs byrn naik smpai thn ke 20)
Potongan PL mbsb sy ni melalui potongan Angkasa
Jd, kaunselor bgtau akpk dlm kes sy ni hy sbg org tgh utk mbuat rundingan semula kpd mbsb..makanya akpk hantar permohonan utk lanjutkan semula tempoh byr balik sy yg berbaki 15 thn kpd 20 thn semula.
Byrn dikurangkan dr rm1655 sbln kpd rm1240( byk gak kurangnye wLopun thn bertambah)
Tp pengurangan ni bergantung pd kelulusan pihak mbsb.kalo dorang setuju,jadi dlm tempoh 3 bln atau lebih,, potongan baru iaitu rm1240 akn dibuat melalui potongan angkasa dr payslip jugak.
Jadi mmg x de urusan ngn akpk lagi pasni. Cuma kene tggu kelulusan/ penolakan dr mbsb (tp doa2kan mbsb approve ye utk sy)
1 yg kaunselor akpk bgtau,urusan ngn mbsb ni mmg ambik masa.tp bertabahlah wahai hati,, mudahan lps ni dpermudahkan segalanya?
Harap2 pasni x dela nk gali tutup lobang lagi
saya doakan semoga tuan/puan berjaya. dan mendapat kelapangan dari segi kewangan dan rezeki.
Nak tanyalah betul ke akpk dapat tolong untuk maintain potongan mbsb waslah supaya potongan tak naik pada tahun ke 6?
Nak tanyalah betul ke akpk dapat tolong untuk maintain potongan mbsb waslah supaya potongan tak naik pada tahun ke 6?
-kalo kes saya di atas ni,, sy dah mula dipotong melalui Angkasa (Payslip) mulai bulan 9/2016 (tamat tempoh 5 tahun tu Waslah). tu yg bile tengok sempit sgt sy trs pegi AKPK, then isi Borang on9 kat situ jugak, lps tu sy set temujanji ngn kaunselor, semasa temujanji tu, kaunselor kira2 balik saya boleh restructure hutang tu dari RM1,800+ byr sebln ke RM1240 sebln.. cuma tempoh byr balik tu dipanjangkan semula kpd 20 tahun. inshaAllah, saya dah kol MBSB minggu lps, dorang bgtau bulan Disember 2016 baru start potongan RM1240.00 tu. ikutkan kata pegawai tu,mmg MBSB akan follow advise n calculation oleh AKPK. Syukur ya Allah, AKPK sbg pengantara utk bantu saya keluar dari masalah hutang ni.byk gak boleh save.. dlm RM600+ gtu.
Sy ada masalah yg sama dgn tuan/puan..just nak tanya..selepas bayaran tu distruktur semula..adakah nama kita masih dalam akpk sehingga loan tu selesai?sbb bayaran tolak gaji kan?
selagi kita bayar ke akpk maksudnya kita berada dlm program AKPK. dan nama kita mmg ada special tag kat bank kalau tak silap… special tag tu mungkin UNDER AKPK.
kalau dulu bayaran adalah sendiri. Tak tau pulak sekarang ni.
AKPK boleh bantu kerana MBSB termasuk dalam list AKPK. Masalah saya sama dengan saudara tapi saya masih berpikir samada nak ke AKPK.
Assalam encik.. tumpang tanya.. kalau kita nak pergi akpk perlu byk statement2 ke…
Wasalam.. nak ke akpk cuma perlu bawak kad pengenalan je. Tak perlu bawak dokumen.
Ok noted.. sekiranya kan saya dah dlm program akpk ni.. business loan sy bole buat lg ke.. sbb sy de syarikat kecil2..
Rasanya boleh kalau sdn bhd. Tapi kalau enterprise no komen.
Kalau kita dalam pantauan akpk.. kita bole g ke luar negara tak
Ye boleh. Jadi yang ada masalah dengan pembayaran ptptn boleh la cepat2 ke akpk.
Assalam encik. Sy nak minta pendapat bole? Sy ada 2 kad kredit dengan 5 personal loan.. sekarang sy berbelah bg samada nak apply akpk ke tidak.
sekilas saya baca mmg saya cadangkan untuk terus ke akpk la. tapi kalau cikpuan masih boleh menanggung komitment tu, tak pergi pun takpe.
En Aryl klu potongan slip gaji sya dah mencecah 80% dan kesemua 80% adalah pinjaman peribadi dgn 4 koperasi ,mbsb dan bank rakyat akpk blh bantu sya ke…
ye cikpuan.. boleh ke akpk atau boleh daftar akpk online. InysAllah membantu.
salam boleh tolong jelaskan mcamana nk selesaiakan hutang…lepas selesaikan hutang gaji saya akan besar..dan saya boleh buat pinjaman semula..hidup saya tersempit.perjelasan mohon email.. fahkruden@gmail.com
kalau ikut prosedur biasa, cara nak selesaikan hutang adalah dengan bayar hutang tu setiap bulan mengikut tempoh yang ditetapkan. kalau nak lagi cepat, kena bayar lebih la tuan.
ingin mencari jalan penlesaian jalan hutang..
Encik.. andai kata esok sy g akpk.. terus mohon.. nanti ada seisi kaunseling ke.. nak approve amik masa seminggu kan
kalau walk in, mmg terus ada sesi kaunseling.
hutang potong melalui payslip tak boleh guna akpk lah….mrk tak layan, sebab dah potong dlm payslip, kereta dan rumah akpk pun x tolong, more to credit card….hutang kereta dan rumah jumpa direct ke bank berkenaan, runding direct ke bank berkenaan. join akpk kena register nama, pastu buat temujanji…sesi kaunseling, lepas join akpk….akpk ada pro and con, kalau dah buntu sangat, lebih baik join akpk
salam tuan.. nak jumpa kaunselor kena bawak dokumen penyata statement pinjaman bank ke? sebab saya request dgn bank, kebanyakan bagitau tak perlu.. ke mcm mana tuan?
Bawak diri je. Tak perlu bawak penyata hutang. Ic perlu la bawak.
terima kasih tuan kerana sudi menjawab.. 🙂
perlu bawak dokumen katanya. masa saya dulu tak perlu.
Please bring the following documents during counselling session:
1. The latest Central Credit Reference Information Report (CCRIS) – This report is available at all our branches.
2. NRIC photocopy
3. Latest Salary Slip (3 month)/ Evidence of Income
4. Employee Provident Fund (EPF) statement
5. Legal proceedings documents (if any)
6. Latest Income Tax Statements (if any)
7. Latest Credit Cards/Loans Statements.
Doakan Moga urusan di permudahkan ..
untuk mbsb walaupun potong melalui payslip, AKPK anggap special case
Hari selasa depan saya akan ke AKPK Maju Junction Mall..
You have successfully booked an appointment with our counsellor. Details of your session as follows
Date: 25thOktober 2016
Time: 9:30am to 10:30am
Venue: Level 8 Maju Junction Mall,
1001 Jalan Sultan Ismail,
50250 Kuala Lumpur,
Kuala Lumpur
Please bring the following documents during counselling session:
1. The latest Central Credit Reference Information Report (CCRIS) – This report is available at all our branches.
2. NRIC photocopy
3. Latest Salary Slip (3 month)/ Evidence of Income
4. Employee Provident Fund (EPF) statement
5. Legal proceedings documents (if any)
6. Latest Income Tax Statements (if any)
7. Latest Credit Cards/Loans Statements.
Doakan Moga urusan di permudahkan ..
utk statement kredit kad/loan..saya dah request dgn bank..cuma ada setengah bank saja yg bagi. lain2 bank cakap kami sendiri yg akan bagi dkt akpk apabila diminta.. mcm mana ye?
Saya baru je ke akpk tadi..tak perlukan statement dr bank tu sebab akpk dah ada access ke semua bank tu..siap boleh tengok berapa amoun disburse ngan interest semua..cuma jadi problem kalo ad bank yg tak update details pembyrn dlm sistem..mcm sy tadi..9 bank..ad 2 bank pegawai akpk suruh sy kol mnta dorg update..alliance n mbf..
lepas dpt penjelasan dpd pegawai akpk..
1- jika korang terlupa outstanding balance tak perlu risau. just key in jer amaun yg korang agak2 pinjam dulu. nanti akpk akan hntar ke bank untuk revert semula maklumat pinjaman korang yg betul. yang penting nama bank, dan nombor akaun kena betul.aku punya hutang tertunggak 3 tahun. memang tak ingat apa dah..hahaha
2- statement pinjaman/kredit kad tak perlu ada pun takpe.
Terima kasih atas perkongsian ni.
salam..tn, saya nak tanya dn share skit la.. sya slh seorang yg mengikuti program akpk ni sejak april 2012.. saya ada personal loan d Public bank sebanyak 64k dan baki loan kreta yg d lelong sebanyak 12.5k..saya ikut akpk setelah saya berhenti kerja..pd mulanya saya byr personal loan sebanyak 540 sbulan.. selama 20 tahun.. bila ikut akpk, penjadualan tersebut d ubah kpd 2 tahn pertama sebanyak 400..2 tahun berikutnya 600, dan seterusnya 840 sebulan sehingga selesai..sekarang saya telah dapat kerja gov balik… so, soalan saya adalah,
1. boleh ke saya buat pinjaman perumahan gov (LPPSA)?
2. berdasarkan jadual d beri oleh akpk saya kena selesaikan hutang tu sehingga selesai..die tak letak sehingga 10 tahun..sebab sebelum ni, saya d pahamkan program akpk ni cuma utk 10 tahun sahaja..bila saya tanya bank, diaorg cakap sehingga selesai hutang..tapi bila saya tanya akpk diorg cakap tak..saya kena byr 10 sahaja..sepertimana yg sudah dipersetujui..tp kenapa bank cakap lain?..itu yang jadi kemusykilan sayA.
3. Jika saya terminatekan program dgn akpk ni.. adakah saya boleh buat loan lagi selepas ni..saya dah 5 tahun ikut program ni,
mohon pencerahan tuan..
1. maaf tuan, yang tu saya kurang pasti, mungkin boleh hubungi pihak akpk utk kepastian.tapi saya boleh je buat loan rumah (loan gomen) selepas keluar dari AKPK. akpk ni bukanlah menghukum kita, tapi membantu kita,
2. rasanya maksud bank adalah kena selesaikan hutang with or without akpk. macam saya la, walaupun dah terkeluar dari akpk tetap jugak saya bayar sampai habis.
3. rasanya kalau rekod cantik dah boleh. sebab saya pun mmg dapat buat loan rumah selepas terminate dari program akpk.bukan loan rumah je. personal loan pun saya buat.
Salam..kalau pinjaman dgn mara akpk boleh tolong ke?
boleh tuan selagi ianya tiada dalam payslip.
salam tuan…sy nk kepastian sblm jumpa akpk..boleh ke akpk berbincng dg mbsb untuk mgurgkn jumlah full sttelment pjmn peribadi..sbb sy ada duit slps jual rumah n tanah tp blm ckup untuk langsaikan baki keseluruhan..htg rase2 lg rm115k..kalu dpt dlm rm95k blh lgsaikan cantik..kira2 dh byr hampir 6 thn rm989 sbln..tq tuan
kalau mengikut pengetahuan saya, akpk cuma tolong buat bayaran rendah je… tapi boleh bincang la ngan akpk..sbb akpk mmg akan tolong.
Emcik nak tanya kalau mbsb memang akpk dapat tolong ke???sebab saya bulan 9 tahun depan akan mula tolak…boleh walk in terus ke akpk tanpa appointment???
Kena call dan buat appointment dulu.
sekarang semua kena appointment dulu.. kena isi form dulu di laman web ni http://customer.akpk.org.my .
sy pun kes mbsb,, dah lulus pun utk pengurangan. tp sy jumpa AKPK time dah stat potong sebulan utk amaun baru tu
Adakah betul akpk dapat tolong untuk kecilkan potongan bulanan mbsb yg akan meningkat tahun depan sebab masalah mbsb waslah???
Rasanya boleh tu.
mbsb kalo belom potong amaun baru sy x pasti,, cuma nk share, kalo yg mmg dh start potong,, mmg boleh dikurangkan tp tempoh masa bayar dipanjangkan (refer kes sayala), utk potongan melalui Angkasa (AKPK bgtau MBSB dorang anggap special kes utk Waslah ni)
assalamualaikum tuan..nama sy ada dlm senarai ccris sebab ada tunggakan ptptn..boleh ke akpk tlg?
boleh
Bileh lah. Aku dah buat.?
Cerita kita hampir sama. Hahaha. Aku tgh pikir mcm mana nk settle semua hutang dan bebas dr akpk. Sbb nk beli rumah. Harga rumah makin mahal. ada fb x bro. boleh share pengalaman
ada je. cari Aryl Myzn.
Alhamdulillah.. saya berjaya diterima menyertai program AKPK Khamis lalu. Dengan installment bulanan yg baru serendah RM 570. Dulu sebelum jumpa AKPK kena bayar bulan2 dekat 9 buah bank = RM 1850.
Gaji saya cuma RM 2200 je.. serius memang senak setiap bulan. bayangkan.
Apapun terima kasih saya ucapkan pada tuan Aryl yg sudi berkongsi pengalaman ke AKPK..kalau tak jumpa blog ni, sure sampai sekarang saya masih berdegil ke akpk. hehehe..
so sesiapa yg buntu sesangat dah kena kejar debt collector tu..pegilah cepat2 jumpa AKPK. Asalkan korang tak berstatus BANKRAP lagi.
ok jap nak nangis nih…. huhuhuhu.. tahniah.
hehe.. elok tuan nangis je..haha tq tuan
boleh.. minta AKPK restructure selama 15 tahun utk PTPTN. tapi kena ingat la lepas ni dah tak blh buat apa2 loan.kena settle clear semua dulu, baru boleh apply..
a ah… ala kalau dah tersepit, takyah pegi akpk pun mmg tak boleh buat loan.
Assalam abg aryl myzn,
AlHamdulilah so far akpk mmg byk bantu…
Kita dah habis byr utk satu hutang so tggl 3 lagi so bln dpn kita nak bayar lagi 2 lagi…hehehe…
Lps ni clear lah smuaaa AlHamdulilah
Nama sy under akpk since end 2013?
Happy sgt2.siapa2 yg rasa byk sgt hutang sy mmg rekemen sgt register nama anda di akpk…lps tu byr je smua hutang2 tu one by one? Sy sgt2 bersyukur…
Lps nama clear skali pun jgn harap sy apply credit card…no more?
wasalam Shesays Myra.. baguslah.. say no to card credit. tapi saya ada gak guna kad kredit skrg ni. sebab rajin tgk wayang. kalau guna kad kredit tu dapat diskaun. Tapi disiplin kena tinggi la.
sblm guna kad kredit, kena pastikan kita mmg ada cash. lepas guna terus bayar. perlukan disiplin yang tinggi. setakat ni dah 2 tahun alhamdulillah, kad kredit clean. swipe dan terus bayar balik.
Sebab sy ni perempuan yg seali gunakan kesempatan atas emosi yg tak berapa nak stabil??? Hahaha so sy rasa mmg sy pangkah credit card…
Actually kan,bff sy pun sependapat. dia pun settle dah habis hutang dia tau…sebab akpk byk bantu dia kata.
Sy just nak share pengalaman?
Tapi buangkan ego…pegi je akpk??
Alhamdulillah lps sy baca blog en aryl terus jd confident nak serah diri di AKPK.sebelum ni nak pergi tp rasa was2 takut nama akan busuk selamanya.tp dari coretan en aryl nama blh clear after 6 mnth kita settle dgn AKPK, tu jadi lebih semangat nak ke sana.
Hutang sy dari 1100 (utk 4 bank. 3 PL, 1 CC) sebulan dpt krg 250 utk tempoh 2 thn pertama.thn ke 3 smpai 8 thn akan jd 400 je. Dulu tido mlm x lena duk pk hutang je.siang plak hp xpenah sunyi dgn call dr debt collector. Tp skrg bersyukur sgt dah dpt sinar bahagia sbb bank pun dah x kacau. Tp mcm mana pun masih usaha nak cri duit lebih utk stlekan hutang2 ni awl dr masa sepatutnya.
Bagi yg teragak2 nk join tu pk la kalau mmg dah xde jln tu baik serah diri. Hidup pun lbh tenang dan ada sinar. Hehe
ye.. menyerahlah sekarang.. takyah la tunggu2. makin tunggu makin stress.. bukan leh buat apa pun kalau tunggu tu.
Bagi yang dah terdesak tu pergi la ke akpk sebelum kena saman. Serius boleh senyum lebar lepas tu.
Saya dah register akpk minggu lepas. Syukur hilang tension. Sebelum ni debt collector asyik.. sehari sampai belasan kali call.. suruh bayar hutang. Ada sekali orang tu call kata dari mahkamah tinggi kl.. ada yamg mengaku peguam .. nak saman. Nak bagi salinan surat saman dengan majikan..tapi yg call tu..call guna no handphone.. Bila pegi kaunseling akpk baru tau yang peguam dan makhamah tak akan call customer.. yang call tu semuanya debt collector.. dan selepas buat bayaran yang pertama.. kepala rasa ringan.. bangun pagi dah boleh senyum. Otak pun tak pikir pasal masalah hutang sepanjang masa. Hidup lebih bermakna (ye ye je).. kalu dulu bayar 3 kad dekat2 2k sebulan. Sekarang dalam rm400 je sebulan. Tapi tak boleh buat loan selagi tak setel semua hutang tu.. tapi aku rak kesah..sebab memang dah black list pun. Sebelum bankruptcy l3bih baik serah diri dengan akpk. Lagipun rumah dan kereta semua dah ada. Aduhai lapangnya fikiran. Nasihat saya bagi yang dah tak mampu nak bayar hutang bulan2 tu, pegi la ke akpk sebelum terlbat. Perkhidmatan akpk adalah percuma. Cuma perlu bawa salinan ic.Statement hutang..rekod ccris (print kat bank negara).. penyata angkasa (jika ada).. dan payslip 3 bulan.. nanti kaunselor tu akan buat pengiraan untuk jumlah yang kita patut bayar bulan2..lepas tu buat bayaran pertama..tu semua kaunselor tu akan bagitau.. yang penting pegi ke akpk dulu sebelum terlambat. Jangan risau mereka sangat friendly…
hehehe kan… bangun tido senyum je..
Satu lagi. SELEPAS ENROLLED DMP DAN BUAT BAYARAN DENGAN AKPK.. Jika ada sapa2 call selepas tu jika ada sapa2 call mengatakan mereka dari mahkamah atau peguam bank, kata ada surat mahkamah (saman). Tu semua tipu. biasanya yang mengaku dari mahkamah tu akan kata ada surat saman.. bila ditanya saman apa.. dia jawab "maaf encik saya tak bileh buka surat ni".. kemudian dia minta kita amik no "peguam" (call peguam) kononya untuk bincang pasal bayaran /tunggakan hutang dengan bank (disitu dia kantoi)..tadi kata tak tau saman apa.. tetiba pula boleh tau yg tu ialah surat saman dri bank. Peguam atau mahkamah tak akan call customr. Lebih2 lagi jika call guna hp dan pas tu kata nak hantar salinan surat saman kat majikan (tektik mengertak). mereka ni ialah debt collector yg kejar komisyen.. saya dah kena (semasa dalam program akpk). Tapi saya terus hubungi pihak bank. Dan pihak bank kata acc saya telah pun diserahkan kepada program akpk sepenuhnya dan debt collector mungkin belum tau kot sebab baru berbrapa hari buat 1st payment dengan akpk.. saya tak puas hati dan terus call akpk.. akpk kata payment saya berjaya dan mereka yg call tu ialah debt collector.. pihak mahkamah atau peguam tak akan call costmr.. apa2pun terima kasih en aryl. Lepas dapat maklumat dri blok saudara saya tak tunggu lama dan terus ke akpk. Saya tak kesah tak dapat buat loan selagi komitmen dengan akpk ni tak setel..sebab dah memang black list pun. Lagi teruk kalau bankrup. Jadi sebelum masalah menjadi lebih serius ..AKPK ialah jalan penyelesaian terbaik (selain setel terus hutang) – hutang tetap kena bayar/jika tersalah sila perbetulkan.
As salam Semua . Saya pekerja swasta. Pengalaman saya ke AKPK pada 25 oktober 2016 . Saya ade 3 loan peribadi dari 3 buah bank ( 2 loan potong gaji dan satu lagi bayar ke bank) . Pada masa sama , Saya juga ada masalah bayar PTPTN . Setelah berjumpa dengan kaunselor , hanya loan yang bayar ke bank dan PTPTN sahaja yang AKPK pilih . Loan peribadi yang potong gaji tak dapat AKPK bantu . Saya sebenarnya mengharapkan Ketiga2 loan peribadi dapat di jadualkan semula pembayarannya , tetapi sayang hanya satu je yg lepas . Tambah sedih bila pembayaran PTPTN bertambah jumlah bulanan . Kalau sebelum ni , bayar PTPTN sebulan rm 200 , selepas ke AKPK kene bayar rm 220. Rumusannya , bagi mereka yang ade pinjaman potongan gaji , tak perlu ke AKPK kerana AKPK tak dapat tolong .
kes saya aritu bank rakyat. saya dah berhenti kerja dan kerja tempat lain. jadi kiranya bank rakyat takde la dalam senarai potongan gaji saya kat tempat kerja baru.
Ketiga2 loan cik tu tolak gaji direct ker..sbb 1 jer lps..ker yg lps tu xtolak terus dr gaji..newbie bertya..
Maknanya pinjaman melalui biro angkasa xlayak mohon? Cth bank rakyat @ agrobank
Nak tanya kalau kita ade loan kereta tak bayar. Kete kena tarik tapi bank takde hantar pape surat mahkamah atau ape.mcm mane ye?
tu maksudnya orang yang tarik kereta tak dapat pun permission dari bank atau RO untuk tarik kereta encik.
better contact bank terus tanya kenapa..
* loan kereta & rumah tak blh masuk akpk
Saya dah enrolled DMP akpk bagi berberapa kad kredit dan ptptn. Jumlah semuanya dalam 42k. Melalui program akpk ni. Saya kena bayar 450 selama 9 tahun. Terbaik akpk.
terbaik. tapi masih ada yang momokkan orang ramai supaya jangan ke akpk. pelik betul. macam la dia pernah ke akpk kannnn…
tahniah!
Saya bekerja kerajaan selama 5 tahun, saya ada pinjaman bank rakyat utk 10 tahun, dah bayar 3 tahun. Potonngan melalui biro angkasa. Saya dah hantar nnotis berhenti kerja berkuatkuasa 30/11/2016. Maknanya bulan ni last saya bekerja. Dan akan bekerja sendiri. Pagi tadi ada nombor yg saya tak kenal call, saya rasa dari biro angkasa. Tapi saya tak sempat nak angkat. Saya cuma nak tanya, boleh ke saya bayar sendiri bulan bulan macam yg kena tolak kat payslip tu kat cdm bank rakyat. Jumlah bayaran tetap sama atau lebih tinggi. Kan dah berhenti gomen.. Interest rate ikut org keje swasta ke.
Klau kita ade hutang kad kredit dan surat mahkamah dah keluar bleh mohon lg ke akpk ni?
assamalualaikum saya ini bru lepas buat appointment semalam dengan akpk tapi debt collector tetap suruh saya bayar rm2ooo hari ini untuk elak judgement..adakah saya patut bayar dahulu atau biarkan sahaja
Hai jika sebarang petanyaan pasal akpk boleh call sy -0122377709.tq
sy ade ke AKPK dan tarikh Temujanji 29 Nov nnti. rasa gementar mulanya tp selepas baca komen2 dan pencerahan dalam blog ni harap2 ade sinar menanti sy bila berhadapan dgn AKPK nnti….
salam abg aryl kalau hutang aeon cridit dgn cort mamot akpk boleh tolong ke? hari2 call ofis suruh bayar penuh
Seriously, aku benci hutang. Hutang buat aku hidup tak puas. sekarang aku tengah bayar hutang dengan akpk sampai habis dan aku akan terus menabung walau 10 hinggit sebulan. janji kat akaun mesti ada duit. allah sayang kita. aminn.
salam TT..sy terlewat bayar bulanan akpk.sy byr pd 1hb tidak seperti yg ditetapkan iaitu sebelum@pada 30hb. adakah akan trbatal akpk sy?..risau sy dibuatnya
salam, saya just nak share info kpd sesiapa yg tengah nak apply dan sedang siapkan dokumen…(pengalaman sendiri)…bagi sesiapa yg tidak bekerja mmg susah tuk apply dmp sebab APPK perlukan lebihan pendapatan (untuk susun balik hutang2)…sesiapa yg bekerja sendiri (spt berniaga sendiri) lebih baik bawa surat akuan sumpah..di dlmnya state kanlah…nama sykt, alamat sykt, no license selain pengesahan sumber pendapan tu ya… manakala, bagi sesiapa yg bekerja dgn orang (cth pembantu kedai makanan tepi jalan-yg tak ada slip gaji…APPK masih mahukan bukti 3 bulan..so, minta sahaja bos anda open Salary Voucher..yg penting ada cop peniaga tu…)sorry lah kalau tulisan ni tak terang sangat..again, saya ni pun tgh apply dan buat kesilapan dokumen di atas…sy just nak share je…harap mbantu:-)
terima kasih perkongsiannya ye.
Saya dah buat appointment ngan Akpk utk 15/12 ni.. but pening and stress sbb baru je dapat called dr debtor.. ugut2 bagai nak dtg office klu still bayar gak ari ni..
Alaaa biasalah tu. Dia dtg opis pun nak buat apa? Paling2 hantar sapina je tu.
Salam semua, nasihat saya kepada mereka yg menghadapi kemungkinan dibuang kerja..cepat2lah apply AKPK sementara ada slip gaji tu (AKPK nak 3 bulan slip)…sekurang2nya kalau kerja baru tu nanti gajinya lebih kecik..tn2 akan masih mampu bayar loan2 tu…bagi kes yg bekerja sendiri/berniaga pun boleh mohon, cuma kena buat Akuan Sumpah
Salam..sya nak tnya..boleh ke apply akpk ni klu dah dpt surat saman mahkahmah yp sya xpi pun..sya xkeja hmpir 9 bulan sbb abis cntract..sya ada 2 personal loan yg nak abis dah 2017 dlm angran xsmpai 30k..1 aeon crdt yg abis 2020 dlm rm20k..dan 3 cc rm14k..boleh ke sya apply ye..skrg deb collector dah kcau family sya..
pergi je.. tak perlu takut apa pun.
Salam. Sy ada masalah utk langsaikan hutang kad kredit. So sy patut call bank dulu or terus ke akpk?
terus ke akpk. bank takkan suka dengar nama AKPK.
Tu la..kna pi jg..smua loan dah pi ke debt collector..smua dah call2..rsau jg..huhu..harap2 la dpt AKPK bantu..tqqq ya..
Debt collector pun x suka nama akpk.
.salam admin…sy ada masalah personal loan..nilai pinjaman yg sy buat 30k dgn bank rakyat.itu sahaja hutang yg merunsingkan kpala sy slama nih..panggilan bertalu2 dr pihak bank n lawyer(runner).sy jd buntu..xtahu mana hala tuju utk dirujuk.sy mohon pencerahan admin bagi msalah yg sy hadapi nie..sy blom lg diisyhtiharkn bankrup..tp ugutan dr pihak2 yg menelefon sy ade menyatakan yg sy akn diisyhtihar bankrup jika tidak menjelaskan bayaran pinjaman..mohon bantuan dan jalan…???
keep calm and call akpk. jgn citer pasal akpk kat bank atau debt collector. baca artikel terbaru saya.
Perghh.. Memang dah lama aku mencari info pasal AKPK ini. Thanks bro share experience. 🙂
welkam bro.
dengar dari coretan tuan2x mcm best je (indah)
haha. tak pasti nak serah ke tak
rekod CCRISS masih cantik tak penah lebih 1 seumur hidup
minimum c.card tak penah miss 5% seumur hidup
tapi komitment skang
P.loan BankA : RM1450 sebulan selama 10thn
P.loan BankB : RM533 sebulan selama 25tahun
P.loan BankC : RM715 sebulan selama 5tahun
Kredit card
RM1500++ sebulan (5% minimum payment)
sekarang usage 80% dari 100%
jumlah kredit card : 5 keping
jumlah limit : Rm42,000
lain2x
Kereta : RM784 sebulan selama 9tahun
boleh tahan tinggi jugak ni. tapi kalau income bulanan 10k, ok jer ni.
Assalam…
Dik nk tanya akk pun terjebak ngan htg yg menggunung…x mmpu byr hgga rmh hmpr dilelong..skrg sy jual rmh tp mkn ms sbb jual pd non bumi. Interest rmh dg mkn byk dr 600 sbln skrg kena byr 1k lbh sbln. Gaji tggl 2000 blm tolak loan rmh. Suami x kje sbb mslh kesihatan n lg sekali bermasalah nk byr loan rmh…nk tolak kredit kad lg. Sy ada 2 kad kredit 1 sy tolak dr bank 1 lg x terbyr….klo gi akpk buleh ke diorg tlg krgkan interest loan rmh yg dinaikkan oleh bank. Boleh msj or wasap akk di 0182838939…
Sapa2 yg boleh bg part time utk akk buat kt rmh pn boleh hubungi akk
kalau hutang dengan kolej boleh? tak tahan debt collector ni asyik kacau
boleh insyaAllah.
nak tanya kalau isi borang akpk tu … dia mintak isi kat 'KIN' adakah orang tu di jadikan sebagai penjamin ?
yang tu kena tanya pihak akpk. no tel seperti yang dalam artikel tu.
nak tanya..kalau ada tunggakan ptptn kena settlekan dulu ke sebelum apply akpk?
sy tak pasti plak.
en aryl,en apply loan rumah selepas keluar akpk berapa bulan?saya dh setel akpk tapi ada bank yang tak update dalam ccris.saya terpaksa kejar bank pulak suruh buang rekod akpk dalam ccris.ingat nak apply loan lepas dua bulan setel akpk.bole ke?
lebih kurang setahun baru sy apply kalau tak silap.
Saya ad hutang credit card dlm RM1900..perlu ker sy ke AKPK untuk setelkn..duit xder nk bayar semua..da buat restructure dgn bank..mtk kurang lagi bayaran..tapi bank tak boleh bagi amount yg sy mintak..bank suh pegi akpk tuk dapatkn rate bulanan yg sy mampu bayr..mtk pendapat..
perlu.
saya masih ada baki hutang dgn MBSB sebanyakrm200k…..bulanan rm1700 selama 20 tahun….masa pinjam saya takfikir…skang menyesal dengan komitemen rm1700 sebulan….agak2 AKPK boleh menyelesaikan masalah saya ni tak?…dapat kecikkan bulanan pun jadi la…rasa mcm kerugian pulak
Bro..kalu utang motor dgn aeon akpk boleh tlg ke??dah lama dah utang ni..dlm 8 tahun saya tidak bayar…boleh ke akpk selesai kn hutang sy dgn aeon credit??
boleh tu angah. asalkan masih ada nombor akaun tu kat aeon.
Assalam..kalau hutang dgn PTPTN boleh buat gak ke?
boleh cuba.
Saya dah buat 1st instalment bulan lepas.. tp masalah skrg ni, saya baru terima surat dr lawyer. Suruh hadir ke mahkamah minggu depan.. pening..
Xpe, pegi je. Xde effect pun.
Banyak ilmu yang saya dapat… saya juga akan pergi ke AKPK…. Cuba untuk buat pinjaman melalui agen bank kononnya nak tutup hutang sedia ada…rupanya, create another problem… duit dah kuar rm10k (baik guna utk byr hutang lain) byr agen utk mcm2 fee kononnya… sudahnya, duit pinjaman x dpt… saya pula diugut utk dimalukan sbb x dpt nak sediakan senarai peminjam utk dia org (sbb saya keje di bank)…. pada mereka2 yg dah ada masalah especially komitmen tinggi, better pegi AKPK. Betul en azril ckp, byr tetap kena byr… Moga Allah bantu kita yg berniat utk selesaikan hutang… Doakan saya juga supaya kes ugutan saya ni dapat diselesaikan segera….
"You are God in human form. Claim your right. Be what you want to be. Live the life u want to live. You have the power " – Rayzen Iskandar"
Assalamualaikum Tuan, Mohon Tolong buang quote diatas ini Tuan. Ini pernyataan salah bahkan mungkin syirik. Dosa yang Tuhan tak ampunkan kita ini bukan "God in Human Form". Kita ini hanyalah hamba Allah. Kita tiada kuasa/ we have no power, hanya Allah yang ada kuasa. Kita berusaha dan berdoa semoga Allah menolong kita.
Salam.. selepas terbaca blog ni mngenai akpk.. tetiba saya mcm dah terjumpa sinar cahaya… hari ni kmuncaknya ..saya trima ugutan pihak wakil bnk rhb nk sita rumah lah.. pening..
Assalam semua.,sye nak tanye.,camane nak cek klu nama dah di blacklist oleh insolvensi? sye baru bace tentang pengalaman en.adzril ni dan bercadang nak pegi akpk berkenaan hutang rumah terbengkalai.,bank asek mintak duit je nih.,huhu.,
boleh hubungi pihak akpk untuk keterangan lanjut.
As salam Saudara Adzril dan juga yang lain.
Terima kasih kpd sdr Adzril kerana dgn blog saudara berkenaan dengan AKPK telah membuka mata saya utk melangkah ke AKPK sendiri.Sy seperti teman2 yg lain mempunyai masalah kewangan.Tetapi tidak banyak mana pun.Saya ada 2 kereta,1 motor yg masih berhutang,PTPTN dan 5 personal loan.Tetapi ke semua bayaran komitmen setiap bulan tidak pernah miss.Pendek kata bayaran bulanan semua cantek!!Tetapi penggunaan kredit kad Maybank saya yg berjumlah 10k buat sy hilang pertimbangan.Telah cuba utk re structure dgn pihak bank,malangnya permintaan sy di tolak.Nak jadikan cerita,13 Jan 2017 debt collector sendiri hubungi sy,16 dan 18 Jan 2017 datang ke pejabat sy memeras ugut sy supaya sy melunaskan hutang kredit kad sy.Jadi dengan segera sy mencari jalan apakah cara lagi utk sy selesaikan masalah sy ni.Pada 16 Jan 2017,sy membuat keputusan,tiada pilihan lalu sy daftar diri ke AKPK melalui online.Alhamdulillah,semuanya selesai.Dan 17 Jan 2017,sy hubungi pihak maybank untuk meminta Final Payment kredit kad sy,dan urusan sy dipermudahkan.Pada hari yg sama juga sy pergi ke AKPK KL untuk melihat CCRIS dan cetak sebagai dokumen yg diperlukan apabila menghadiri temujanji yg ditetapkan.Tanggal 20 Jan 2017,sy bersama isteri pergi menghadiri temujanji.Dokumen diperlukan semua lengkap tetapi personal details sy tidak lengkap semasa sy mengisi ruangan online tempohari.Tetapi pegawai disana mesra dan memberi tunjuk ajar kpd sy cara mengisi dan beliau sendiri membantu mengisi borang online berkenaan.Ingatkan nak re structure kredit kad maybank,tetapi syarat AKPK sendiri tidak benarkan.Nak tak nak kena re structure kesemua personal loan kecuali kereta,ASB dan personal loan melalui potongan gaji.Apabila semuanya lengkap,sy kena re appointment pada 26 Jan 2017.Dan alhamdulillah,hari ini 26 Jan 2017,segala urusan sy telah sempurna dan sy perlu membuat first payment kelak.Bayaran bulanan yg AKPK cadangkan kpd sy adalah sebanyak RM600!!untuk tempoh 10 tahun.Jauh dr apa yg sy bayar sebelum ini.Ini tidak mendatangkan masalah kpd sy dalam tempoh program berkenaan.Sy juga dinasihatkan supaya mencetak “Letter” setelah bayaran pertama dibuat untuk tujuan Unfreeze akaun Maybank saya dan juga PTPTN untuk urusan ke luar negara!!!Memang benar,AKPK membantu sesiapa yg terbeban dengan hutang,setiap masalah memang ada jalan penyelesaian.Nasihat sy,jangan takut untuk “Serah Diri” sebab pegawai-pegawai AKPK semua mesra layanan.Kini sy tidak perlu risau dan bimbang lagi dihubungi oleh bank atau debt collector.Boleh tidur lena tanpa memikirkan gangguan-gangguan berkenaan.Sy tekad di dalam tempoh program ini nanti,sy akan belajar disiplinkan diri mengenai penguran kewangan.Duit selebihnya boleh la menyimpan.Terima kasih sekali lagi buat sdr Adzril sekali lagi kerana memuat naik blog berkenaan AKPK ini,dan juga teman2 yg lain kerana berkongsi masalah,cara penyelesaian dan juga idea2 yg bernas.Wassalam.
sama2 tuan.. alhamdulillah…
kalau potongan gaji guna biro angkasa macamana
Salam bro aril saya ada personal loan dgn mbsb dan bank persatuan potongan angkasa adakah akpk boleh membantu
kalau dalam potongan angkasa mmg akpk tak boleh bantu.
Assalamualaikum..
Saya difahamkan apabila kita dh berdaftar dgn akpk, kesannya akaun bank kita akan disekat apabila setiapkali kita menerima gaji..maknanya bila kita dpt gaji..duit dlm akaun kita x blh nk di cashkan..betul ke?
Itu fahaman yg salah. Kalau tuan baca btul2 artikel sy ni, tuan akan paham. Akpk bkn along nak potong duit kita. Akpk hanya nak bantu. Semua bayaran adalah dari kita sendiri, maksudnya kalau kita btul2 nak dibantu at least kita kena tunjukkan komitment.
Salam.. Sy nak tye.. Jika sy sudah tertipu dgn syarikat pinjaman adakah boleh kita mntak pertolongan dri AKPK?
wasalam…. bantuan untuk merendahkan bayaran pinjaman boleh.. boleh saya tau bantuan camna yang reen reen maksudkan?
maaf saya nak tanya..lama ke proses perundingan antara kita & AKPK? sebab saya baca,ada yang sampai setahun
Kalau untuk pesara boleh tak serah diri ke akpk?
boleh.
Assalammualaikum aryl…. suami saya ada tunggakan MBSB.Dia buat pinjaman masa dia kerja dulu (itm, so under angkasa) tapi sekarang dia dah pencen so dia bayar direct to MBSB. sekarang ada tertunggak banyak lah jugak , almost 20k, masih boleh pergi ke AKPK ker???
boleh.
salam nak tanya…kalau hutang dengan MARA…akpk boleh bantu x?sebab kes sy lambat mohon pengurangan..pngurangan dpt 7k..tanpa pengurangan 35k tu..oh sungguh ku tak relaaa…
boleh..
Nak tya , sy ada loan rumah dgn MBSB yg tertunggak sbyk rm80k , tak bayar sebab rumah terbengkalai lebih 10thn .dah dapatkn surat kpkt yg kta project bermasalah. Minta rayuan dgn mbsb utk restructure loan.. tp tak diterima.sekarang nama di blacklist disebabkan loan ni. Boleh tak refer ke AKPK ?
untuk kes ni rasanya boleh.
Suka lahh baca gaya penulisan bangril..
Via: http://www.lalarahim.blogspot.com
thanks lala…. rindu la nak tgk lala berblogging balik.
SALAM, nak tanya kalau buat AKPK, mereka akan reschedule dari total hutang yg dibuat ke? atau yg balance utk di bayar?
balance.
Salam…klu pinjaman ptptn melalui potongan gaji, Akpk blh bntu stukturkan semula x? Loan mbsb melalui potongan angkasa akpk blh bantu x
yang dalam slip gaji AKPK takkan tolong.
Kalau mcm saya yang bekerja sendiri mcm mn. Sy da berhenti kerja setahun. Now buat bisnes kecilan
walaupun dah berhenti kerja kena jugak struktur balik. Tapi kalau tak nak ke AKPK boleh hubungi saya. OI92O6I966
kena bagi statement bank rasanya utk akpk justification income kita..
Akpk.
Pegawai kaunselor tidak banyak membantu . Tidak nasihat , tidak mencadang . Pernah kata 'if you dont have money , there is no point you datang sini..'
boleh hubungi saya. Saya boleh rekemen pakar kewangan untuk struktur dan nasihat kewangan supaya jadi ok balik.
OI92O6I966
Salam tuan, nak tanya kalau kita ke AKPK untuk tujuan struktur semula bayaran wife saya yg sebelum ni bekerja tapi dh jadi surirumah..dalam kes ni nak daftar AKPK atas nama saya ke namawife sbb cadangnya hutang dia sy nk bayarkan..tq
daftar atas nama wife.
Assalammualaikum en adzril saya nak tanya kalau kita ada tunggakan hutang aeon personal loan,kereta then pinjaman wang berlesen adakah boleh ke akpk…sbb saya hutang bawah 50k…saya buntu nak buat mana2 loan pon tak boleh…saya pon ada buat loan ngn cimb…tapi still bayar lagi…cme aeon jer tertunggak..saya pon da pening pk…:,(
digalakkan ke akpk.
saudara mempunyai loan sama ambank dibayar setiap bulan RM388 pada tahun pertama dan RM545 pada tahun kedua sehingga 15 tahun. dan selepas 12 tahun dikota hutang masuk RM 80,000. dan ini adalah disebabkan bank lupa
uruskan sistem dia yang tunjuk hanya RM388.00 dan rasa faedah tersebut sudah turn dan diteruskan bayar selama 12 tahun dan hutang makin lebih. Ambank sudah dapat keuntungan atas kecuaian pekerjanya. dan Bank negara hanya mengucapkan terima kasih atas bagi tahu, dan kata akan mengambil tendakan ke atas ambank tetapi tiada bagi tahu sesiapa, dan katanya hanya bank boleh menguruskan dengan pelanggan, dan padainya bank bagi nasihat supaya pergi AKPK. dan katanya tanpa blacklist. siapa boleh tolong sila huhungi kiewvvivian@yahoo.com
ini mmg kena pegi bank negara. bawak bukti sekali.
takpun pegi je report polis.
En adzril..
Saya nk tnya..selepas 2 bln tunggakan dmp akpk akn stopkan program kan .. ad peluang ke utk rayuan peluang kedua?
Kebetulan kes saya sama mcm encik.
N if xboleh buat rayuan bleh x en adzril share tips /cara en adzril brbincang dgn bank cara penyelesaian hutang yg masih berbaki? Mohon bantuan dan pencerahan.
Terima kasih ?
Tiada peluang kedua.
Sekiranya dah di tolak, anda kena terus kawtim sendiri dengan bank.
Tapi untuk susun balik kewangan tanpa campur tangan pihak bank, boleh hubungi saya OI92O6I966
Yang mengikuti program AKPK bolehkah keluar negeri
boleh je keluar negeri.. takde masalah.
Alhamdullilah..saya sertai AKPK bulan Feb 2017. jangan risau, yang penting kita mesti tabah dan ikhlas nak bayar hutang kita. AKPK adalah agensi kerajaan yang tolong kita structure balik semua hutang2 kita. AKPK hanyalah agent (service percuma) yang akan berurusan dng pihak bank. berikut adalah langkah2 yang saya buat:
1. Register account kat AKPK website (sila baca maklumat di website tersebut dengan teliti)
2. tentukan temujanji
3. berjumpa pegawai AKPK – pegawai akan check berapa hutang kita dan recommend bulanan yang paling mampu untuk kita bayar
4. balik umah dan tunggu AKPK email surat tawaran
5. Bayar AKPK melalui maybank
tu saja. lepas dah buat temujanji dengan AKPK (ambik masa dlm 2 minggu ke 4 minggu bergantung kes), kalau ada mana2 bank call mintak bayar tunggakan, cakap saja saya dah berjumpa dengan AKPK dan skg tungu AKPK bagi jawapan. tak perlu bayar pada bank. bayaran hanyalah lepas akpk kasi surat tawaran dan beritahu berapa kena bayar. bayaran hanya melalui akaun maybank.
apa yang saya pasti, jika dulu saya harus bayar banyak tempat, sekarang hanya bayar satu tempat saja dan jumlah ansuran yg lebih rendah (almost 50%) dari keseluruhan tunggakan. bayaran ansuran yg AKPK recommend adalah selama 10 tahun. setiap 2 tahun akan meningkat..insyallah boleh settle.
perhatian PENTING: jika ada mana2 individu atau agensi yang kata dia dari AKPK telefon dan offer untuk loan atau settle kan AKPK, sila jangan layan. AKPK tidak pernah melantik mana2 agent atau pegawai untuk call dan offer loan atau settle kan AKPK. sila berhati2.
sama2 kita lunaskan hutang. insya’allah, masih ada jalan.semoga kita semua dipermudahkan.Amin.
terima kasih tuan atas perkongsiannya.
Insaf setelah membaca kisah2 saudara semua. sy pon hampir2 blacklist disebabkan masalah pinjaman peribadi. alhamdulillah keluarga memberi dorongan untuk membantu dan sy kini boleh dikatakan lapang. so beringatlah sebelum berhutang. nak berhutang? ingatlah ayat dibawah.
Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya: “Berhati-hatilah kamu dalam berhutang, sesungguhnya hutang itu mendatangkan kerisauan di malam hari dan menyebabkan kehinaan di siang hari.
semoga hari dan hidup lebih baik dan mendapat barokah…
alhamdulillah tuan. bila nak berhutang tu memang rasa kita boleh bayar semua, tapi lepas berhutang, MasyaAllah…. tak boleh rupanya.
kalau kita dah serah diri ke AKPK, kita pun dah tak boleh buat loan TEKUN / AIM / MARA ke selagi hutang2 x habis ?
Ye, memang tak boleh.
sekarang saya ada banyak hutang x dapat nk bayar elok2.. sbb mslh kewangan yg sngt kritikal masa ni… kad kredit.. hutang perniagaan dan macam2 lagi… ada antaranya.. hutang rumah dah 4 bulan tertunggak.. sekarang saya masih duduk rumah tu lagi…
kalau saya serah diri dengan akpk… mcm mana dengan rumah tu…. nanti bank ambil ke ? atau mcmmana ?
rumah tetap kena bayar. Cuma bila dah ke AKPK semua akan disusun semua jadual pembayaran tu.
Kalau nak tau camna susun kewangan tanpa ke AKPK boleh hubungi saya di OI92O6I966
assalamualaikum tuan..
nak tanya..kalau AKPK bg kita satu tarikh bayar loan pada AKPK..tapi kita lewat bankinkan dalam 2 hari boleh ke
boleh kot. Saya tak pasti sistem dia. kalau dulu mmg manual. kalau lambat saya just email atau all AKPK dan bgtau lambat. So far time tu mmg diterima.
apa maksud Amount Disbursed
Boleh saya tau lps dari nama kena potong akpk sbb skip monthly tu jumlah monthly payment ke bank masih amaun sama ke jadi lain?
Balik kepada yg asal sebelum masuk akpk.
bro, nak tanye n harap bro bole reply..skrg sy dah join akpk akibat vss dr company lama..hampir setahun xkeje..after dpt keje..baru join akpk tu pon 1 personal loan je dgn bank…
soalan sy : outstanding bank dlm 34k+, kalau sy dgn sengaja delay payment akpk or buat mcm bro 2 bln xbaya..n sy akn terkeluar dr akpk kan?
boleh ke kalau loan sy tu direct baya pada bank je n settle semua tunggakan dulu? n dlm masa sama sy nak submit loan rumah..kalau ikutkan skrg ni dah xde masalah kewangan utk baya lebih..cuma xckup la kalau nk buat full settlement..
bro settle loan after keluar dr akpk tu amek masa berapa lama? n dlm tempoh tu ade cuba submit loan ngn bank lain x?even monthly payment ngn bank tu cun n ade sejarah akpk?
n tag “k” dr ccris tu hilang x after 2m xbaya ke akpk?
Genius jugak tu. Saya x bayar akpk 2 bulan kena tendang. Lepas tu dlm tempoh beberapa bulan (2 tahun kot) saya tak buat apa2 loan.
Dalam masa tu saya gagahkan bayar bulanan seperti normal kt bank. Ada jugak yg skip bayar sampailah 2 tahun selepas tu saya buat full settlement semua.
Kena betulkan langkah dan susun semula kaedah pembayaran yang betul.
iyer.. kena jumpa pakar kewangan untuk susun balik financial. Saya sendiri pun dah jumpa. Walaupun baki pendapatan kita negatif, tapi bila kita nampak keseluruhan cash flow, kita boleh ubah balik.
Sesiapa yang nak khidmad nasihat pakar kewangan tu boleh hubungi saya Ol92O6l966. nanti saya tlg bgitau orang tu.
Kalu hutang dgn mbsb blh akpk tolong ke ada dlm payslip gaji..
tak boleh tuan.
salam tuan
saya nak tanya masih blh lg saya pergi ke akpk . saya ada terima notis peringatan dari peguam bank . dalam surat mengatakan mereka dah masukkan fail saman ke mahkamah.
Wasalam. Boleh tuan. No prob.
As salam tuan Adzril..
Saya dah join program DMP dengan akpk..
Saya ade 2 personal loan + CC 3 keping. Total semua RM260K lebih kurang. Tapi akpk dpt amik calculation CC dengan satu personal loan jer sbb loan satu lagi br 5 bulan. AKPK ade bgtau kene 1 tahun ke atas jer bleh join. Problem nyer loan paling tinggi komitmen bulanan..RM1620.. LOAN under akpk + CC Komitmen RM540 mmg ok je bayar….Loan RM1620 start bln mmg xmampu dah nk bayar..dah negatif…mitak tolong tuan
boleh hubungi sahabat saya di +60 17-732 2025. InsyaAllah ada cara dia boleh tolong.
Salam..sy betul2 dalam kesusahan yg mempunyai hutang yang banyak dari bank..sy jadi buntu tak dapat nak selesaikan macamana..sy berharap tuan dapat membantu sy bagaimana nak selesaikan hutang sy yg tidak mampu sy bayar dari gaji yg sy dapat…tuan boleh ke hubunggi sy di no…0182122285…
Whatsapp sahabat saya tuan utk runding balik kewangan tuan 017 732 2025
salam tuan.. kalau kita dah enrolled akpk.. katakan kita ditakdir meninggal dunia..
1- adakah akaun kita akan terminated?
2- atau keluarga kita perlu sambung bayar dkt akpk?
3- atau jika terminated, keluarga kita perlu bayar dengan bank ?
jika ya.. nampaknya beban kita telah dipindahkan kepada mereka pula tak semena2..
mohon penjelasan tuan jika tuan tahu berkenaan hal ni.. mm
1. Sy tak pasti.
2. Sama no.1.
3. Beban tu kita yg ciptakan awal2 lagi. Apa pilihan terbaik yg kita ada?
Nak tanya.
1. Boleh pergi oversea ke kalau kita dalam program AKPK ni?
2. Tuan cakap tadi, tuan tak bayar dua bulan, lepas tu bayar sendiri ke bank berkenaan. Bayaran tu mengikut bayaran asal atau bayaran yang ditetapkan AKPK?
Terima kasih.
1. Boleh RASANYA
2. Asal
ASSALAMUALAIKUM
ENCIK , SYA DAH SUBMIT APPOINTMENT KAUNSELING DAN DILULUSKAN DAN PADA 15HB SEPT 17 INI SYA AKAN BERJUMPE AKPK UNTUK APPOINTMENT . MASALAH YE PIHAK BANK CALL SURUH BYR BAKI PINJAMAN
DAN UNTUK MAKLUMAN DLM MASA YG SAMA PIHAK BANK TELAH KELUARKAN WRIT MAHKAMAH
Saya ada masalah berkaitan pinjaman macro bank rakyat dan yayasan pahang . Kedua dua ni minta saya jelaskan bayaran dalam masa 14 hari . Bank rakyat baru je start nak kena byr utk bulan ni . Dah tertunggak dalam RM300. Surat lawyer pun utk yayasan pahang pun da sampai rumah . Pening juga nak kena byr ni . Saya tengah buat degree tapi utk degree ni saya bayar sikit -sikit . Ta na buat pinjaman dah . Saya pula puas mencari kerja dan baru ni saya dapat kerja part time di pasaraya . Gaji pula masuk 15 hari bulan ke depan nya. Kalau saya buat jadual semula dgn yayasan pahang maybe dia takkan layan da sb dah hntr surat lawyer. Keadaan saya sekarang ni untuk sttle dua jenis pinjaman ni . Adakah APKK akan membantu ?
Cuba bincang dulu dengan Yayasan Pahang tu.
encik adzril..saya pernah diterminate dari akpk. kemudian saya enroll semula. berapa bulan tunggakan bayaran yang dibenarkan oleh akpk. adakah 2 bulan berturut2 seperti yang encik pernah nyatakan. atau mungkin berbeza sebab saya enroll untuk kali kedua (mungkin ada sedikit strict oleh akpk). mohon penjelasan encik. terima kasih
Saya tak tau pulak boleh enroll kali kedua. Setahu saya sekali je peluang.
atas sebab yang munasabah boleh enroll kali kedua encik. tapi juga yang terakhir.
Asslmmualaikum….nk bertanya sy dh 3 bln tak dpt jelaskan hutang kad kredit dan persenol lone blh tak join akpk sbb sy mmg dh tk mampu nk byr
Wasalam. Memang itulah tujuan AKPK diwujudkan. Bagi mereka yang dah tak mampu bayar bulanan loan mereka.
Sedih dengan Sistem perbankan sekarang menggunakan perjanjian Islam ( Al Bainah dsb)
. AKPK tak dapat nak kurangkan RIBA yang mereka tetapkan.. Sedangkan member yang masuk AKPK menggunakan penjanjian konvensional dapat dikurangkan ribanya dari lebih kurang :12k ke 7 k.. Mempergunakan kebaikan Islam untuk mengaut keuntungan dunia dan tiada langsung niat untuk menolong orang dalam kesusahan.dan kesulitan. Itulah BANK RAKYAT…
😥😭
*السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ* En. Azril..
Saya Alfi dan saya ada mengikuti program AKPK ni sejak tahun 2015 dan buat bayaran kepada pihak bank mengikut jumlah yg disarankan oleh AKPK. Dulu gaji saya dalam RM2000++ sahaja..
Masalahnya sekarang, saya x boleh buat mana² loan samada personel loan atau nak beli kenderaan kat mana² bank coz nama ada AKPK..Sedangkan kini gaji saya setiap bulan RM6000++.. So sekarang saya jadi ralat coz x dapat buat apa² loan dengan gaji saya yg boleh dikatakan selesa dari dulu..
Apakah cara yg boleh membantu saya utk membuat apa² loan.. terutamanya loan kenderaan ?
Berhenti dari program AKPK, tunggu 6 bulan. Baru clear.
Maksudnya.. stop bayaran via AKPK selama 2 bulan.. than teruskan bayaran melalui bank yg saya buat loan dulu ikut jumlah yang asal secara consisten selama 6 bulan ke atas betul?
Contoh bulan Nov n Dis saya ignore bayaran..
Than Jan 18 saya start bayaran direct kepada bank tersebut..
tapi saya sarankan eloklah merujuk ke AKPK dahulu. Mungkin boleh buat pembatalan program. Kita datang ke AKPK cara elok, nak keluar pun moleklah dengan cara yang elok.
Tuan.. Nk tnya.. Klu ptptn(xpnh buat paymnt)yg di potong melalui slip gji(tiba2 muncul dlm slip gaji pada nov 2016) dan loan mbsb melalui biro angkasa, rasa2nya akpk dpt tlg tak?
Sy takde pengalaman pulak. Mungkin ada user lain boleh bagi jawapan?
mintak pandangan ..suami sy ade terima surat dr public bank pasal kredit …pihak bank suruh g ke akpk…untuk selesai masalah…lg pon suami tidak bekerja dan sakit jantung..sebelum nie sy pernah discus dgn pihak bank…akak bayar stp bulan rm 100.00..sy dh bayar start tahun 2014 hingga kini…sehingga la sy terima suat dr public bank tiada keistimewaan lagi..sy buntu sbb saya sorang jer keje dgn anak2 yang ramai…
InsyaAllah kak. Doa yang baik2 je. Jgn letakkan diri dlm tempat teraniaya. Anggap diri selalu beruntung.
Assalamualaikum,
Sy baru dpt panggilan drp pihak agent yg katanya boleh uruskan permohonan ke akpk. Tp sy runsing samada boleh caye ke tak agent2 ni. Sape sini yg pernah deal dgn agent?
Baik elakkan. AKPK tak pernah ada agen. Menipu je tu.
AKPK semua free. AKPK cuma tolong untuk kita bayar hutang melalui dia je. Itu pun kita kena datang sendiri uruskan.
Pegawai AKPK sendiri mintak saya alertkan orang ramai bahawa takde agent yang dilantik oleh AKPK.
Salam En Azril klu seorang kakitgn awam nk mohon pinjaman perumahan kerajaan boleh ke jika beliau serah kpd Akpk kerana hutang2 yg lain.
Boleh. Selain dari pinjaman perumahan dan kereta dan potongan slip gaji.
As salam, sy pon tgh ade mslh Besar..pnah stuck byr loan kete lama, kete pon da ditarik..skrg Surat sntiasa smpi..tapi Mbsb still caj sy untuk ansuran bulanan..saya tak DE kekuatan Nak call atau terima call Dr bank. Sebab bank selalu desak untk byr secara lump sump..kalau 18k..18k la..tu pon x termasuk caj trsmbunyi lagi..Mbsb mmg mncurigakan.. Adakah sy boleh selesaikan dgn Akpk..insan buntu..
Saya percaya yg call mintak bayaran tu bukan mbsb. Tp debt collector. Cuba puan pergi direct ke mbsb bahagian pembiayaan untuk buat rayuan pembayaran.
Jangan percaya yg call mintak suruh bayar tu.
Nak tnya tuan kalau potongan saya 1070 utk sebulan agak2 lps join akpk brp ka yg sya byr tu utk sbln..trima kasih
Mungkin boleh dpt 700
salam nk tnye,baru dpt email dr akpk suh buat 1st installment mcm yg di persetujui,
bile ikut details pembayaran boleh guna maybank2u.bile da buat bill payment mcm yg die suruh tu tetibe keluar error… suh contact akpk payment kene buat dlm tempoh 10 hari pulak tu,habis mcm mane ek.. ke kene buat cdm?
Dulu saya mmg cdm. Time tu xde online2 ni.
kalau saya nak pergi ke AKPK, perlu ke minta semua statement dari bank? atau terus pergi je AKPK?
Pergi je terus ke akpk.
Assalamualaikum Tuan. Ada cadangan tak kalau pinjaman yang buat potongan gaji? Akpk tak terima kan. Apa patut saya lakukan?
mmg akpk tak akan kacau pinjaman dalam slip gaji. Jadi cara terbaik track balik semua cash flow tuan, dan tengok mana yang boleh di cut. dan mana yang boleh dikembangkan (pendapatan).
Salam.
Nak tanya.
Andai kata kalau sy masih dlm program AKPK,
boleh x sy apply loan utk beli rumah?
Skrang ni xde la saya sampai xleh byr komitmen dan hutang setiap bulan.
Kdg2 ada la sy x dpt byr. Cuma kalau AKPK boleh bantu mengurangkan komitment bulanan, apa salahnya kan? hehe
Sy umur dah 35, dah berkahwin anak 2 dah. Tp masih menyewa.
Rasa nak beli rumah secepat mungkin.
Takot pulak kalau nanti x lepas loan.
Kita sebaya. Heheh.
Rasanya akpk benarkan pesertanya utk buat loan rumah.
Assalamualaikum tuan.. kalau utk pinjaman pendidikan boleh juga ke.. ini utk isteri sy.. dia tidak bekerja.. sy pula xmampu nk bayarakan pinjaman dia kerana sy pn masih ada pinjaman pendidikan.. pinjaman ptptn dan yayasan..
Cuba lah
AKPK takde masalah tp masalahnya dgn bank…biasanya kalau kita dlm masih dlm Akpk mmg agak susah bank nak luluskan…kalau boleh kasi abis dulu AKPK……lepas tu mmg syok tgk ccris report suci….hahahha
Assalamualaikum tuan . kalau kes hutang utk CTOS boleh ke rujuk ke AKPK ? contoh seperti hutang courts mammoth .
Loan peribadi yg kita x mampu nk bayar lagi ..sebab ada benda lain yg perlu di bayar..ada kah akpk ada cara boleh bantu meringankan pembayaran nya ..?
nak tanya saya masih dlm program lg 5 bulan selepas habis bayar adakah saya perlu pergi ke akpk balik…. atau terus pergi ke bank untuk kepastian yg kita sudah langsaikan hutang dgn akpk
Mana2 pun ok. AKPK pun ok. Dptkan statemnt dan notis dari AKPK yg mengatakan hutang dah selesai.
salam en azril,
nak bertanya sikit kalau boleh bantu dgn soalan sy. kalau katakan bulan lepas (Mac) sy missed bayar AKPK. next month (April) sy nak bayar mcm biasa atau gandakan payment sy ? sy buntu asyik call akpk susah jawab. just tanya kot en azril boleh bantu. terima kasih
Camtu boleh.
as salam kalo dalam payslip gaji kasar 2400 ptongan 1900 balance dlm 500 boleh ke akpk bantu?mohon penjelasan
Boleh
salam… lokasi AKPK nie dekatmn yea… apa treadmark yg ada kt area situ?
salam saya fadil
kereta saya bank dah tarak 4 bulan saya tak bayar
bolah ke akpk tolong saya??
macam mana saya nak buat, bank mitak bayar rm 3,800
kalau nak ambak kereta balik.
kalo dalam payslip gaji kasar 2400 ptongan 1900 balance dlm 500 boleh ke akpk bantu?mohon penjelasan