Tak Perlu Tukar Phone Bila Slow, Greenify Boleh Lajukan Balik

Zaman sekarang ni, teknologi cepat berubah. Baru beli henset canggih 18 core arini, esok dah muncul 100 core. Mula la gatal nak tukar henset berkali2.

Alasannya henset dah tak laju macam dulu. Sebenarnya henset punya keupayaan tetap sama, tapi applikasi yang diinstall kat henset tu yang makin canggih yang membuatkan henset kita slow semacam korang nak hempas je henset tu kan?

Apps Greenify lajukan balik henset korang.

Tak Perlu Tukar Phone Bila Slow, Greenify Boleh Lajukan Balik

Sebenarnya aku dah discover kenapa henset boleh jadi slow, selalu hang, dan selalu panas. Antara sebab utamanya adalah kerana ada beberapa aplikasi yang running di background.

Tak kira apps yang korang run sendiri lepas tu korang tutup (tapi sebenarnya masih running) atau memang ada beberapa program yang memang running tanpa pengetahuan kita. Semua tu melambat dan melembabkan henset kita secara total.

Dalam banyak2 apps yang aku guna untuk KillTask ni, samada Task Killer, CoolerMaster dan lain-lain, Greenify adalah apps yang paling efisyen dalam tugasnya melancarkan kembali henset android lenovo P70 aku ni. Greenify betul-betul kill semua apps yang kita set untuk di kill tanpa sebarang kompromi.

Ini Cara Setting Nak Guna Greenify Dengan Mantap

Lepas install dari PlayStore, run apps macam biasa dan korang akan dibawa ke paparan seperti kat bawah ni ha.

Klik butang “+” tu dan select / pilih apps yang korang nak kill dan tak nak dia running kat background, contohnya Instagram, facebook, Google Playbook dan macam-macam lagi apps yang kalau tak running pun henset ko masih ok.

Kekadang pelik je apps yang tak sepatutnya running kat background ni. Bukan leh caye. Tapi korang jangan select Whatsapp, Telegram atau Wechat sebab apps ni kalau korang masukkan dalam senarai kill, mau korang tak terima notifikasi dari apps tu semua nnti.

Tapi korang jangan select Whatsapp, Telegram atau Wechat sebab apps ni kalau korang masukkan dalam senarai kill, mau korang tak terima notifikasi dari apps tu semua nnti.

Seterusnya lepas korang dah pilih apps yang perlu diKill tekan tanda “✔” dan terus klik pada menu kat sebelah kanan atas tu untuk buat shortcut Kill.

Pilih menu Create hibernation shortcut. Pastu pilih samada korang nak create Hibernate + Lock Screen atau Hibernate Now. Aku suka yang hibernate now.

Lepas dah pilih shortcut yang korang nak, maka akan muncul lah icon greenify kat bahagian home android korang tu macam gambar kat bawah ni.

Kerja ko jadi senang, just touch kat icon tu terus Greenify jalankan tugasnya untuk kill program-program yang korang dah pilih tadi.

Ok aku harap perkongsian kali ni berguna untuk korang dan dapat membatalkan niat korang untuk beli henset baru konon-konon sebab henset lama dah lembap.

Sebenarnya henset lama ni lembap sebab banyak gile kot program / apps yang running in background yang korang tak nampak pun ada paedahnye.

Tinggalkan komen okay!