Beza Vivo V3 Max dan Vivo V3 Untuk Pilihan Yang Tepat

Baru je aku jalan-jalan kat 1Borneo tadi lepas layang wayang X-men Apocalyps terus teringin cari dan feel sendiri camna rasanya pegang Vivo v3 dan Vivo V3max. Almaklumlah selama ni usha kat web je.

Dalam pencarian tu aku keliru nak pilih mana satu sama ada vivo V3 Max atau Vivo V3 untuk pilihan yang tepat. Mana lebih berbaloi?

Buat Pilihan Samada VIVO V3 atau VIVO V3 Max

Harga dan Kapasiti Storage

Secara keseluruhannya, kedua-dua model vivo v3 dan vivo v3 max ni sudah cukup untuk pengguna smartphone yang aktif. Dari segi harga di Malaysia, vivo v3 Max lebih mahal dari vivo v3 iaitu vivo v3 max dengan harga RM1399 dan vivo V3 berharga RM1099 RM849.

Mungkin perbezaan RM300 ini membuatkan korang tertanya apa kelebihan yang ada pada Vivo V3 Max ini? Oh ye kedua-dua model ini mempunyai storan dalaman sebanyak 32gb.

Enjin Pemproses dan RAM

Kedua-dua model ni sebenarnya dah cukup power bagi kegunaan harian samada kegunaan biasa ataupun penggunaan heavy. Vivo V3 dilengkapi dengan processor 1.5ghz Octa Core (8 teras) manakala VIVO V3 Max pulak dengan kekuatan processor 1.8Ghz Octa Core. Macam sikit je beza kan? 1.5gHz dari VIVO V3 ni pun dah cukup untuk kerja multitask sebenarnya.

Selain tu, Vivo v3 dilengkapi dengan RAM 3gb manakala vivo v3 Max 4Gb. Wow!

Kapasiti Bateri dan Fast Charging

Zaman sekarang ni, smartphone yang mempunyai kapasiti bateri yang besar biasanya menjadi pilihan pengguna. Tapi beza kapasiti bateri antara vivo v3 dengan vivo v3 Max ni takdelah jauh sangat. Vivo v3 punya bateri adalah 2550mAH manakala vivo v3 max datang dengan 3000mAh kapasiti bateri.

Orang kata lagi besar bateri, lagi lama dia bertahan. Tapi Lenovo P70 aku takde la lama mana pun bertahan dengan kapasiti 4000mAH tu, setengah hari dah kong.

Vivo V3 max dikatakan mempunyai kebolehan fast charging iaitu 20 minit caj dah boleh penuh sampai 70 peratus.

Vivo v3 tetap jugak mempunyai fast charging tapi tak taklah selaju macam vivo v3 Max. Selain tu, keupayaan fast charging vivo v3 dan v3max ni tak semestinya guna cable atau charger yang disediakan oleh vivo ni je, malah guna charger third party pun boleh menikmati keupayaan fast charghing ini.

Warna dia dah macam iphone dah.

Kamera

Kedua-dua Vivo V3 dan V3 Max ni ada keupayaan kamera yang sama iaitu 13 Megapixel untuk kamera belakang dan 8 Megapixel untuk kamera depan (selfie). Dan yang bestnya kamera ini boleh diakses sepantas 0.5 saat je supaya korang tak terlepas nak snap moment yang menarik berlaku depan mata.

Cara pantas nak akses kamera adalah dengan menggunakan finger print yang terletak kat belakang phone vivo v3 dan v3 Max. Selain tu boleh guna cara unlock dan akses kamera, tapi stepnya jadi byk pulak kan?

Slot Kad Sim dan Memori Tambahan

Part ni yang membuatkan ramai orang membuat keputusan yang jitu untuk pilih sama ada vivo v3 atau v3 max. Vivo v3 mempunyai 3 slot kad iaitu slot untuk sim 1, sim 2 dan slot untuk memori kad mikro SD.

Manakala Vivo v3 max hanya mempunya 2 slot kad iaitu slot untuk sim 1 dan slot untuk sim 2 / Memori kad.

Bagi yang rasa just nak pakai single sim boleh la pilih vivo v3 Max sebab satu lagi slot boleh letak mikro SD (up to 128gb). Tapi bagi mereka yang nak dual sim dan nak jugak storan lebih boleh pilih vivo v3.

vivo v3 malaysia max
Vivo v3 max dalam genggaman tangan

Saiz Vivo v3 dan Vivo v3 max dan Kualiti Binaan

Dari segi saiz pulak aku tak nak cerita secara teknikal berapa cm semua bagai. Apa yang boleh aku katakan adalah Saiz vivo v3 sama macam iphone 6s manakala saiz vivo v3 max sama macam iphone 6s plus.

Kedua-dua model ni memang nampak sangat premium dari segi kualiti binaannya. Kalau diperhatikan dan diteliti setiap sudut memang kemas dan bila pegang terasa padat dan padu.

vivo v3 kat tangan

Pendapat Peribadi

Secara peribadi aku suka vivo v3 sebab saiznya yang senang dipegang dan aku boleh maksimumkan penggunaan slot sim dan memori kad. Walaupun spesifikasinya tak sehebat v3 max dari segi bateri, processor dan RAM, vivo v3 tetap cantik dan utuh dan kelihatan premium.

Saiznya yang kecik memudahkan aku untuk selfie. Vivo v3 max pun boleh je selfie cuma aku lebih suka yang kecil dan comel. Walaubagaimanapun, kedua-dua vivo v3 dan v3 max ni memang sangat powerfull.

Setiap pembelian akan dapat screen protector tempered glass dan silicon cover. Yang mana korang tak perlu pening kepala cari kat kedai lain dah. All in.

Tapi satu je la aku nak cakap, apa guna henset power tapi pakai basic internet je kan? hahahaha, kemon kalau nak internet data laju bertukarlah ke onexox. Pilih nombor atau kekalkan nombor yang ada dan dapatkan airtime 2 tahun 4 bulan.

7 Comments

  1. D'Classic

Leave a Reply