Buffet Paling Murah Buka Puasa Area Larkin Perdana

Masih lagi nak bercerita pasal aktiviti aku masa kat Larkin aritu bersempena perlancaran perfume rasmi JDT. Kalini aku nak cerita pasal kedai makan, Restoran Sri Bayu yang terletak kat area Larkin Perdana. Kalau yang jenis tak tau nak makan apa untuk lunch, kat sini la tempatnya sebab dari tak tau nak makan apa, korang akan jadi keliru nak makan apa kat sini. Eh sama je la kan?

Rombongan aku ke Larkin bersama geng blogger yang lain agak lambat la sampai ke JB. Dari Puchong je dah jem sebab ada kemalangan. Kemalangan tu berlaku kat jalan sebelah tapi biasalah kita rakyat Malaysia ni kan prihatin, dengan jalan arah ke Johor pun jem jugak. Pagi tu aku ngan wife mmg tak sempat nak breakfast apa pun. Pukul 3.30 pagi aku dah mula gerak ke KL Sentral. Eh apa melalut plak post ni.

Buffet Paling Murah Buka Puasa Area Larkin Perdana

Sampai kat Larkin lebih kurang pukul 2 petang. Time tu lunch kat Restoran yang berhampiran kat Stadium yang diberikan nama Restoran Sri Bayu. Sebenarnya kalau dibagi pilihan antara makan dan mandi, aku pilih nak tido sebab ngantuk. Tapi mengikut suara majoriti maka kami pun pegi makan dulu la.
Lauk kat Restoran Sri Bayu ni membuatkan aku tak tau nak pilih lauk mana yang patut aku ngap. Banyak gile (lebih kurang 70 jenis lauk) lauk masakan kampung. Kalau korang pun leh keliru beb mana satu nak kena makan. Maklumlah pilihan banyak dan semua kena kat tekak.
Korang tak keliru ke kalau lauk banyak camni?
Tapi, aku tetap dengan disiplin aku. Pilih 1 lauk dan satu sayur sahaja. Nasi pun aku ambik sikit je. Sebab aku sedar kalau aku makan banyak, badan aku akan mintak nak berehat je. Jadi mengantuk sedangkan banyak kerja kena buat lepas lunch tu.
lagi lauk kat sudut lain.
Selain dari lauk pauk yang super banyak, sebelah petang pulak ada dibuat bubur kacang, bubur pulut hitam, pisang goreng dan segala cucur. Disulam pulak dengan air kopi O panas perghh melekat kata ko. Oh ye sebelah pagi ada nasi lemak, lontong, roti canai, mee goreng, mihun dan lain lain menu sarapan. Kalau tak silap aku sarapan pagi ni stop dalam pukul 10 sebab lepas tu lauk makan tengahari dah mula disediakan untuk makan tenghari.
Ulam pun ada, dah cakap tadi kan masakan Melayu kampung.
Pemilik restoran ni Haji Wahab orang yang prihatin sebenarnya. Dia cakap bulan puasa nanti, orang boleh datang dan makan berbuka dengan harga yang murah. Takde nak buffet2 mahal. Datang bawak RM5 pun dah boleh makan kenyang kat Restoran ni katanya. Katanya lagi dia tak nak orang tak makan sebab harga buffet yang terlalu mahal tapi makan bukannya banyak pun. Jadi bulan puasa ni boleh la serbu Restoran Sri Bayu yang terletak berdekatan dengan Stadium Larkin.
Pemilik Restoran Sri Bayu Larkin, Haji Wahab. Credit pic to Magicalips.com
Alamat dan Nombor telefon Restoran Sri Bayu Larkin, Johor Bahru

Leave a Reply