Hotel Di Tengah-tengah Kota Kinabalu Dan Senang Cari Kedai Makan

Bagi yang ingin bercuti ke Sabah, sudah semestinya korang akan cari hotel atau penginapan yang berada di tengah-tengah Kota Kinabalu dan senang cari kedai makan.

Yela kan sebelum nak bergerak ke Kundasang atau ke pulau (Manukan, Mamutik, Sapi) mestilah nak stay dulu sehari dua kat Kota Kinabalu.

Ni saya nak cadangkan satu Hotel Di Tengah-tengah Kota Kinabalu.

Kota Kinabalu Shangri-La

Kunci Bilik Shangri-La Bandaran

Dalam banyak-banyak hotel kat Kota Kinabalu ni, Hotel Shangri-La Bandaran Kota Kinabalu adalah salah satu hotel yang pada saya memang terletak kat tengah-tengah kota Kinabalu.

Dari hotel ni korang boleh akses perkhidmatan bas mini kat sebelah hotel je.

Selaintu kedai makan pun senang nak cari, jalan sikit ke depan dah jumpa KFC. Nak Seafood, seberang je jalan sikit dah jumpa seafood.

Nakberhibur? Ada tu kelab untuk berhibur yang bangunan warna putih tu (yang ni saya tak tau la hiburan apa ada dalam tu sebab saya tak pernah masuk).

Pendek kata memang strategik la kedudukan hotel Shangri-la ni kat Kota Kinabalu.

Shangri-La view dari bilik

Pemandangan dari Bilik Saya

Berhampiran kedai 24jam

Deret kedai ni ada KFC, 7e dan lain lain kedai

berhampiran tempat tunggu bas

Tempat tunggu bas betul-betul sebelah hotel

Pengalaman di Shangri-La Bandaran

Pengalaman saya menginap 1 malam kat Hotel Shangri-La Bandaran ni agak memuaskan. Saya datang ke hotel ni drive kereta sendiri, yang bestnya parking memang tersedia dan senang nak parking sebab tak perlu nak masuk bangunan, parking dia tepi bangunan je.

Parking ni memang khas untuk pelanggan hotel je tau.

Parking Avaiable at Shangri-La

Kawasan parking yang luas dan banyak space

kawasan parking sebelah hotel

Parking Shangri-la Bandaran

Layanan Mesra Penyambut Tetamu dan Gadis Kaunter

Masuk je kat hotel terus gadis2 kat kaunter tu senyum (greet tetamu lah, mmg camtu) kat saya. Membuatkan sayabertambah selesa kat Shangri-La ni.

Suasana kat dalam tu agak tenang dan kemas. Dapat je kunci saya tak berlengah terus naik bilik untuk merehatkan diri. Maklumlah seharian bekerja.

Keadaanbilik memang kemas. Bilik air ada bathtub plak, tapi saya takde masa nak berendam. Elok saya mandi terus berbaring kat katil je.

tandas Shangri-La Bandaran Kota Kinabalu

Tandas yang kemas dan bersih

bathtub di Shangri-La Hotel Bandaran Kota kinabalu

Kalau dapat berendam dalam bathtub tu bestnya.

Pemandangan Cantik, tengah bandar Kota Kinabalu

View dari dalam bilik saya tu memang awesome.

Saya boleh nampak view bulatan Bandaran dari bilik saya dengan jelas. Bangunan Mercedes tu pun jelas kelihatan.

Pendek kata kesibukan Kota Kinabalu ni saya dapat tengok dari dalam bilik saya je.

Malam tu saya keluar ke area Kg Air (nama tempat, bukan kampung tau) makan mee Ramen kat area kedai kat situ.

Biasanya saya makan kat kedai Mamak tu (Restoran Islamik) tapi malam tu terasa nak makan mee ramen.

Lepasmakan saya balik bilik buat sikit kerja blogging memandangkan wifi kat sini boleh tahan laju. Tapi tenet onexox saya lagi laju, hehehehe.

kelajuan wifi internet

Gunakan wifi hotel walaupun data onexox lebih laju di sini

Bandaran Spot.

Berhadapan dengan Showroom Merc Kota Kinabalu

Sarapan Pagi Disediakan

Sarapan kat Hotel Shangri-La Bandaran ni start pukul 6.30 pagi which is kat sini 6.30 memang dah terang ye. Kalau kat KL tu masih boleh subuh gajah lagi. Tapi saya turun sarapan pukul 9 pagi.

Saje tak nak berebut ngan orang lain. Sarapan dia memang lengkap dan banyak pilihan. Minuman plak dari Jus Epal dan Oren ke Air Kopi dan Teh semua ada.

Masanak minum kopi tu panik jap sebab dia guna mesin. Saya plak tak tau nak tekan butang mana satu untuk air tu keluar masuk ke cawan, nasib baik ada staff hotel yang membantu.

Ground floor breakfast

Cafe tempat saya bersarapan di tingkat Ground

coffe maker

Mesin pembuat kopi one touch je.

breakfast at Shangri-La Bandaran Kota Kinabalu

Roti Canai dan Kuah Kari for breakfast?

roti dan muffin kek

Bread and Muffin anyone?

loaf of bread

Roti Buku

So far itu je yang boleh saya bagitau pasal experience saya kat Hotel Shangri-La Bandaran ni.

Saya rekeman la hotel ni sebab keadaan dia agak tenang tapi masih boleh akses ke banyak tempat kat sekitar Kota Kinabalu dari tempat makan ke tempat hiburan.

Ianya sesuai bagi korang yang nak keselesaan dalam masa yang sama nak senang akses ke area Kota Kinabalu hanya dengan jalan kaki.

Please mention blog adzril.com ni, manalah tau boleh dapat murah untuk tempahan bilik tu kan?

Leave a Reply