Makan Bakso Sedap Bebola Gergasi di Putatan Sabah

Sesiapa yang datang ke Kota Kinabalu Sabah, kalau tak singgah makan bakso sedap bebola gergasi di Putatan Sabah memang la akan rasa tak lengkap. Dekat je kot Putatan dengan sekitar Kota Kinabalu. Kalau dari Airpot lagi dekat. Bagi penggemar bakso mesti korang terngiang-ngiang rasa bakso yang dilengkapi dengan bebola yang besar kenyal dan sedap.
kedai bakso sekitar sabah
Bakso yang dilengkapi dengan bebola daging gergasi

Makan Bakso Sedap Bebola Gergasi di Putatan Sabah

Menurut pemilik restoran Aura Rasa ini, bebola daging yang digunakan dikedainya dibuat sendiri di kedainya dan bukan ditempah dari tempat lain. Dan kalau korang nak tau, nak pandai proses buat bebola daging ni pun kena pergi kursus kat Indonesia selama sebulan tau. Jadi ianya memang bebola daging gergasi yang special dan khas yang satu-satunya ada kat sekitar Kota Kinabalu dan Putatan khasnya. Kualiti premium.
Kalau bebola daging yang ada telur puyuh ni limited, sehari cuma 100 biji sahaja. Siapa cepat dia dapat.

Dalam Bakso ada bebola daging, dalam bebola daging ada cheese?

Kalau korang order bakso ni, mangkuk bakso korang tu memang akan penuh dengan bebola daging je la. Satu bebola daging gergasi dan diikuti beberapa bebola daging bersaiz biasa yang dalamnya ada cheese. Haa dah mula terliur ke apa?

Dalam bebola daging ni ada pulak cheese.
Boleh jugak pilih mee kuning.

Landmark untuk pegi makan Bakso kat Restoran Aura Rasa

Aku citer pasal bakso bebola daging gergasi ni sampai lupa pulak camna nak cari restoran yang dinamakan Aura Rasa ni. Oklah, restoran Aura Rasa ni terletak kat Putatan. Landmark paling senang nak jumpa adalah kedai Perabut Matahari. Sebelah tu je. Besar kot kedai perabot tu memang boleh nampak dari jalan besar. Kalau sesat jugak call je nombor ni 0198926202 / 0107921880 / 0143717078.

Bebola daging yang dibuat sendiri oleh restoran Aura Rasa

Kebersihan dengan kualiti kekenyalannya memang terjamin dan terbaik.

Tempat makan bakso sedap sekitar Kota Kinabalu Sabah

Ala biasalah tekak kita ni kekadang teringin nak makan bakso. Ye la mana nak cari bakso sedap bebola daging gergasi siap ada cheese lagi dalam bebola tu kat sekitar Kota Kinabalu Sabah ni kan? Kat restoran Aura Rasa ni lah tempat yang patut korang tuju.

Restoran kedai makan Aura Rasa, Putatan Sabah

Leave a Reply