Cara Nak Tahu Nombor Siapa Yang Tak Dikenali Hubungi Kita

Siapa call kita ni?

Selalu je kan dapat panggilan dari nombor yang kita tak kenali. Tak kiralah nombor handphone atau nombor pejabat/talian tetap, membuatkan kita merasa saspen nak jawab atau tak. Bagi yang ada hutang tertunggak dengan bank mesti lah tak nak jawab panggilan keramat tu kan? heheh!Jadi kat sini aku ada cara nak tahu nombor siapa yang tak dikenali yang hubungi nombor kita walaupun kita tak save nombor tu dalam handphone.

Selain tu apps ni boleh blok panggilan yang kita tak ingini.

cara nak tau nombor asing call kita

Cara jejak siapa yang call handphone kita.


Caranya adalah dengan install applikasi dari google Play (bagi android). Antara apps aku pernah gunakan untuk mengesan nombor yang tak dikenali dari google Play Store ni adalah;

  1. Truecaller – Caller ID & Block
  2. CallApp – Caller ID & Block
aplikasi untuk tahu siapa yang call kita

Applikasi smartphone yang boleh mengetahui siapa pemilik nombor telefon yang tidak dikenali.

Cara Nak Tahu Nombor Siapa Yang Tak Dikenali Hubungi Kita

Kalau mengikut perkiraan dan persangkaan aku, cara apps ni berfungsi adalah dengan berkongsi data sesama orang yang install apps ni kat handphone mereka.

Contohnya, si Ali simpan nombor telefon Ahmad (0123456789) kat handphone dia dengan nama Mamat kat phonebooknya.Satu hari Ahmad (0123456789) call Sarah yang mana Sarah tak simpan nombor Ahmad (0123456789). Di paparan telefon Sarah keluar nombor 0123456789 beserta nama (Mamat) walaupun Sarah tak pernah save nombor Ahmad dalam phonebooknya.

Bagaimana ini boleh terjadi? Ia adalah kerana Sarah ada Apps CallApps / Truecaller diinstall di handphonenya. Dan camna pulak dengan ada apps ni dapat membantu Sarah tahu nama dari nombor yang dia tak kenali tadi tu (untuk kes ni Ahmad 0123456789)?

Ini adalah kerana si Ali juga telah install Apps CallApps / Truecaller di handphonenya dan telah menyimpan nombor Ahmad di telefonnya yang mana apps tadi telah mengesan nombor itu dan dikongsikan bersama rakan yang lain.

Ianya umpana database yang besar dan dikongsi beramai-ramai. Camana pulak kalau ada 5 orang yang save 1 nombor dengan nama yang berlainan? Untuk soalan camni aku rasa database CallApps / Truecaller akan random je nama mana yang dia nak bubuh untuk dipaparkan dalam phone korang. hehehe.

Kebaikan apps

Kebaikan dari apps CallApps dan Truecaller ni bagi aku adalah memudahkan kita mengetahui siapa sebenarnya yang menghubungi kita. Contohnya kalau kita termiss jawab call dari syarikat-syarikat besar yang nak interview kita kerja ke, nak bagi tawaran review ke maka kita tahu apa yang perlu dibuat seterusnya.

paparan nama keluar setiap kali panggilan masuk berlaku

Konfiden je bila jawab call sebab tau nama.

Fungsi lainSelain tu korang akan berasa hebat bila nombor asing yang call korang tu terkejut. Terkejut camna? Terkejut bila ko jawab telefon sambil sebut nama pemanggil tu.

Contohnya ada 1 nombor asing yang korang tak save kat handphone call ko nak beli sabun cuci muka yang ko jual atau apa2 servis yang korang sediakan, dengan selamba ko bagi salam “Assalammualaikum encik Ahmad, ada apa2 yang boleh saya bantu?” Mau terharu Ahmad sebab yang jawab telefon tu dah tau nama dia. Barulah rasa ada connection kat situ. Nampak tak permainan dia? hehehe..

Selain membantu korang mengenali siapa pemilik nombor handphone yang call korang tu, korang jugak boleh manage contacts / phonebook korang guna apps ni. Setakat ada duplicate contacts dalam phonebook tu senang-senang je Apps ni kasi setel.

Korang godek2 la sendiri ye. Walaupun pencipta apps ini menafikan yang mereka tidak upload contacts / phonebook kita supaya ianya boleh dijejak oleh orang lain, tapi klu ikut logik camna apps ni boleh dapat almost kebanyakan nama dari nombor telefon yang kita tak save?

Penafian

Sekali lagi aku jelaskan, artikel cara apps ini berfungsi adalah berdasarkan prasangka aku je. Dan ianya bukanlah fakta yang muktamad.

Tujuan utama aku tulis artikel ni sebenarnya cuma nak kongsi apa yang apps ni boleh bantu korang je. heheh.Oh ye, tak semua nombor telefon boleh dikesan ye.

Jangan menaruh harapan yang tinggi pulak kat apps nih. Dan tak semestinya nama yang keluar dari apps ni betul sebab mungkin nombor tu dah ada owner baru atau pemilik asal dah tukar nama ke nama kepada pemilik baru.

Korang boleh install sendiri apps TrueCaller ni ke dalam smartphone korang sama ada android ataupun iPhone. Jadi tak perlu la komen kat bawah ni mintak cek kan nombor telefon sekian sekian. Aku bukan pegang database ye encik-encik sekalian.

Summary
Article Name
cara nak tahu nombor siapa yang tak dikenali yang hubungi nombor kita
Description
Dengan cara ini anda boleh tahu siapa sebenarnya yang call kita. Ya walaupun anda tak save nombor itu tetap anda boleh tahu.
Author
Publisher Name
The Adzril.com
Publisher Logo

12 Comments

  1. Tanpa Nama
  2. Tanpa Nama
  3. Tanpa Nama
  4. Tanpa Nama
  5. Noor Hasiah
  6. Juspin Tambi
    • amy
  7. Azu San
  8. Law Kwai Mooi

Leave a Reply