Tukar Mono Yamaha 135 LC Terus Jadi Keras Macam Kancil Potong Spring

Sebelum motor LC saya dibawak balik ke Semenanjung dari Kota Kinabalu, saya perasan tayar depan belakang memang dah botak licin kaw kaw. Tapi memang saya niat nak tukar sejurus motor tu sampai semenanjung la nanti.

Selain dari tu, yang saya perasan monoshock yamaha LC  ni dah berhayun lembut gile geng. Ambik lep kompom jadi drift punya.

Bukak Cover set kiri sahaja untuk tanggalkan monoshock Yamaha LC

Kalau nak tengok tahap keseriusan kerosakan memang la saya perlu tukar tayar dulu. Monoshock letak tepi kejap. Tukar tayar ni depan dengan belakang sekaligus beb. Nak nak time tu raya kedua, mana pulak nak cari kedai tukar tayar ni.

Memang dah round2 area Kapar tu takde la kedai sparepart motor yang bukak kecuali satu kedai Motorsikal amoi ni.

Untuk harga tayar depan saya dapat dalam RM78. Tayar belakang pulak saya dapat RM89. Untuk kedua2 tayar ni saya ambik jenama Duro. Saiz tayar saya tak ingat, tapi yang standart motor keluar kedai punya lah.Kalau dulu2 boleh la ambik tayar besar depan belakang.

Sempat saya tanya kat amoi tu berapa harga monoshock untuk Yamaha LC 135, dia cakap RM160 siap pasang. Tu kalau saya bedek lagi mungkin boleh dapat harga murah sikit.

Tukar Mono Yamaha 135 LC Terus Jadi Keras Macam Kancil Potong Spring

Untuk mono LC saya yang dah lembut berbuai mcm buaian tu saya belum cukup bajet time tu untuk tukar. Saya dengar cerita ada orang boleh buat inject balik monoshock untuk kembali perform macam baru keluar kedai.

Kos untuk inject mono yamaha LC ni katanya dalam RM25 ke RM35. Bagi saya harga ni dah cukup murah berbanding kalau nak tukar mono baru jenama Kayaba atau Racing Boy (Third Party).

kedudukan nut yang diwelding ke monoshock

 

Pandangan sisi monoshock jenama Kayaba yang telah diubahsuai

Jadi sementara tunggu gaji saya masuk ke dalam akaun, saya bercadang la untuk inject je mono Yamaha LC saya ni. Lagipun memang mono asal dah lembut. Brother yang bertanggungjawab tukar mono LC ni duduk kat area Sungai Buluh.

Mula-mula saya ingatkan dia buat kerja2 inject Mono jadi keras balik, rupanya bukan. Dia modified mono asal jadi keras macam kancil potong spring punya effect hahaha! Sekali siap pasang terkejut saya sebab keras gile kot mono ni dan tinggi sikit sebab spring kat monoshock tu diwelding dengan nut, tu yang jadi tinggi sikit.

Kerja kerja menukar monoshock Yamaha LC sedang dijalankan.

Saya memang dah lama tak buat kerja bukak2 motor ni. Jadi bila tengok bebudak ni buat kerja (tukar mono) saya jadi terkagum sikit. Lagipun zaman saya bukak-bukak motor dulu zaman saya pakai modenas kriss 110 1st model tu haa.

Itupun cuma tukar minyak hitam, tukar tayar ngan ketatkan rantai je. hehe.

Baca jugak : Tak Ketatkan Rantai Motor Selama 4 bulan, Rileks je.

Bila tengok bebudak ni buat kerja barulah saya tau camna cara tukar mono Yamaha LC 135.

Kerja pantas dan upah cuma RM35. Oh ye, dia swap mono yang dia dah modified jadi keras tu dan dia ambik mono lembut saya tu untuk dimodified dan dijual/diswap kepada customer seterusnya.

Summary
Article Name
tukar mono Yamaha 135 LC
Description
Monoshock untuk Yamaha LC yang dah berumur lebih 5 tahun biasanya perlu ditukar yang baru. Tapi untuk jimat, apa kata cuba inject balik Mono lama tu.
Author
Publisher Name
The Adzril.com
Publisher Logo

17 Comments

  1. Amir Naim
  2. azhar
    • Adzril
      • azhar
  3. azhar
  4. azhar
    • Adzril
  5. azmi
    • Adzril

Leave a Reply