Pertama Kali Pandu Uji KTM RC200

Aku rasa ada jugak lebih sebulan aku mentelaah youtube ni berkaitan dengan KTM RC 200. Memang ada beberapa faktor yang membuatkan aku makin nak memiliki RC 200 ni. Walaupun ada faktor lain yang membuatkan aku kata tidak, tapi tetap jugak aku kata Ya!

Biasalah bila dah minat kena la pegi merisik depan2. Aritu dah usha depan2 KTM Rc kat kedai Motor area Nilai ni, sekarang tiba masanya aku pandu uji pulak jentera buatan Austria ni. Tapi mana nak dapat ye unit pandu uji ni?

KTM RC 200 dan Yamaha LC side by side


Nak dijadikan cerita aku ada jumpa sorang bro ni, dia kata nak jual RC 200 dia. So aku pun deal dengan dia untuk jumpa kat area Tesco Semenyih untuk tengok2 la motor KTM RC200 ni. Masa bro ni sampai aku macam teruja sangat kot sebab bunyi KTM RC 200 dia power.

Bila aku tengok ekzos dia guna MC Sport je tapi bunyi dia lain macam. Bro ni (along) dia tak nak bagitau apa dia dah buat dengan ekzos dia sampai bunyi camtu.

So Along pun dengan konfidennya pass kunci kat aku. Awal-awal lagi aku bagitau Along yang aku sebenarnya tak pernah bawak motor tangki kat perut. Dia gelak je. Motor ni boleh tahan tinggi. Aku dengan ketinggian 164 cm memang menjingkit kaki la tapi still leh tegak lagi ok.

Along suruh aku bawak KTM RC dia lalu jalan belakang taman tu. Dia suh aku tarik sikit. Eh mana la aku berani nak tarik lagipun ni 1st time aku bawak motor tangki kat perut hahaha!

Dari segi pickup, memang aku takleh nafikan agak powerfull. Setiap pulasan minyak akan datang dengan kuasa tujahan tanpa delay.

Aku rasa time tu ni lah motor paling power beb! teruja tak memasal. Bila change gear je rasa lancar dan smooth. Yang paling best walaupun kat gear 6, aku still leh rasa daya pecutan bila aku pulas minyak tu.

Setel je uji pandu tu, aku dah mula la bertambah angau kat KTM RC 200 ni. Along cakap tak jadi beli pun takpe yang penting aku datang tengok je. Haha dia tak tau aku balik umah asyik terimbau je moment pulas minyak tu.

Aspek lain aku tak tengok sangat. Time tu aku lebih kepada tengok kondisi motor dengan total mileage. So far banyak gak si Along dah buat dengan RC200 dia ni. Tunggu masa je aku buat keputusan untuk ambik atau tak.

Leave a Reply