Tamatkan Kontrak Coway Water Filter

Masa aku kerja kat Sabah dulu aku ada langgan sebijik Coway model Maha untuk kegunaan aku dan isteri tercinta. Langganan ni adalah merupakan unit ke-2 aku untuk water filter coway ni sebab kat Kampung pun dah ada sebijik model Metro yang mana sekarang nih dah habis bayar. Jadi aku perlu stop satu akaun coway aku tu. Cara untuk tamat kontrak water filter coway tak la leceh. Senang je.
stop kontrak water filter coway
Coway model Maha.

Ada 2 je syarat untuk kita tamatkan kontrak coway water filter yang perlu dipenuhi.

  1. Pastikan akaun coway tu dah berumur 2 tahun.
  2. Pastikan tiada sebarang tunggakan bayaran dalam tempoh 2 tahun tu.

Cara tamatkan kontrak coway water filter (Malaysia) sebarang model.

  1. Call hotline coway 1800888111 atau 0320591000 dan beritahu customer service yang anda nak tamatkan kontrak coway water filter.
  2. Beritahu mereka yang anda nak stop akaun dan bersediakan pulangkan unit water filter coway tu.
  3. Seterusnya tunggu pihak Coway akan collect unit mesin water filter dari tempat anda.
Simple je kan nak stop atau tamatkan kontrak bayaran coway? Yang penting umur akaun mestilah cukup 2 tahun. Kalau tak cukup 2 tahun rasanya kena bayar penalti. Cuma bayaran penalti untuk tamatkan atau batalkan kontrak coway ni aku tak pastilah berapa jumlah yang perlu dibayar. Pada sesiapa yang ada pengalaman bayar penalti tamat kontrak Coway boleh la sharing kat bahagian komen ye.

4 Comments

Leave a Reply