Salah Sangka tentang Volkswagen Kuning (2016), Ianya Tak Macam Filem Seram Melayu Lain

Filem melayu seram yang pernah aku tengok dan rasa seram adalah Jangan Pandang Belakang lakonan Pierre Andre. Lepas filem tu aku memang tak jumpa lagi filem yang ada unsur seram tanpa mengejutkan audiens. Aku rajin layan karya seni filem Melayu yang selalu dimomokkan dengan kualiti ‘sekadar melepas batuk di tangga’ ni. Ini dia Review filem Volkswagen Kuning (2016).

Sebab aku nak tengok sejauh mana seorang pengkarya itu ikhlas dan komited dalam menzahirkan karya dan melaksanakan tugasnya. Thanks to BroFramestone dan MiG sebab bagi peluang untuk review filem ni.*aku tak dibayar oleh mana-mana pihak untuk review ini. Arab maklum.

review Filem Volkswagen Kuning

Volkswagen Kuning ni bukan cerita racing kereta tau

 

Salah Sangka tentang Volkswagen Kuning (2016), Ianya Tak Macam Filem Seram Melayu Lain

Jujur aku katakan, aku sendiri tak terlepas dari persepsi stereotaip kebanyakan orang tentang kualiti filem melayu. Termasuklah filem terbaru arahan Shadan Hashim iaitu Volkswagen Kuning.

Tapi aku jenis optimis sebab tu aku layankan jugak untuk terus menyokong industri filem Malaysia walaupun dikecam beberapa kawan lagi-lagi masa aku ajak diaorang layan filem Terbaik dari Langit satu masa dulu.

Berbalik pada filem Volkswagen Kuning yang mula ditayangkan di pawagam pada 22 September 2016 ni, boleh aku katakan filem ni tak sama macam filem seram melayu yang lain.

Ayat macam klise je kan? Tapi dari penilaian ikhlas dan jujur dari aku, ini adalah filem seram yang berkualiti yang dihasilkan bukan sekadar melepas batuk di tangga. Tahniah pengarah Shadan Hashim.

Tahniah Untuk Pengarah

Aku tak nak komen tentang lakonan watak utama iaitu Pekin Ibrahim dengan Atikah Shuhaimie, tapi aku lebih suka komen dan bagi pendapat tentang susunan plot, jalan cerita, dan kualiti secara keseluruhan filem ni. Habis je tayangan pratonton, aku tak cari Atikah Shuhaimie untuk selfie, tapi aku terus cari pengarah filem ni untuk ucap tahniah!

Review Filem Volkswagen Kuning

Pekin dan Atikah Shuhaimi Dalam Satu Babak Volkswagen Kuning

Skrip dan Arahan Shadan Hashim

Filem Volkswagen kuning ni bukanlah cerita seram hantu puaka dan santet bagai, tapi ianya lebih serius dan berat namun agak mudah dihadam untuk difahami. Mungkin kebanyakan orang akan fikir yang filem ni sama je macam filem lain sebab diterbitkan oleh David Teo dari MIG Pictures.

Cerita sebenarnya adalah Shadan Hashim sendiri yang propose skrip ini kepada MiG Pictures dan terus mendapat perkenan dari David Teo untuk proceed penggambaran filem ke 115 terbitan MiG Pictures ni.

Untuk pengetahuan semua, skrip cerita ni ditulis sendiri oleh Shadan Hashim dan sorang lagi yang aku tak ingat namanya.

Diaorang ni develope jalan cerita Volkswagen Kuning selepas interview beberapa orang yang pernah diganggu dan yang pernah berkait dengan Volkswagen Kuning.

 

Elemen Saspen tanpa perlu Kejutkan Penonton (Jump-scare)

Bagi kebanyakan filem seram, tak kiralah filem seram Malaysia atau luar negara, modal atau taktik utama untuk membuatkan orang seram adalah dengan membuat adegan-adegan mengejut (jumpscare) diikuti dengan audio pecah speaker secara tiba-tiba yang kompom buat orang tutup telinga.

Tapi korang takkan jumpa taktik tu dalam filem Volkswagen kuning. Tanpa babak kejutkan penonton dengan audio kuat dan seram Shadan Hashim berjaya membuatkan penonton stress dan gelisah.

Mirip Fazura

Plot Cerita Yang Berkualiti

Sususan plot dan jalan cerita yang bagi pendapat akulah, memang berkualiti, tak terlalu straight to the point dan mampu buat penonton cuba untuk meneka apa babak seterusnya. Kat sini aku nampak Shadan Hashim membuat homework sebelum memulakan penggambaran filem.

Jalan ceritanya membuat aku meneruskan untuk berfikir tentang filem ni sejurus aku keluar dari panggung. Ini membuktikan yang jalan cerita filem Volkswagen Kuning ni memang bagi impak kat ruang minda aku. Bagi aku, ini merupakan penanda aras yang menunjukkan filem ini bagus, sebab kalau filem tu biasa-biasa je, aku akan keluar panggung dan terus tak ingat apa yang aku dah tonton tadi.

Pak Ayob Mendapat Pujian Ramai

Selain berjaya membuat penonton rasa stress dan tertanya-tanya melihat babak dalam filem ni, Shadan Hashim jugak berjaya membuat penonton ketawa terbahak-bahak. Ntah kat mana silapnya setiap kali watak Pak Ayob (lakonan Azman Hassan) muncul mesti penonton akan gelak sakan walaupun time tu Pak Ayob serius.

Sepatutnya watak Pak Ayob dimunculkan dalam poster utama filem Volkswagen kuning nih hehe! Watak Pak Ayob pulak bukanlah sebagai seorang bomoh atau dukun, tapi lebih kepada seorang manusia yang dianugerahkan kebolehan mengubat orang sakit dengan teknik coding air minuman, methodnya sama iaitu “Minum air ni dalam 7 hari” itu aku suka.

Pak Ayob Watak Volkswagen Kuning

Pak Ayob mengurut pesakit yang konon kena sampuk, tapi aku suka bila Pak Ayob cakap “Ko ni dah pulih dah, perasaan takut ko je yang melebih2 tu”

Bab lakonan pulak, ini kali pertama aku suka lakonan Pekin. Dalam filem ni Pekin nampak kelakar dan hidup berbanding kalau dia berlakon cerita genre rempit dan filem2 lain tu aku tak berapa minat. Atikah Shuhami pulak masih boleh diperbaiki tahap lakonannya tapi aku rasa dalam filem Volkswagen kuning ni dia dah menjalankan tugasnya dengan baik, aku suka, takdelah keras sangat pun.

Untuk Shahronizam pulak takde la aku nak komen sangat sebab dia tak banyak dialog, maklumlah dia rider hantu hehe. Dan untuk Fatin Afeefa walaupun kali pertama aku dengar nama ni, alahai lakonan dia sebagai isteri curang tu memang best, menjadi. Untuk Azman Hassan, ini paling legend! Hidup Pak Ayob!
Pendapat Tentang Lakonan

Berapa bintang ya?

Aku rasa memang berbaloi kalau nak layan filem ni sambil-sambil niat menyokong industri perfileman Malaysia. Pengarah filem Volkswagen Kuning, Shadan Hashim sebenarnya dah lama dalam industri sebelum ni. Cuma tak pernah nak menonjolkan diri malah akaun sosial media pun takde.

Kemahiran beliau dalam menyusun story board bermula sejak zaman Anak-anak Sidek lagi. Untuk filem Volkswagen Kuning ini, aku bagi 3.5 bintang dari 5 bintang (setahu aku bintang memang ada 5 je, tak lebih). Aku tunggu karya seterusnya dari Shadan Hashim.Jadi apa pendapat korang pulak? Mohon komen sikit.

Summary
Article Name
Review Filem Volkswagen Kuning 2016
Description
Review filem Volswagen Kuning. Filem ini biasa-biasa namun boleh aku katakan berkualiti sebab nampak kesungguhan dalam pembikinan dan jalan cerita.
Author
Publisher Name
The Adzril.com
Publisher Logo

10 Comments

  1. Tanpa Nama
  2. Tanpa Nama
  3. afezeria miku
  4. Lala Rahim
  5. Tanpa Nama

Leave a Reply