Cara Sebenar Dapatkan Semula Roadtax Cukai Jalan Yang Hilang Tercicir

Wow! Maaf tajuk agak panjang Cara Sebenar Dapat semula Roadtax Cukai Jalan Yang Hilang Tercicir. Ceritanya sebab aku tercicir roadtax motor aku dari wallet.

Habis panik aku mencari segenap bilik dan rumah aku. Tapi tak jumpa jugak. Mula-mula je panik tapi lepas tu pasrah dah. Relax. Dalam fikiran aku, mesti ada cara yang membolehkan aku dapat balik roadtax motor ni.

cara dapat roadtax hilang

Dapatkan balik cukai jalan korang yang tercicir tu.

Dapatkan Semula Roadtax Cukai Jalan Yang Hilang

Cara Sebenar Dapatkan Semula Roadtax Cukai Jalan Yang Hilang TercicirKalau difikir dari segi logik mestilah boleh print balik roadtax yang hilang tu kan? Mesti pihak JPJ ada simpan database nama untuk setiap cukai jalan kenderaan sama ada motorsikal atau motokar (kereta) dalam sistem mereka.

Jadi disebabkan kelogikan ini aku terus call member yang pernah bertugas sebagai pegawai JPJ untuk mendapatkan kepastian.

Prosedur Dapat Balik Roadtax Hilang. Isi Borang di Kaunter JPJ.

Selepas dah call, maka benarlah memang boleh cetak balik roadtax kereta atau motor yang hilang.

Caranya just pergi ke kaunter JPJ dan isi borang K, beratur / tunggu giliran pastu bayar RM20 untuk cukai jalan Motorsikal atau RM50 untuk cukai jalan kereta. Setel.

Tapi memandangkan aku ni agak sibuk dengan urusan harian lain, maka aku cakap ‘Ah! Nantilah aku pegi kaunter JPJ bila ada masa lapang.’ Nak dijadikan cerita, aku terpikir cara altenatif untuk dapatkan balik roadtax motor aku yang hilang.

Baca jugak : Cara bayar saman Polis Trafik di ATM Mesin Maybank

Cara Alternatif, Track Balik Kejadian Harian

Aku sarankan korang yang kehilangan roadtax boleh cuba cara aku ni. Senang je, caranya korang cuba pergi semula ke semua tempat atau premis yang korang biasanya pergi secara daily basis.

Tanya kat kaunter ada tak jumpa barang / roadtax tercicir? Kebiasaannya pihak kedai / premis ni diaorang akan simpan barang pelanggan yang tercicir.

Sebenarnya camtulah aku dapat balik roadtax aku setelah aku tanya beberapa petrol pump yang biasa aku singgah. Dan akhirnya aku jumpa roadtax aku kat kedai makan yang biasa aku pergi. Alhamdulillah.

Summary
Article Name
Cara Sebenar Dapatkan Semula Roadtax Cukai Jalan Yang Hilang Tercicir
Description
Selain pergi ke JPJ untuk dapatkan semula roadtax yang hilang. Korang disarankan baca artikel ini untuk tau camna nak dapatkan balik roadtax hilang.
Author
Publisher Name
The Adzril.com
Publisher Logo

6 Comments

  1. Mark Azizan
  2. Mohd Zamany
  3. muhammad iqmal
    • Adzril

Leave a Reply