Kelajuan Bukan Ceritanya : KTM RC Lebih Kepada Passion

Balik dari kerja harini penuh riang. Bukan sebab apa sangat pun tapi sebab KTM RC 200 aku dah normal balik dari meter berkelajuan melampau.

Oh ye, meter KTM RC200 aku boleh cecah sampai 180km/h top speed sebelum enjin cut off masa mula-mula aku guna motor ni. Tapi itu bukanlah speed sebenar.

Meter KTM RC aku boleh cecah top speed sampai 180km/h adalah disebabkan false reading meter atau aku panggil faulty speedometer.

Memandangkan KTM RC200 aku ni masih lagi dalam tempoh warranty,  so aku pun hantarlah motor aku ni ke KTM Kota Damansara untuk periksa apa sebenarnya permasalahan ni.

Tak sampai setengah hari dah siap repair. Tak sempat pulak aku nak tanya apa sebenarnya problem meter motor aku tu sebab time tu aku dah excited gile kot nak tengok KTM RC200 aku punya kelajuan sebenar.Kalau sebelum repair meter tu, actual top speed KTM RC200 aku adalah 127km/h je.

Aku ukur guna apps kat phone, Ulysee Speedometer. Apps ni boleh dikatakan tepat bacaannya, sebab aku dah uji cuba dengan kereta aku, ternyata speednya sama.

Owh apps ni jugak tepat bacaannya kalau dibezakan dengan kelajuan waze.Kelajuan Bukan Ceritanya : KTM RC Lebih Kepada Passion

Berbalik kat topik kelajuan sebenar, walaupun speedometer KTM RC200 aku menunjukkan top speed 180km/h, tapi speed sebenarnya adalah 127km/h je.

Yang mana ini bukanlah top speed sebenar KTM RC200 standart kilang. Kalau top speed RC200 standart kilang 137km/h katanya. Selepas terima rawatan dari KTM Kota Damansara, KTM RC200 dah macam baru, bacaan meter dah normal. Top speed pulak betul-betul 137km/h (kadang-kadang 140km/h) sebelum enjin cut off. Fuh lega aku.

Aku masih ingat lagi mindset aku masa mula-mula nak memiliki KTM RC ni. Bukan pasal kelajuan pun.

Dengan top speed camni, korang tak rasa ke banyak motor lagi laju kat luar tu? Selalu je kot LC 135 acah-acah aku kat highway, belum lagi Yamaha 125z tinggalkan aku bertiang-tiang.

Paling sadis, Yamaha Lagenda pun selamba badak je overtake aku (tapi dalam posisi baring macam beracing la). Aku pun pernah ada 125z, aku tahu motor tu laju.

Bagi aku, memiliki KTM RC bukanlah nak laju sangat pun, ia lebih kepada enthusiasm dan passion terhadap dunia permotoran.

2 Comments

  1. Tanpa Nama

Leave a Reply