KTM Takde harga?

“Akak ni biar betul. Selamba je akak cakap KTM takde harga?” Sebenarnya tadi aku temankan kawan ambik motor baru dia Kawasaki Z250 (Special Edition) warna merah hitam.

Yamaha FZ150i dah perlu ditukar katanya. Enjin asyik meragam. Mana tak meragam, tak pernah rehat motor tu. Itulah motor pegi kerja, motor balik kampung, motor pegi konvoi.

KTM RC200, Motor yang menjadi kegilaan aku.

Petang tadi kelam kabut dia keluar opis nak ke kedai motor. Ambik motor baru katanya dengan muka bersinar-sinar. Aku apa lagi, terus la cakap nak ikut.

Boleh la tengok-tengok next motor yang aku bakal ambik (tak tahu bila) hehehe.Sampai je kat kedai motor tu aku dah nampak sebijik Kawasaki Z250 warna merah hitam nombor plate wilayah VB.

Yang bestnya sticker plate motor tu ditampal dengan tulisan V8 (bukan VB). Nampak cantiklah jadinya (at least kat mata aku) nombor plate V8 ni.

Abam polis mesti tersenyum riang kalau diaorang nak cari salah hehehe!

Baca juga : Cara bayar saman Polis di ATM Maybank

Kawasaki Z250

Setel je urusan dokumentasi, macam biasalah, sesi memilih free gift. Member aku tu dapat sebijik helmet X-dot, jacket Alpinestar dengan Glove.

Tetiba aku nak mencuba nasib, “Kak! Saya takde free gift ke? dapat Glove sepasang jadik arrr” sambil muka tersengih-sengih hahah! Laa akak kedai motor tu bagi pulak. Terima kasih, Alhamdulillah.

Semoga akak tu berlimpahan rezeki dan dikurniakan kesihatan.

Lepas setel je sesi serahan motor Kawasaki Z250 tu aku pun saje la bertanya kat akak tu yang kononnya banyak tahu pasal motor. Ye memang dia tahu banyak pasal motor dari sudut teknikal motor. Berapa cc, berapa silinder, saiz sproket dan lain-lain la.

Oh ye, aku tanya kat akak tu, “Kak, nape kat kedai ni takde display motor KTM?” Dengan selamba dia jawab “KTM takde harga dik oi, spare part mahal” Ok kak. Bye!

Takpela kak, masing-masing kan ada minat sendiri, masa aku buat keputusan nak sambar sebijik KTM RC 200 tu memang aku dah nekad sebab designnya.

Aku ingat lagi time tu tengah viral pasal pelancaran Honda CBR250RR kat Indonesia. Mula-mula kagum kejap tapi tak sampai sehari aku tetap dengan minat aku kat design KTM RC ni. Terbaek.

2 Comments

Leave a Reply